Sering kali kedengaran wanita mengeluh kerana kitaran haid yang tidak tetap setiap bulan. Malah ada yang mengalaminya hanya setiap dua atau tiga bulan sekali menyebabkan mereka sukar untuk menentukan tahap kesihatan tubuh badan secara fizikal serta mengetahui waktu yang subur jika ingin mengelak atau mendapatkan zuriat.
Apakah maksud kitaran haid? Ia merangkumi tiga perkara iaitu:
Kitaran berkala
Pengovulan
Haid
Kitaran haid ialah kitaran bulanan berkala yang melibatkan pengovulan dan haid. Pengovulan pula merujuk kepada proses telur yang matang dibebaskan daripada ovari wanita. Manakala haid pula terjadi apabila telur tidak disenyawakan oleh sperma lalu ia mati dan berdarah serta dikeluarkan daripada dinding uterus melalui faraj.
Kitaran haid yang normal bermula dari hari pertama haid sehingga kitaran haid yang akan datang berlaku dalam jangka masa antara 21 hingga 35 hari dan tempoh haid pula ialah sekitar 2-7 hari.
Corak kitaran haid akan dapat menentukan kesihatan wanita, potensi pembiakan dan gejala penyakit organik jika seseorang wanita mengalaminya seperti kanser pangkal rahim, rahim, polip, fibroid dan sebagainya.
Seseorang wanita yang mengetahui kitaran haid dengan baik dan tepat agak mudah untuk mengenali waktu subur wanita jika bercadang untuk hamil. Jika sebaliknya berlaku, mungkin wanita tersebut mengalami beberapa isu kesihatan yang perlu ditangani, selain mengambil langkah-langkah tertentu agar ia tidak menjadi ke tahap yang lebih merbahaya.
Jika kitaran haid tidak berlaku dan ia mengesahkan bahawa tiada unsur kehamilan, ini bermakna bahawa wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun, proses ovulasi masih boleh berlaku cuma kitaran haidnya sahaja yang tidak teratur. Jika wanita tersebut tidak mengalami proses ovulasi tetapi berhasrat untuk hamil, maka sewajarnya dia mendapatkan khidmat pakar perunding atau profesional perubatan.
Secara umumnya terdapat dua perkara yang berlaku semasa proses kitaran haid:
Proses bermula interaksi daripada otak yang mengeluarkan hormon
Ads
Dinding uterus mula menebal dan diperkaya dengan salur darah untuk persediaan penempelan embrio
Sakit dalam kitaran haid
Sakit sebelum haid – darah turun ke bahagian pelvik, perut mungkin rasa seperti sedikit kembung dan tidak selesa. Sakit semasa mentrual – ia bukan petanda yang baik. Darah tidak boleh keluar sepenuhnya dan sesetengah wanita mengalami aliran bertentangan menyebabkan darah terperangkap dalam ovari atau tiub berhampiran kawasan itu. Agak sukar untuk hamil jika ia berlaku dan perlu berjumpa dengan doktor segera.
Jika wanita mengalami sedikit ketidakselesaan dan sakit yang ringan sama ada di sebelah kiri atau kanan sekitar bahagian abdomen dan kesakitan dirasai selama setengah hari atau lebih dan lega kemudiannya, ia bermakna bahawa ovulasi bermula serta masa yang sesuai bagi pasangan untuk bersama. Jika mengalami sakit yang teruk, segera berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan rawatan.
Namun jika seseorang wanita itu menghadapi tekanan kerana runsing terhadap sesuatu perkara, otak akan memberi isyarat untuk menghentikan seketika hormon daripada dihasilkan dan proses ovulasi tidak dapat berlaku.
Jika tekanan bukan penyebab utama, doktor akan memeriksa ovari jika wanita tersebut mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana ia merupakan organ penting yang mengeluarkan telur setiap bulan kepada wanita.
Ads
Analisa diri sendiri juga boleh dilakukan dengan mengambil bacaan suhu badan. Waktu yang disarankan ialah setiap pagi selepas bangun tidur dan terus mengambil bacaan suhu badan. Jika ada peningkatan sebanyak 0.25 Celsius, ini bermakna proses ovulasi sedang berlaku.
Jika perubahan kitaran pendek dari tempoh mula kitaran yang normal iaitu 21-35 hari, ia masih boleh diterima namun jika ia berlarutan lebih daripada tiga bulan, pemeriksaan lanjut daripada pakar amat disarankan.
Kepada pasangan yang bakal berkahwin dan bercadang untuk hamil dalam masa terdekat namun mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, beberapa rawatan yang boleh dilakukan termasuk:
Pengambilan ubat clomid selama lima hari setiap kitaran, sebanyak 50 peratus daripada wanita akan melalui proses ovulasi dan berjaya hamil
Suntikan
Ads
Permanian berhadas (IUI)
Persenyawaan in vitro (IVF)
Kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi emosi wanita.
Contoh jadual kitaran haid, subur serta ovulasi.
Oleh : Dr. Tee Swi Peng,
Perunding Kesuburan
Metro IVF, Klang, Selangor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak Covid-19 gelombang kedua kian mengganas menjadikan keseluruhan 117 kes Covid-19 di Malaysia setakat ini. Mangsa wabak Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di hospital. Menurut Harian Metro, hanya enam kes mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara selepas pemeriksaan melalui gelombang kedua ini.
Disebabkan jumlah kes semakin meningkat, orang awam dinasihatkan agar terus kekal mengamalkan penjagaan kebersihan diri seperi kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air serta menggunakan ‘hand sanitizer’.
Namun, ‘hand sanitizer’ dan topeng muka kini agak sukar untuk dijumpai dek kerana kehabisan stok. Jika ada pun, harganya sudah dinaikkan kerana permintaannya yang tinggi.
Jadi, saudara Ir Abdul Rahman Bahasa menerusi laman Facebooknya telah berkongsi cara membuat ‘hand sanitizer’ sendiri di rumah dengan hanya menggunakan dua bahan. Cukup murah dan jimat.
Kredit: Ir Abdul Rahman Bahasa
COVID-19:CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER
Semalam,saya borak-borak ngan member pasal wabak COVID-19 kt Malaysia. Yes, agak critical sekarang ni. Setakat pukul 6.00pm tadi 93 orang confirm infected kat Malaysia berbanding ngan semalam hanya 83orang. Meningkat 10 lagi kes😣. 23 orang dah fully recovered👍🏻
Semalam jugak, member ada highlight pasal susah betul nak cari instant hand sanitizer sekarang.
Kalau ada pun, harga untuk antabax hand sanitizer 50ml yg biasa beli RM4.80 dah jadi RM8.00!!😱😱.
So, hari ni masa saya habis nak cari hand sanitizer je sebab stock hand sanitizer saya nak habis dah. BUT SEMUA SOLD OUT!😩
Tapi bila saya tiba di satu pharmacy ni. Ada benda yg saya rasa bagus untuk di share ngn korang. Yes, macam tajuk posting ni.CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER.
Ni bahan-bahannya mengikut suggestion pharmacy tu:
Dettol
Sterile Water
Cara-cara nak buatnya pulak:
Campurkan..20% Dettol, 80% sterile water.
So, kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Korang boleh lah sukat guna picagari atau lain2 alat sukatan yang bersesuaian ye..
Then finally letak dalam botol spray. Korg leh guna je botol2 spray kosong yg korg ada.
Tapi, ikut pharmacy tu. FORMULA NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK2 UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.
Dettol nye effect agak kuat jugak. Takut ada effect dekat kulit kanak2 yg umurnya bawah 10tahun.
Kalau kita cerita kos pulak, xda lah mahal sangat..
Dengan kos RM11.70. Boleh lah buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
Dari tak ada langsung. OK jugak lah option ni.
Anyway, yg paling penting kita kena jaga kebersihan guys!
Kalau korang tak nak buat hand sanitizer versi Dettol + Sterile Water ni;
Kerap2 lah basuh tangan
Elakkan berada di tempat awam. Kalau terpaksa juga terdedah dekat tempat awam.
Jangan lupa pakai mask ye!
Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ni.. Amin.. 🤲🏻🤲🏻
.
Moga bermanfaat😉
.
Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
07 March 2020 #Covid19#HomeMadeSanitizer
Bagi yang sedang enak bercinta, tentu tidak tergambar di perasaan betapa manis apabila dapat menatap wajah orang yang dicintai. Tentunya segala yang dilakukan tertumpu hanya untuk yang tersayang. Bak kata orang kalau sudah cinta gila , setia hanya untuk yang satu tanpa perlu mencari selainnya.
Soal di hati anda apakah anda benar-benar mencintainya?
1. Mencintai bererti banyak memberi tanpa berharap balasannya.
Cinta perlu banyak memberi. Rasa cinta, kasih sayang dan perhatian tidak pernah ragu-ragu untuk anda berikan. Rela belajar masak demi membuatkan bekal makan untuknya hingga perkara sempurnakah baju yang hari ini dia pakai. Cinta dengan hebatnya menjadikan anda ikhlas.
2. Emosi lebih stabil
Apabila anda mencintai dia sepenuh hati, anda tidak akan berhadapan dengan drama-drama dalam hubungan. Hubungan jadi dewasa, emosimu cenderung lebih stabil. Berlalu satu hari tanpa khabar darinya tidak lagi membuat anda gelisah. Terpisah jarak kerana urusan kerja pun bukan lagi masalah. Satu-satunya yang boleh membuat anda tenang ialah ketika dia mendapatkan yang terbaik dan membuatnya bahagia.
3. Dia sentiasa dalam ingatan
Apabila anda benar-benar mencintai pasanganmu, anda tidak perlu setiap ketika untuk memikirkannya. Namun dia sentiasa dalam ingatan. Ketika makan makanan kesukaannya pasti anda mengingatinya. Ketika melihat baju yang sesuai dia pakai, anda tidak ragu untuk membelinya.
4.Sekalipun tanpa dia, anda akan baik-baik saja.
Apabila mencintai pasangan, anda dan dia akan menjalani hubungan yang lebih santai. Cinta yang kuat di dalam hati boleh meyakinkan anda bahawa semua akan baik-baik saja.
5. Tempuhi pelbagai ujian bersama
Anda dan pasangan mungkin sudah menjalin hubungan selama beberapa tahun. Melalui momen bahagia, sedih, hingga perasaan kecewa akibat kepercayaan yang pernah dikhianati. Namun, cinta yang kuat menjadikan anda mampu bertahan bukan memilih untuk menyerah lalu mencari cinta yang lain.
Itulah erti cinta sebenarnya. Cinta mampu membuat hidup anda lebih bahagia.
Sumber: https://www.hipwee.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut pakar, pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan saling bergurauan sesama sendiri di media sosial, sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa-biasa sahaja, mungkin bermaksud untuk menyembunyikan hubungan mereka yang tidak stabil.
Nikki Goldstein, pakar perhubungan dan seksologi dari Australia menyatakan bahawa pasangan yang kerap memuat naik status di media sosial selalunya mengharapkan tanggapan yang baik daripada orang luar tentang hubungan mereka.
Kebiasaannya, individu yang sering membuat posting itu adalah mereka yang mahu kelihatan bahagia di mata orang lain di media sosial. Jumlah like dan comment yang banyak memberi kelagaan kepada individu ini. Mereka sepertinya cuba membuktikan betapa bahagianya hubungan mereka dimata orang lain.
Goldstein juga berpendapat pasangan yang cenderung untuk mengambil gambar antara satu sama lain dan segera memuat naiknya ke Instagram adalah pasangan yang sering ‘hilang’ serta tidak dapat menghayati momen bersama pasangan.
Seseorang individu yang terlalu fokus mengambil selfie, kemudian mengaplikasikan filter terbaik dan meletakkan hashtag yang pelbagai sebenarnya terlepas momen indah yang berlaku disekelilingnya. Bukankah tujuan asal mengambil gambar itu adalah untuk merakamkan kenangan indah untuk dikenang semula satu hari nanti?
Pasangan masa kini lebih gemar merakamkan gambar dan terus memuat naik di media sosial dan sentiasa memerhatikan jumlah like dan comment yang diperolehi dari masa ke semasa.
Benar atau tidak kajian ini, tepuk dada tanya selera.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!