Mandi bunga ialah perawatan kecantikan yang paling sering dilakukan oleh bakal ratu sehari. Secara ritual, mandi bunga dilakukan untuk membuka aura bagi tujuan menyegarkan tubuh serta menaikkan seri wajah. Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana tubuh kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Tampil Berseri Dengan Rawatan Mandi Bunga, Bakal Pengantin Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang terbaik kepada si pengamal mandi bunga. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Dari segi amalan perubatan moden, amalan mandi bunga tidak dianggap memberi sebarang perubahan fizikal kecuali bagi menambah keyakinan. Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yang boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga di kalangan masyarakat Melayu.
Tampil Berseri Dengan Rawatan Mandi Bunga, Bakal Pengantin Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

Berikut beberapa tip buat bakal ratu sehari yang ingin mencuba rawatan mandi bunga yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

IKLAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

IKLAN

Tujuh atau sembilan jenis bunga yang tidak berduri
Bunga pelbagai warna (bunga Jasmine dan bunga cempaka kalau boleh mesti ada)
Elakkan bunga berwarna hitam
Semua bunga mestilah segar dan berbau wangi
Satu botol air mawar
Dua biji limau purut

IKLAN
Tampil Berseri Dengan Rawatan Mandi Bunga, Bakal Pengantin Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

KAEDAH PENYEDIAAN
1.Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, 7 atau 9.
2.Asingkan bunga daripada daun dan dahan kecil.
3.Rendam bunga-bungaan di dalam baldi/besen yang dipenuhi dengan air.
4.Tuang sebotol air mawar dan kacau rata.
5.Belah limau purut dan hiris nipis-nipis. Rendam bersama campuran bunga-bungaan dan air di dalam baldi/besen tadi.
6.Rendam semalaman.

Tampil Berseri Dengan Rawatan Mandi Bunga, Bakal Pengantin Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

CARA MANDI
1.Sebaiknya mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
2.Seelok-eloknya mandi pada waktu pagi bagi tujuan kesegaran tubuh dan juga serapan tenaga.
3.Mulakan dengan siraman di bahagian tubuh di sebelah kanan sebanyak tiga kali diikuti siraman di bahagian tubuh sebelah kiri.
4.Lanjutkan dengan siraman di bahagian kepala.
5.Tidak perlu bilas. Biar seketika dan lap tubuh dengan tuala.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI