Kebahagiaan hidup berumah tangga adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah buat mereka yang sudah berkahwin. Suasana mawaddah wa rahmah merupakan idaman bagi pasangan yang hidup bersama setelah akad nikah berlaku.
Diantara ciri terpenting dalam kebahagiaan dalam rumah tangga adalah si isteri. Sabda rasulullah,
“Hanyalah dunia ini semata kesenangan. Dan tidak ada kesenangan dunia yang lebih utama daripada seorang istri yang sholihah.” (HR. Ibnu Majah)
Dalam satu riwayat Nabi Daud pernah berkata seorang isteri yang buruk akhlak dan agamanya maka bagi suaminya merupakan satu bebanan berat yang dipikul, manakala isteri yang solehah pula ibaratnya seperti mahkota yang diperbuat daripada emas yang menyenangkan apabila dipandang.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, diceritakan oleh seorang sahabat Hushain bin Mihshan bahawa makciknya pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk suatu keperluan. Setelah urusannya selesai, Nabi pun bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai suami?” Dia menjawab, “Ya.” Beliau bertanya lagi: “Bagaimanakah sikapmu terhadapnya?” Dia menjawab, “Saya tidak pernah mengabaikannya, kecuali terhadap sesuatu yang memang aku tidak sanggup.” Beliau bersabda:
Ads
“Perhatikanlah posisimu terhadapnya. Sesungguhnya yang menentukan syurga dan nerakamu terdapat pada (sikapmu terhadap) suamimu.” (HR. Ahmad: 18233)
Jika kita lihat pada hadis diatas, kita dapat memahami bahawa kedudukan syurga atau neraka bagi seorang isteri terletak pada suaminya. Jika seorang isteri taat pada suaminya maka Allah telah menjanjikan syurga baginya. Jika sang isteri derhaka pula pada suaminya maka kelak azab dan seksaan Allah menantinya di akhirat sana.
Jadi boleh kita katakan bahawa seorang isteri agak mudah bagi mereka untuk memasuki syurga dengan hanya menjadi isteri yang solehah dan taat pada suaminya (walaupun sebenarnya tak adalah senang sangat)
Dalam hadis yang lain oleh Ahmad, Rasulullah bersabda;
Ads
“Apabila seorang isteri melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; ‘Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan’.”
Begitu agungnya hak seorang suami yang ada pada isterinya, sehingga Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda;
“Sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, maka akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya. Sekiranya seorang suami memerintahkan isterinya untuk pindah dari gunung ahmar menuju gunjung aswad, atau dari gunung aswad menuju gunung ahmar, maka ia wajib untuk melakukannya.” (HR. Ibnu Majah)
Ads
Diantara hak suami yang perlu isteri pelihara adalah :
Mentaati perintah suami selagi tidak melanggar agama.
Mentarbiah anak-anak.
Memastikan harta benda rumah dijaga sebaiknya.
Tidak mengizinkan orang lain masuk tanpa kebenaran suami.
Berhias dihadapan suami.
Rasulullah memberitakan siapa itu ahli syurga,
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian lelaki penghuni syurga? Para Nabi di syurga, orang-orang yang jujur di syurga, orang yang mati syahid di syurga, anak yang baru lahir dan meninggal di syurga, seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di belahan kota, yang dia mengunjunginya kerana Allah di Surga. Dan mahukah aku tunjukkan kepada kalian wanita ahli syurga? Yaitu setiap isteri yang penuh cinta kepada suami serta penyayang kepada anaknya, yang ketika suaminya marah kepadanya ia berkata, ‘inilah tanganku berada ditanganmu, aku tidak boleh tidur memejamkan mata sehingga engkau redha kepadaku.” (HR. Nasai)
Artikel ini jika dibaca oleh golongan yang masih belum berkahwin memang terkadang rasa cemburu seolah-oleh terlalu mudah bagi mereka yang bergelar isteri untuk masuk ke syurga. Tetapi hakikatnya mereka yang bergelar isteri ini lebih memahami tidak semudah yang disangka untuk mendapat redha sang suami.
SUMBER : http://quranicgen.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi seorang isteri yang telah diceraikan, adakah wajib bagi bekas suaminya untuk membayar zakat bagi pihaknya? Ini jawapan sebenar.
Soalan :
Wajibkah ke atas seseorang suami membayar fitrah untuk isterinya setelah bercerai?
Jawapan :
Lelaki yang telah menceraikan isterinya tidak lagi wajib membayar fitrah untuk bekas isterinya itu kerana kewajipan suami tiada lagi setelah bercerai . Tetapi jika isterinya itu masih dalam tempoh idah, maka wajiblah baginya mengeluarkan zakat fitrah untuk isterinya itu.
Sumber : Buku Kemusykilan kahwin Terbitan Karya Bestari
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon.
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kata nak kahwin ni, pastinya pengantin inginkan keserian tahap dewa pada muka agar terserlah anggun dan
berseri sepanjang majlis tersebut. Ketahui tip berguna untuk bakal pengantin diluar sana, tidak perlu pening kepala lagi ingin mencari jalan penyelesaian yang mungkin akan mengakibatkan kebarangkalian tidak berhasil pada diri anda.
1. 44 hari sebelum hari bahagia
Kata orang tua lama kadang kala baik diikuti, hasilnya pasti menjadi. Petua pertama amalkan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari selama 44 hari sebelum bersanding. Caranya dengan mengambil segelas air kosong dan diikuti dengan bacaan Bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan terus makan kelopak-kelopak bunga mawar yang telah dibasuh. InsyaAllah kalau ikhtiar sebaik-baiknya wajah akan kelihat berseri-seri dan kemerah-merahan pada kulit muka anda. Bau badan juga akan hilang tanpa disedari.
2. 30 hari sebelum hari bahagia
Ambil segenggam daun sireh yang bersaiz besar rebus sehingga air rebusan menjadi kehijauan dan biarkan ia sejuk seketika kemudian ambil rebusan tersebut dan basuh muka anda dengan air rebusan sirih itu. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk memastikan kulit muka tampil bersih dan tidak meninggalkan sebrang cela. Petua ini dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat dan ruam kecil untuk kulit yang sensitif dengan bahan make-up. Air sirih ini juga bukan baik untuk kulit wajah sahaja. Ia juga sesuai untuk penjagaan bahagaian intim wanita jika mengamalkan ia insyaALLAH mampu menghilang masalah keputihan dan gatal-gatal.
3. Amalkan minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari
Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tip menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk.
InsyaAllah dengan kehendaknya cantiklah, berserilah wajah bakal pengantin di luar sana. Tunggu apalagi mulai hari ini amalkan ye.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!