Masa inilah pelbagai pandangan dan cadangan dari keluarga, rakan akan berpusu-pusu menerjah diri dalam merancang “tema perkahwinan”, belum lagi dengan persetujuan tunang yang tersayang. Jika si dia bersetuju dengan pilihan tema yang dibuat; selesai masalah! Akan tetapi jika tidak, mahu berpeluh akal diperah mencari jalan penyelesaiannya. Jangan cepat mengalah, Kami menyediakan beberapa langkah dan panduan berikut, pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda memperoleh tema perkahwinan yang dihajatkan, jom baca!

Masa inilah pelbagai pandangan dan cadangan dari keluarga, rakan akan berpusu-pusu menerjah diri dalam merancang “tema perkahwinan”, belum lagi dengan persetujuan tunang yang tersayang. Jika si dia bersetuju dengan pilihan tema yang dibuat; selesai masalah! Akan tetapi jika tidak, mahu berpeluh akal diperah mencari jalan penyelesaiannya. Jangan cepat mengalah, Kami menyediakan beberapa langkah dan panduan berikut, pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda memperoleh tema perkahwinan yang dihajatkan, jom baca!

1) Tema Perkahwinan : Pemilihan Tema
Bawa berbincang bersama tunang, keluarga mahupun teman-teman. Sungguh pun anda bakal dihujani dengan pelbagai cadangan dan pendapat, cubahlah memahami dan ambil idea yang ingin mereka sampaikan. Contohnya tema perkahwinan tradisional Melayu yang mengetengahkan elemen songket.

2) Tema Perkahwinan : Pemilihan Warna
Kenal pasti pilihan warna yang anda dan pasangan gemar. Kemudian rujuk senarai pilihan warna yang ada terutamanya variasi warna daripada kelompok warna yang dipilih.

Jangan terlalu ‘kaku’ (rigid) dalam pemilihan warna. Cuba lari daripada warna-warna kebiasaan. Sekalipun rona merah jambu pilihan anda, ketahuilah ada pelbagai jenis rona yang tergolong dalam lingkungan warna tersebut.

3) Tema Perkahwinan : Impian VS Imaginasi
Tingkatkan imaginasi, berfantasilah dengan idea dan impian anda. Cuba bayangkan suasana sebenar hari perkahwinan anda Bersama si dia. Tanya diri, apa yang anda benar-benar inginkan terserlah pada hari tersebut.

4) Tema Perkahwinan : Lebarkan Pengetahuan
Kehabisan idea? Tambahkan ilmu, lebarkan pengatahuan. Rujuklah media-media cetak dan elektronik yang bakal mencurahkan lautan idea pada anda. Anda akan lebih bijak merancang dan lebih peka akan tema apa yang bersesuaian dengan jiwa anda dan si dia.

5) Tema Perkahwinan : Pemilihan Lokasi
Sedar atau tidak, anda perlu mula mencari lokasi perkahwinan (tempat bakal berlansungnya majlis). Biarlah bersesuaian peilihan tema dan konsep dengan lokasi majlis anda nanti, terutamanya dari segi suasana sekitarnya. Antara lain anda juga perlu pertimbangkan perihal faktor cuaca. Jika tema perkahwinan berkonsepkan terbuka (outdoor), anda perlu merancang sediaan khemah yang bersesuaian jika hari tersebut hujan.

6) Tema Perkahwinan : Rujuk Pakar
Aturkan janji temu anda bersama pengusaha – pengusaha perkahwinan yang anda benar-benar meminati hasil kreativitinya. Berkongsi pendapat dan suarakan apa yang anda inginkan kepada mereka yang sememangnya telah berpengalaman dalam bidang ini. Nyatakan bersama perangkaan bajet anda agar penyesuaian konsep dengan perbelanjaan dapat diseimbangkan menepati impian dan juga peruntukan yang ditetapkan.

Mudah bukan! Sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk merancang tema sesebuah majlis malah ia mampu menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan. Menjayakan perlaksanaannya pula, berpeganglah pada kata kunci penyelidikan dan konsisten. Anda perlu melakukan sekurang-kurangnya sedikit usaha mengkaji sesuatu perkara sebelum keputusan akhir dibuat. Malahan anda perlu konsisten agar semua perancangan kelengkapan majlis berpandukan tema majlis perkahwinan yang ditetapkan. Jika perlu, lantik perancang perkahwinan yang anda yakin kebolehannya dalam menyempurnakan lagi berlansungannya majlis perkahwinan impian anda dan pasangan.

Sumber : Wedpedia
Terima kasih : Gambar dari majlis Shida Melvin