Ramai lepas tangan bab tanggung jawab jaga mak ayah selepas sudah sah jadi milik orang. Ada yang tolak pada anak lelaki sahaja dan begitu juga sebaliknya.
Hakikatnya anak perempuan atau anak lelaki, kedua-duanya punya tanggung jawab untuk menjaga ibu bapa. Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tanggung jawab anak-anak.
Tanggung Jawab Jaga Mak Ayah
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggung jawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggung jawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Ads
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Sama-sama Jaga Mak Ayah
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggung jawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
Ads
Suami yang menghalang isteri menjaga ibu bapanya apatah lagi dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, ini bermakna golongan itu memutuskan hubungan ibu bapa dan anak yang hukumnya jelas haram.
Hukum Isteri Yang Tak Benarkan Jaga
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Namun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggung jawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Ads
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Jadi masyarakat tidak boleh melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ini hukum asas dalam agama.
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing.
Bila Diuji Mak Ayah Sakit
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa yang lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka.
Kepada bakal-bakal pengantin semua yang akan bergelar suami, isteri tidak lama lagi. Kami ingin kongsikan kepada anda mengenai cincin.
Ya, seperti semua tahu betapa pentingnya cincin ini dalam sesebuah perkahwinan kerana itu melambangkan penyatuan antara cinta anda dan si dia.
Kebiasaannya untuk kahwin, perempuan akan dapat 3 jenis cincin dari pihak lelaki. Apa dia? Tengok sedikit info ini!
1) Cincin merisik
Dipanggil cincin belah rotan. Tapi BUKAN diperbuat daripada rotan ye. Biasanya orang beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih dah dapat.
2. Cincin tunang
Ada orang tak bertunang, tapi terus nikah je. Terpulang. Kalau tak bertunang, anda dapat 2 cincin sahaja. Cincin bertunang ni biasanya lebih ‘up’ sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu.
3. Cincin nikah
Cincin nikah mestilah kena paling ‘glamorous’ diantara cincin merisik & bertunang. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu satu & besar. Ia dipanggil Solitaire ring.
Jadi, itulah jenis-jenis cincin yang korang wajib tahu kalau nak berkahwin dengan gadis melayu. Tapi nak kata wajib pun tak jugak, ramai je gadis-gadis Melayu sekarang yang memahami dan tak suka membebankan pihak lelaki. Semoga ia memberi manfaat kepada anda!
Sumber : twtmalaywedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan bahawa hubungan intim mampu mengeratkan hubungan suami isteri serta menentukan keharmonian rumah tangga. Namun sedih juga rasa apabila berhadapan dengan situasi di mana suami enggan mengadakan hubungan intim dengan anda. Mula si isteri berfikir yang bukan-bukan. Untuk elakkan pemikiran yang negatif ini timbul di fikiran isteri, lebih baik kaji semula apa kekurangan yang ada pada diri. Mungkin kita sebagai isteri tidak ambil peduli hal yang boleh membuat suami hilang minat terhadap hubungan intim. Sebagai isteri perlu tahu apa yang menjadi penyebabnya.
Suami berharap ada hal mengejutkan semasa hubungan intim
Apabila suami sudah dapat membaca perlakuan isteri semasa hubungan intim selama ini monoton, dia kehilangan minat mengulang hal sama setiap malam. Anda mungkin kurang kreatif dan tidak mahu bereksperimen dengan perlakuan yang luar biasa. Elemen surprise yang diharapkan oleh suami tidak berlaku membuatkan dia rasa bosan.
Dia terlalu memikirkan pekerjaan
Seringkali musuh terbesar anda di atas ranjang adalah pekerjaannya. Dia sudah tertekan dan selalu disibukkan dengan deadline dan tidak ada masa selain bekerja. Fikirannya sudah tertumpu hanya pada pekerjaan.
Kemungkinan dia tak tahu yang anda merindukannya, jadi katakan padanya seperti, ” Sayang tahu abang penat, tapi sayang rindu abang.” Dan ajak dia untuk melakukan kegiatan rileks bersama,bicarakan dari hati ke hati agar keintiman dan komunikasi anda berdua timbul.
Dia ingin rehat setelah penat bekerja seharian
Ini adalah alasan paling umum, kerana dia sudah terlalu penat dengan kesibukan di pejabat, dia tidak ada tenaga lagi untuk melakukan hubungan intim. Daripada hubungan intim, dia lebih memilih tidur sehingga boleh mengembalikan kesegaran tubuhnya.
Teringat anak-anak
Dia jenis suami yang sangat berhati-hati? Kemungkinan dia menolak kerana tidak ingin ‘kegiatan’ anda berdua di ketahui oleh anak-anak. Disarankan , anda tidak sebilik dengan anak, jangan ada barang-barang yang berhubungan dengan anak, seperti fotonya dan mainannya, kerana boleh jadi itulah membunuh ghairah seksualnya.
Dia tak percaya diri
Mungkin akhir-akhir ini performance dia tidak bagus di ranjang? Hal ini boleh jadi membuatnya dia tak percaya diri berhadapan dengan anda. Jika dia memang mengalami masalah hubungan intim adalah lebih baik jika mendapat konsultasi dar doktor.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali gaduh, isteri salah. Setiap kali marah, isteri salah dan setiap kali ada yang tak kena, isteri salah.
Jahat betul isteri kita. Ini sesuatu yang salah patut kita semak dalam hubungan suami isteri. Nak lebih jelas, jemput baca perkongsian Puan Amy tentang hubungan yang retak dalam perkahwinan.
Setiap Kali Gaduh
Asyik buat salah memanjang, tak pernah buat elok, tak pernah jadi baik. Semua yang berlaku, berpunca dari dia. Kita yang jadi suami, memanjang betul, memanjang baik, memanjang tak buat masalah.
Maksum dan sempurna betul kita.
Punca Dari Kita Sendiri
Ada ketikanya, ada masanya, salah itu kita yang buat, punca itu dari kita. Kita yang tak kena, kita yang buat bagi pergaduhan itu tercetus. Isteri masam muka, moody, emo, sebab perangai dan perbuatan kita.
Tapi, nak ke kita mengaku? nak ke kita minta maaf kat isteri?
“Tak kot… aku suami, kenapa aku nak mintak maaf kat isteri. Aku suami, dia lah kena minta maaf kat aku walaupun itu salah aku, kan dia isteri.” Begitulah egonya kita.
Suami yang bijak, dia tak kan nampak salah isteri saja. Suami yang adil, dia tak akan menyalahkan isteri sahaja.
Kalau selamanya isteri yang salah sentiasa, maka isteri kita tersagatlah jahat dan kita memang gagal sebagai seorang suami sebab kita gagal didik, ajar dan bimbing isteri sendiri untuk buat betul dan jadi baik.
Renung-renungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!