Persefahaman antara pasangan yang sedang bercinta penting untuk memastikan perhubungan dibina terjalin semakin erat. Antara resipi persefahaman yang paling utama ialah menjadi seorang pendengar yang baik. Tetapi bukan semua mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang pendengar yang berkualiti.
Ramai lelaki ternyata gagal menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mula meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki mula hilang konsentrasi. Apabila ini berlaku, pastinya pasangan anda akan berasa tidak dipeduli, tertekan dan akhirnya perhubungan mula menjadi renggang. Akhirnya mungkin mengundang perpisahan. Jadi, bagi membantu anda untuk menjadi pendengar yang baik dan setia, Pesona Pengantin senaraikan 8 tip penting untuk anda praktikkan.
1) BERI SEPENUH PERHATIAN
Tiada apa yang lebih penting melainkan memberi sepenuh perhatian kepada si dia. Walaupun isu yang dibangkitkan membosankan mahupun tidak relevan, gagahkan diri anda untuk memberikan tumpuan setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya. Hentikan segala apa yang tengah anda lakukan. Contohnya bersms, makan, online atau merokok. Dengarlah dengan penuh teliti.
2) JANGAN MENCELAH
Ini pula merupakan langkah yang wajar anda jauhi. Elakkan dari mencelah sesuka hati ketika si dia sedang asyik berbicara mengenai sesuatu. Jika anda lakukan, pastinya si dia akan lokek, bosan, marah dan sudah pasti anda bukan lagi pilihan untuknya meluahkan apa-apa sahaja. Jadi, elakkan!.
3) BERTENTANG MATA
Ini merupakan tip paling penting untuk menjadi pendengar yang baik. Apabila anda melihat ke arah matanya, secara tidak langsung si dia pasti akan merasa selesa dan seronok untuk meluahkan segalanya kepada anda. Renung sedalam-dalamnya dan mula berikan perhatian.
Ads
4) TANYAKAN SOALAN
Untuk menunjukkan bahawa anda kini memberikan tumpuan sepenuhnya, anda bebas untuk gunakan tip ini. Tanyakan soalan, namun soalan yang ditanya perlulah berkaitan, rasional dan munasabah. Jika anda mengajukan apa-apa soalan, si dia pasti tahu yang anda berminat dan akan bertambah ‘mood’ untuk menceritakan dengan lebih lanjut. Sebelum bertanya, biarkan si dia habiskan apa yang ingin dinyatakannya.
5) BERI PENDAPAT BERNAS
Tip ini kadang-kala wajar, namun anda perlu memastikan masa yang sesuai untuk diutarakan. Kadang-kala kita lebih suka memberikan pendapat mahupun pandangan yang tidak rasional, kelakar dan tidak boleh diterima pakai ketika si dia tengah meluahkan sesuatu. Oleh itu, berfikir dahulu sedalam-dalamnya. Jika pendapat atau cadangan yang anda berikan bernas, itu cukup baik. Jika tidak? Silap-silap anda ditempeleng.
Ads
6) EKSPRESIKAN EMOSI
Wajar untuk anda lakukan. Ketika si dia sedang meluahkan, selang-selikan dengan mood dan emosi mengikut kesesuaian jalan ceritanya. Jika hal yang dibincangkan itu menyedihkan, mainkan emosi anda mengikut mood yang bersesuaian. Anda tidak perlu berpura-pura atau mengajuk-ajuk dengan ekspresi yang menjengkelkan. Be natural and don’t be stone!
7) ULANG LUAHANNYA
Selain mengajukan soalan dan pendapat, langkah lain yang boleh anda cuba ialah mengulangi apa yang sedang dibicarakan. Anda harus kreatif. Sudah pasti anda tidak mahu dianggap bodoh kerana tidak berupaya memahami apa yang disampaikan bukan? Jadi, selepas si dia cakap, luahkan balik apa yang dibicarakannya sambil memberikan pandangan atau cadangan. Perkara ini penting untuk memastikan si dia sedar anda betul-betul berminat dengan apa yang ingin disampaikan.
Ads
8) JANGAN KATA APA-APA
Sekiranya topik luahan perasaan itu punya kaitan dengan anda, lebih baik anda berdiam diri dan dengar penuh teliti . Dengar apa saja yang si dia katakan dan beri respon apabila dia inginkan jawapan. Biarkan si dia luahkan segala yang terbuku. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih reda dan tenang kerana perasaan marah itu akhirnya berjaya dikeluarkan. Ingat! Jangan tambah kemarahan atau kepedihan hatinya.
Tip Cinta
-Wanita akan merasakan dirinya disayangi dan diutamakan apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan.
-Jadilah pendengar yang baik, kerana itu salah satu resepi untuk membina sebuah percintaan yang bahagia dan kekal untuk selamanya.
