Bagi seorang isteri yang bergelar isteri, tiada apa yang lebih memedihkan selain daripada suami mula berubah hati. Saat cinta kian memudar, mulalah dia mencari kesalahan dan menuding jari pada isteri. Pada saat ini, mungkin hatinya sudah terpaut pada wanita lain.

Sakitnya hati itu, hanya yang melaluinya sahaja yang tahu. Tetapi, pernahkan anda terfikir untuk ‘jampi’ hati suami agar hubungan kalian kembali bahagia seperti dahulu?

Jom kami kongsikan teknik ‘jampi’ hati suami agar mereka tidak terfikir untuk ‘pasang dua’.

1. Jangan Ambil Sikap Tidak Peduli

Tunjukkan yang anda sebenarnya amat menyayangi dia. Jika anda ambil sikap tidak peduli, pasangan akan cepat merasa bosan. Jadi, ambil berat tentang dirinya. Barulah dia rasa disayangi.

2. Baiki Penampilan Diri

Berhiaslah untuk suami. Jaga dan jangan sesekali mengabaikan kecantikan diri. Pastikan anda sentiasa nampak cantik di mata suami. Cuba untuk jadi seorang isteri yang lebih baik daripada sebelum ini, secara luaran dan dalaman.

3. Dekatkan Diri Dengan Tuhan

IKLAN

Ini yang paling utama! Pokoknya, ingat Tuhan dan sentiasa berdoa supaya diberi hidayah dan keberkatan dalam rumah tangga. Bagi Muslim, ingatlah Allah itu sentiasa ada dan mendengar setiap keluhan dan rintihan.

4. Ingat Tanggungjawab Kepada Anak-Anak

Orang kata anak-anak adalah pengikat antara suami isteri. Cuba ingatkan kembali tanggungjawab si suami. Bukan dia terlupa, mungkin dia hanya terleka dek cinta sementara. Ajaklah anak-anak bermanja sekali dengan ayah mereka. Pasti kebahagiaan keluarga akan bertambah.

5. Amal Doa Dalam Masakan

IKLAN

Orang kata kalau nak pikat suami melalui masakan. Jika anda sayangkan suami, amalkan beberapa doa ketika memasak. Ia sebagai penguat dan pengikat kasih sayang. Barulah suami anda terikat dan terpikat. Tapi, jangan guna bomoh ya!

6. Izinkan Suami Berpoligami

Ya, pasti ia amat sukar. Wanita mana yang nak berkongsi kasih? Tetapi, anda harus belajar untuk menerima dan redha dengan ketentuan Allah. Mana tahu dengan izinkan suami berkahwin lain, dia mula sedar dengan kesilapan diri dan ingin anda menyayanginya seperti dulu.

7. Hubungan Intim Yang Sihat

IKLAN

Hubungan intim memang penting dalam kehidupan rumah tangga. Waktu tidur amat penting dan pasangan suami isteri hendaklah tidur bersama. Sebelum waktu tidur, suami isteri pasti akan bercerita dan berkongsi apa yang dirasai dalam hati.

8. Duduk Berbincang

Ini yang sepatutnya anda lakukan. Tiada jalan penyelesaian jika bermasa muka dan saling memarahi antara satu sama lain. Ingat, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Berbincanglah elok-elok.

9. Jangan Mendesak Atau Memberi Tekanan

Lelaki memang tidak suka didesak dengan pelbagai persoalan. Lagi didesak, lagi mereka akan mengelak. Bagi mereka, desakan itu satu tekanan yang amat merimaskan. Jadi, cuba berlembut dan sabar dalam mencari jawapan.

10. Ajak Suami Solat Berjemaah

Solat itu tiang agama. Jadikan solat berjemaah bersama suami dan anak-anak sebagai satu rutin harian. InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah, rumah tangga akan terpelihara daripada anasir-anasir jahat. Ketika bersolat, mintalah hubungan anda dan pasangan dijauhkan dari maksiat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI