Sentuhan memukau yang tak terperi membuatkan mata tak puas memerhati. Tersergam indah dekorasi keseluruhan majlis meraikan cinta raja sehari. Berlatarkan hiasan bunga-bungaan menyentuh jiwa romantis nan suci. Dengan tema moden fairytales membuatkan pasangan raja sehari tampak berseri.
Tetamu pastinya terpesona melihat ruang memotong kek yang indah dihiasi bunga rona putih.
Gantungan bunga-bungaan bersama candelier berjuraian melengkapkan lagi suasana romantis pada keseluruhan ruang.
Ads
Suntikan bunga-bungaan seperti ros, hydrangea, eustoma, orkid putih, peacock putih, baby breath dan ivy leaf bersama kilauan cahaya lavender mencipta sentuhan nan memukau. Dekorasi meja tetamu menggunakan kerusi Chiavari dan vas bunga di tengah-tengah meja menjelmakan aura moden pada dekorasi majlis.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pelamin itu sangat lah memainkan peranan yang penting. Tambah pula dengan zaman sekarang yang boleh dilihat dengan pelbagai reka bentuk pelamin itu sendiri.
Tidak kita ketinggalan pelamin cucuk sanggul yang masih digunakan hingga ke hari ini. Walaupun sudah digunakan lama namun hari ini mereka datang dengan idea dan corak yang baru. Memang cantik dan meletop! Lihat saja ini.
Sumber : Rizal Hakim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila nak transformasi ruang rumah bagi nampak kemas, anda kena ada sedikit ilmu deko. Tak boleh main letak dan tarik perabot. Nanti nampak sempit dan sakit mata memandang.
Nak-nak pula kalau rumah anda jenis banyak barang, yang baru pindah rumah jadi pasangan suami isteri pun kena belajar tip daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini, jom baca ilmu dekorasi mudah.
Bila masuk rumah baru, kosong lagi, mungkin kita boleh jumpa ramai pakar hiasan dalaman di luar sana. Tapi lebih jimat kalau anda cuba hias sendiri.
Tak perlu cari rumah baru tapi tukar suasana ruang jadikan baru. Semoga menjadi rumah yang dirindui oleh setiap ahli.
Ini sedikit tip transform rumah jadi WOW buat semua pembaca:
Siapkan laluan. Contoh dari pintu masuk ke dapur, ada laluan tanpa halangan. Dari bilik tidur ke bilik air, juga tiada halangan. Dan dari dapur nak ke meja makan untuk hidang, dekat dan juga tanpa halangan.
Sebaik dapat kenal pasti laluan, susun perabot di lokasi selain dari laluan. Pada laluan, kosongkan. Laluan yang mudah akan memberikan keselesaan pada pergerakkan setiap ahli rumah dan tetamu yang datang.
Untuk buat illusi optik atau kesan dramatik, boleh buat susunan luar biasa. Seperti gambar, sofa di susun melebihi dinding. Ini bertujuan seperti pembahagi ruang. Namun masih belum mengganggu laluan. Kesannya, rumah yang kecil ini nampak luas, kan?
Bagi rumah yang kecil, elakkan perabot bersaiz besar dan gelap. Dapatkan perabot yang mudah alih. Tapi labur sedikit wang untuk sofa.
Ini akan jadi watak utama dalam rumah. Sofa yang selesa akan membuatkan penghuni rumah dan tetamu duduk lama. Seperti gambar, sofa boleh dilipat turun menjadi sofa bed. Siang kerusi, malam katil.
Pelembut akan bagi karakter pada rumah, ramai orang terlepas pandang. Ini perkara paling penting, bukan paling tak perlu kisah.
Apa itu pelembut? Ini barang yang menggunakan fabrik seperti langsir, bantal, dan karpet. Perkara paling perlu diingat ialah, apabila satu pelembut sudah bercorak, yang lain tidak perlu bercorak. Contoh, jika langsir bercorak, maka bantal kusyen dan karpet tidak.
Banyakkan cat putih untuk nampak luas. Rumah lama biasanya menggunakan cat berwarna krim.
Warna kuning atau krim akan berikan rupa lama dan usang.
Warna seperti merah, jingga dan pink jika digabung bersama akan jadi warna panas (warna api).
Warna sejuk ialah seperti warna hijau dan biru (warna laut).
Untuk fokuskan dinding, pilih satu dinding yang mula-mula nampak sebaik masuk ruang tersebut. Atau pilih dinding yang aktif fungsi seperti dinding tv.
Dinding fokus boleh diwarnakan dengan warna yang pop-up ikut kesukaan mata masing-masing. Tapi awas, elakkan warna merah menyala kerana ini akan mengundang sakit kepala. Jika malas cat, boleh pasang wallpaper atau 3d wall decor.
Lampu akan berikan kesan dramatik. Jika hanya ada lampu putih, ruang akan nampak jelas dan tiada fokus. Setiap sudut terang kelihatan.
Jika sepah, ini akan jelaskan sepah itu dengan sangat nyata. Buka lampu kalimantang dan tukarkan dengan lampu beridentiti.
Di dinding fokus, pasangkan spotlight. Di sebelah sofa dan katil bilik tidur, pasangkan lampu meja. Cahaya lampu pula ada 3 jenis:
White Warm Warm White
Untuk ruang yang perlukan mata nampak jelas, pakai putih. Jika bertujuan untuk berikan mood romantik dan rehat, pakai lampu warm.
Aksesori adalah penaik seri. Aksesori yang berfungsi akan jadikan ruang lebih hidup. Misalnya aksesori jam, ini untuk melihat waktu terkini.
Begitu juga dengan aksesori bingkai gambar, ini untuk mengembalikan nostalgia. Pasu untuk letak pokok hijau dan bunga. Ada juga pasu yang mencipta karakter dan suasana.
Dinding yang tidak dihias umpama ruang itu masih belum disiapkan. Ya, ruang nampak tak siap bila tiada hiasan dinding. Nak hias dengan apa? Hias dengan lukisan, kalimah, frame gambar atau arca.
Masa gantung, pastikan di tengah-tengah dinding atau kelengkapan. Seperti di tengah-tengah atas kepala katil atau sofa. Gantungan letak aras mata. Begitu juga jika gantungkan cermin muka.
Rumah yang selesa membuatkan penghuninya suka menghabiskan masa di rumah. Sebaik masuk rumah, sambut dengan alas kaki yang sedap dipijak.
Yang mana ada kerusi, di bawahnya letaklah alas kaki. Begitu juga di sebelah katil. Turun saja katil, ada alas kaki. Alas kaki boleh pilih sama ada nak pakai tikar getah, karpet, atau vinyl.
Jika masih sayang perabot dan kelengkapan rumah yang lama, boleh perbaharukan rupa atau tukar fungsi dan lokasi kedudukannya. Contohnya, almari laci di depan pintu masuk, dipindahkan ke satu ruang baru dipanggil ruang dressing.
Barang yang lusuh, di cat semula. Yang terbuka boleh ditutupkan. Seperti dapur di dalam gambar, kami pasangkan langsir bermata ikan.
Semestinya rumah yang melebihi 10 tahun akan mengalami barang yang banyak. Ada yang disimpan sejak anak kecil lagi. Ada sentimental value.
Tetapi menurut kajian, barang yang tidak disentuh melebihi 6 bulan, bererti ia tidak diperlukan lagi. Jadi boleh buat garage sale, car boot sale, atau boleh sedekahkan pada rumah kebajikan dan juga saudara mara.
Hanya barang yang elok rupa saja diletakkan sebagai hiasan luar dari kabinet atau tirai tempat simpan barang. Yang lain sediakan rumahnya di tempat bertutup.
Rumah kelihatan kemas apabila barang-barang disimpan di tempat tertutup. Boleh diy seperti projek dapur, kami gunakan langsir saja di bawah dapur memasak. Jika ada tabungan lebih nanti, boleh buat kabinet pula.
Haa… suami isteri yang baru kahwin, boleh lah belajar bab deko perlahan-lahan, ya! Rasakan kelainan hidup dan peribadi ahli keluarga setelah makeover dilakukan di rumah. Mesti makin bahagia dan rasa selesa duduk rumah.
Bertemakan rona putih dan kehijauan, keseluruhan ruang diinspirasikan dari alam semula jadi (nature) yang diberi nama The Secret Garden. Rona semula jadi ini tampak indah dengan penggunaan juntaian bunga di setiap sudut antaranya di ruang pelamin, meja makan utama dan pintu masuk. Ternyata dekorasi ini berjaya mencipta majlis yang eksklusif dan hebat.
Penggunaan daun segar adalah penting kerana dedaun hidup akan memberikan impak berbeza dan segar dalam sesuatu dekorasi.
Props tidak banyak diperlukan kerana sifat alam semula jadi itu sendiri sudah ada nilai yang tersendiri. Dekorasi greenery seperti ini akan memberikan pengalaman berbeza pada setiap tetamu yang hadir.
FOTO : WEDDINGS BY EMMA DEKORASI : WEDDINGS BY EMMA TERIMA KASIH PENGANTIN : MIR & ADRIANA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...