-Jangan sesekali membuat lawak atau mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya ketika si dia meluahkan sesuatu. Nampak seperti anda tidak matang dalam perhubungan malah sebagai teman lelakinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegemukan atau obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan boleh terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan seterusnya menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan yang serius.
Dr Hamid Arshat berkongsi punca mengapa gagal mengurangkan berat badan dan cara mengatasinya dengan berkesan tanpa perlu mengambil sebarang pil atau melakukan pembedahan.
1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN
Memang benar kegemukan menyebabkan berbagai penyakit. Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran. Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telor tak matang, kemandulan dan gangguan haid. Bila hamil, risiko gugur premature labour, bayi mati dalam perut, bayi juga meningkat.
2. DENIAL
Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat mereka makan berlebihan. ‘Denial syndrome’. Hanya makanan berlebihan sahaja yg menyebabkan seseorang gemok, khususnya makanan lebih gula dan karbohhidrat. Seboleh2 mereka cuba menyorokkan, seperti makan seorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.
3. CATAT CITA-CITA DAN SASARAN
Semua orang ada cita2 dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa. Catitkan cita-cita kita dan senaraikan sasaran-sasaran dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan-tindakan untuk capai sasaran. Kali ini cita-cita kita nak KURUS BADAN.
4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN
Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Dua tindakan sangat penting dan berkesan untuk kurus.
5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN
Misalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilogramme setiap bulan. Sasaran terakhir nak kurang berat 20 kg. Pantau setiap hari, minggu dan bulan. Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat. “Saya boleh buat” berulang-ulang kali sampai ia masuk dalam ‘subconscious minds’.
6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE
Hilangkan denial syndrome. Katakan pada diri sendiri,
“Aku boleh hamil bila kurus”
“Aku lebih cantik bila kurus”
“Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak.”
Ulang-ulang setiap waktu bila lapang.
Tengok gambar-gambar wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenung dan bayangkan diri kita begitu.
Saloma ada kata, “Tiru macam saya”
7. UBAH TABIAT MAKAN
Ambil sedikit makan.
Pakai pinggan kecil.
Jangan tambah sajian.
Kunyah lama-lama, 20 kali kunyah bagi setiap suapan.
Makanan selingan (tea dan coffee breaks), makan buah badam, kismis atau kurma. Minum green tea.
Mulakan dengan buah-buahan sebelum makan tengah hari dan makan malam.
8. BERDOA AGAR CITA2 DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. Aamin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
#1 Isi Borang Kebenaran Berkahwin Secara Atas Talian: Layari [www.sppim.gov.my] dan klik menu “Benar Nikah Online” pada bahagian kanan laman sesawang tersebut.
#2 Daftar Sebagai Pendaftar Baharu: Daftar sebagai pemohon baru sebelum memohon. Langkah ini hanya perlu dilakukan seorang sama ada bakal pengantin lelaki atau perempuan. Permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah dan hendaklah dibuat jika:-
Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Salah seorang pasangan dari negeri yang menggunakan SPPIM;
Kedua-dua bakal mempelai dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi mahu buat akad nikah di negeri SPPIM.
#3 Hantar Borang: Pastikan borang online dah dicetak dan ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop untuk mengesahkan borang kebenaran nikah tu. Jangan lupa bawa sekali beberapa dokumen penting lain ke Pejabat Agama berserta borang online yang dah dicetak dan disahkan tadi. Perlu bayar RM15 seorang dan RM30 jika keduanya berasal dari negeri yang sama.
#4 Borang Kebenaran Untuk Bakal Pengantin Perempuan: Lepas seminggu, pihak lelaki boleh tuntut borang kebenaran tersebut dan beri pula pada pihak perempuan untuk isi (ini untuk pihak perempuan yang dari lain daerah). Kalau berasal dari daerah yang sama, boleh hantar terus kepada imam masjid kariah untuk pengesahan majlis akad nikah.
#5 Pasangan Berbeza Daerah: Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain, pihak perempuan perlu bawa borang lelaki yang dah disahkan ke Pejabat Agama daerahnya dalam tempoh sebulan sebelum nikah.
Lepas seminggu boleh tuntut semula borang kebenaran nikah tu dan beri pada imam masjid kariah untuk akad nikah.
#6 Akad Nikah: Selepas selesai nikah, kadi atau imam akan beri surat perakuan nikah sementara. Pasangan WAJIB SEMAK kembali nama dan segala maklumat peribadi yang tertulis dalam surat perakuan nikah sementara tu sebab maklumat ni akan digunakan untuk buat sijil nikah nanti. BUAT sijil nikah di Pejabat Agama di daerah PEREMPUAN okay?
#7 Mohon Sijil Nikah: Bawa surat nikah sementara(asal dan fotostat), IC suami isteri dan IC wali. Lepas sebulan boleh tuntut.
#8 Mohon Kad Nikah: Bila dah dapat sijil boleh terus buat kad. Kena bayar RM40 untuk yuran proses kad nikah tersebut untuk dua orang (suami isteri). Sebelum pergi boleh semak dokumen apa yang perlu dibawa bersama semasa mohon kad nikah berkenaan.
Buat masa ni permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian cuma ditawarkan untuk pasangan yang berada di negeri SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Bagi negeri yang lainnya perlu ke Pejabat Agama Daerah terdekat untuk buat permohonan kebenaran berkahwin secara manual.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita yang menjalinkan hubungan cinta pasti ingin sentiasa bahagia di samping insan tercinta. Ada segelintir wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan hubungan yang dibina terus terjalin. Namun, seringkali mereka mengambil peranan lelaki dalam perkahwinan mereka dan ada juga yang sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri atas nama cinta.
Tidak salah untuk berbuat demikian, tapi anda juga harus memgutamakan diri sendiri dan tidak terlalu taasub dengan sesebuah hubungan hingga boleh menyebabkan anda terluka. Sikap saling membantu antara satu sama lain perlu ada dalam hubungan untuk memastikan hubungan yang dijalin lebih sihat.
Pesona Pengantin senaraikan 6 perkara yang wanita tidak patut lakukan untuk pasangan anda!
1. Mengubah Penampilan
Tampil cantik di depan suami itu adalah lumrah biasa bagi seorang isteri. Tetapi jika pasangan anda memberikan tekanan pada anda untuk mengubah penampilan anda secara drastik, maka anda tidak perlukan dia dalam hidup anda. Pada masa yang sama, jika suami anda meminta anda untuk mengubah sesuatu yang boleh anda setujui dengan mudah, lakukannya dan jangan degil. Ia tidak akan menyebabkan kerosakan dalam hubungan anda, tetapi sebaliknya ia akan mengukuhkan hubungan emosi anda bersama suami.
2. Berikan Hadiah Yang Mahal
Ia adalah langkah yang terbaik sekiranya anda dan pasangan anda memberikan hadiah yang sama nilai pada satu sama lain. Memberikan hadiah yang mahal untuk orang kesayangan, terutama sekali apabila dia tidak boleh membalasnya dengan hadiah dengan nilai yang sama akan membuatkan si dia berasa janggal dan rendah diri.
Selain itu, ia juga boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri sekiranya anda menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab maka kerana dia akan menggunakan cinta anda untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
3. Cuba Selesaikan Masalah
Walaupun suami anda mempunyai masalah kewangan atau masalah di tempat kerja, jangan cuba untuk menyelamatkannya dari masalahnya sendiri. Anda boleh membantu dalam mencari jalan penyelesaian tetapi biarkan suami anda selesaikan yang selebihnya.
Jika anda kerap membantunya, anda akan hidup dengan pasangan yang sentiasa ragu-ragu, tidak berdaya dan takut untuk memikul tanggungjawab untuk masa depannya. Sentiasa ingat anda adalah seorang perempuan dan juga isteri bukannya pembantu yang harus mengendalikan segala-galanya.
4. Tunjuk Anda Lebih Bijak
Walaupun anda sentiasa betul 100%. tiada ada yang lebih provokatif daripada frasa “apa yang telah saya beritahu?” Dengan mengatakan ini, anda menunjukkan pada suami anda bahawa anda lebih bijak daripada dia dan ini akan membuatkan hubungan anda jadi tidak begitu baik. Setiap individu perlu merasa penting dalam hidup mereka. Menunjukkan penguasaan anda pada dirinya tidak akan membantu untuk membina hubungan yang harmoni.
5. Menjadi Tempat Untuk Dia Bergantung
Tidak seperti wanita, lelaki tidak akan jatuh cinta pada wanita yang bersimpati pada dirinya. Sentiasa di sisi suami dari segi emosi dan fizikal tidak bererti hubungan anda dan suami anda itu begitu mendalam dan bahagia. Wanita yang bijak akan sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi kepada suaminya untuk mendapatkan pencapaian yang baru. Ini adalah rahsia kepada hubungan yang bahagia.
6. Melepaskan Kerjaya Dan Kehidupan Peribadi Demi Lelaki
Hanya kerana wanita telah menemui cinta dalam hidupnya ini tidak bermakna dia perlu melepaskan rakan-rakan dan kerjayanya. Jika anda mengorbankan kehidupan peribadi anda untuk menjaga keluarga anda, suami anda mungkin akan hilang minat dalam hubungan satu hari nanti. Anda boleh teruskan dengan kehidupan peribadi anda tetapi ingat jangan keterlaluan sehingga mengabaikan suami dan anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!