DALAM kebanyakan anggota tubuh, penjagaan tapak tangan mungkin paling kurang diberikan perhatian. Siapa yang tidak mahu tapak tangan halus dan lembut bak kulit bayi, tapi disebabkan kekangan masa terutama ibu bekerjaya tentu penjagaan tapak tanganlah paling akhir terlintas di fikiran.

Tapak tangan yang kasar akan mengganggu penampilan dan kecantikan kulit dan jika tidak dirawat, lambat laun akan menjadi berkedut dan kasar. Jadi, bagi anda yang ingin memiliki tapak tangan yang halus dan cantik, pasti perlu rajin merawatnya.

Tangan Kasar, Suami Kata Euww! Ini Cara Nak Haluskan Semula

Walaupun ada sesetengah orang berpendapat wanita yang tapak tangannya kasar menandakan dia seorang yang rajin melakukan kerja rumah, namun pendapat itu boleh dipertikaikan.

Tapak tangan yang kasar mungkin menjadi petunjuk bahawa kulit pada bahagian itu kering dan mengalami rekahan. Selain itu, ia juga mungkin mengumpulkan sel kulit mati yang tidak disingkirkan.

Jika anda sebahagian daripada wanita dengan tapak tangan kasar, sudah tiba masanya memberi sedikit perhatian dan memanjakan anggota yang tidak berhenti bekerja ini.

Ada banyak cara untuk menjaga tangan dan yang paling asas ialah menggunakan losen pelembap. Kini ada banyak jenis losen yang mudah menyerap dan tidak meninggalkan rasa melekit.

Tangan Kasar, Suami Kata Euww! Ini Cara Nak Haluskan Semula

Bagaimanapun, terdapat banyak cara menggunakan bahan semula jadi yang boleh dicuba di rumah untuk menghalus dan melembutkan tapak tangan.

IKLAN

1. Kentang

Parut sebiji kentang yang sudah dikupas, lalu gosok-gosokkan hasil parutan berkenaan ke tapak tangan dengan lembut hingga merata. Jika sudah rata, biarkan selama 20 minit sebelum membilas parutan kentang menggunakan jus lemon dan seterusnya dengan air bersih.

2. Daun lidah buaya

Daun lidah buaya mengandungi zat yang boleh mengurangkan keradangan pada tapak tangan. Anda boleh menggunakan daun lidah buaya yang dicampur dengan minyak kelapa dara atau madu dan oleskan ke tapak tangan.

IKLAN

3. Kopi

Pupur antara cara menghaluskan tapak tangan yang kasar dengan cepat dan bahan yang boleh digunakan adalah kopi. Kopi amat berkesan sebagai pupur untuk membuang sel kulit mati, termasuk pada tapak tangan yang kasar.

Caranya dengan menggosokkan hampas kopi yang dicampur dengan sedikit air pada tapak tangan terutama pada bahagian yang kasar. Biarkan selama lima minit supaya bahan ini meresap dalam kulit, kemudian bilas hingga bersih.

4. Minyak kelapa

IKLAN

Minyak kelapa mampu menghaluskan permukaan kulit yang kasar atau merekah. Gosok minyak kelapa pada tapak tangan anda sambil menggosoknya dengan lembut dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air, tanpa menggunakan sabun.

Biarkan sisa minyak melekat pada tapak tangan kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat menghaluskan telapak tangan anda. Lakukan rawatan alami ini setiap hari, sebelum tidur malam untuk kesan pantas.

5. Gula dan madu

Campur sesudu madu dan sesudu gula, lalu urut tapak tangan dengan campuran ini selama 10 minit dan bilas sampai bersih.

6. Daun betik

Pilih daun betik yang masih muda dan gosokkan secara perlahan ke seluruh bahagian tapak tangan hinggalah daun itu lumat. Biarkan selama lima minit sebelum bilas hingga bersih.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI