
Tema berkonsepkan pampas memang jarang sekali kita dengar dan lihat. Pampas atau lalang ini digunakan sebagai hiasan dekorasi di pelamin perkahwinan. Ia adalah lalang yang telah dikeringkan kemudian dijadikan sebagai hiasan.
Namun, pemilihan pampas ini bukan mudah kerana perancang perkahwinan perlu memilih lalang yang betul-betul sesuai untuk diletakkan. Kebiasaannya mereka akan pilih yang gebu dan tebal untuk menghias.
Tips Pemilihan Pampas
1. Pampas kebiasaannya digandingkan dengan unsur hijau ataupun daun-daun mati.
2. Pilih lalang yang gebu dan tebal daripada yang nipis. Biasanya boleh dapatkan pada florist.
3. Seeloknya keringkan lalang terlebih dahulu untuk mendapatkan bentuk yang lebih gebu dan hasil hiasan lebih cantik.
4. Jangan letak bunga berwarna-warni kerana ia tidak sesuai dipadankan bersama lalang.
5. Padankan bersama bunga segar atau tiruan yang berwarna putih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tema ini jangan lupa menonton Pesona Pengantin musim ke-3 bersama hos Uyaina Arshad. Setiap hari isnin jam 12.30 tengah hari di astro prima ok!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gahnya Pelamin Kahwin Elfira! Ini Cerita Disebalik Pembikinan Pelamin-Pelamin Tersebut

Ramai yang berkongsi foto dan video sepanjang majlis resepsi Elfira dan Faris yang berlansung semalam, malah ramai juga yang berbalas-balas melontarkan pandangan.
Hinggakan, nama Elfira menjadi trending di laman sosial Twitter sejak pagi semalam.
Ramai yang memuji Elfira cantik dan anggun mengenakan busana pengantin hasil rekaan Rizman Ruzaini dan tatarias sentukan Khir Khalid.
Ini cerita yang abang Nas dari Nas Great Idea kongsikan eksklusif bersama Pesona Pengantin tentang hasil pelamin yang indah dan kini menjadi viral itu.
1. Sewaktu pertama kali jumpa, mereka berbicang mengenai konsep, design dan sebagainya. Mengenangkan PICC mempunyai ballroom yang bulat, maka pihak Nas Great Idea menekankan centre stage dan runway dari entrance ke pelamin dan pelamin ke main table.
2. Elfira sendiri inginkan kelainan tanpa membuat pelamin yang biasa dibuat sewaktu majlis kahwin dan menggantikan dengan sesuatu yang lain daripada lain. Jadi pihak Nas Great Idea mengabadikan stage yang lebih kepada stage persembahan.
3. Idea pelamin resepsi adalah dari pihak Nas Great Idea dan konsep resepsi semalam ialah dari El sendiri yang inginkan konsep kristal dan less flower.
4. Mereka banyak berhubung melalui telefon oleh kerana Elfira banyak ke luar negara dan hanya pulang beberapa hari sebelum majlis nikah.
5. Pengalaman pasang pelamin nikah dalam gelap dan hujan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
6. Pelamin nikah dibuat selepas sambutan tahun baru bermula jam 2 pagi sehingga 6.30 pagi.
7. Design pelamin nikah diberikan sendiri oleh Elfira dan diubah suai sedikit oleh Abang Nas. Namun design pelamin resepsi ialah 100% dari abang Nas sendiri.
8. Abang Nas mencipta pelamin nikah hanya dalam tempoh masa 48 jam sahaja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Dapur DIY, Boleh Jadi Projek Suami Isteri Di Rumah Musim PKP Ni!

Penularan wabak Covid 19 yang semakin mengganas ni, kerajaan pun mengambil langkah bijak dengan mengeluarkan arahan untuk Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Kebanyakkan pasangan suami isteri yang bekerja diarahkan untuk untuk hanya bekerja dari rumah.
Ada yang mengambil kesempatan bekerja dari rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan tak kurang yang memilih untuk mengubahsuai rumah secara DIY. Seperti pasangan suami isteri ini, mereka berkongsi idea dan hasil yang sungguh ‘wow’ apabila ruangan dapur mendapat sentuhan peribadi dari tuan rumah sendiri. Beberapa barangan dibeli hanya secara online!
Bagi pasangan suami isteri yang baharu berkahwin dan masuk ke rumah sendiri, mungkin bajet yang ada untuk dekorasi rumah adalah terhad. Tapi jangan risau kerana bila kita rajin buat projek DIY, kos untuk menghasilkan dekorasi impian akan jadi lebih murah.
Menurut pasangan suami isteri ini, projek DIY sempena PKP 3.0 merupakan percubaan pertama mereka. Setiap hasil kayu, pemotongan dan gam semuanya dilakukan sendiri pleh suami. Manakala isteri bantu pegangkan kayu dan mengecat.
Hasil kerjanya sangat kemas dan cantik. Dengan bajet rendah, pintu biasa menjadi luar biasa dan beri nafas baharu untuk tuan rumahnya.
“Kayu wainscoting kami beli di shopee , kayu ukuran 4cm, kami beli 16 batang dan dapat buat 5 pintu (Depan sahaja kecuali main door kami buat depan belakang).
Cat pula kami gunakan high gloss cat from jotun code iconic. Alhamdullilah hasilnya kami puas hati. Pintu biasa2 bertukar seperti pintu mahal walaupun dgn budget yg rendah.
InsyaAllah, next plan kami bercadang nak buat batten wall pula di entry way bilik. Diharap perkongsian ini dpt membantu semua yg mencari idea.”

Seronoknya bila rumah dah cantik. Tambah-tambah lagi keindahan dalam kediaman itu dilakukan sendiri bersama suami isteri. Terasa penat lelah diganti dengan kebahagiaan. Buat yang berkelapangan, bolehlah jadikan ini sebagai inspirasi dan pencetus idea untuk anda. Nak beli kayu wainscoting yang digunakan tuan rumah? KLIK SINI!
Kredit: Facebook Xumy Lala
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Stail Backdrop Yang Tepat Supaya Tidak Mencacatkan Dekorasi Perkahwinan

Dalam menyempurnakan dekorasi sesebuah majlis perkahwinan, backdrop atau latar pelamin merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Ini kerana penilaian sama ada berjaya atau tidak sebuah dekorasi perkahwinan dipengaruhi oleh bentuk dan pemilihan backdrop tersebut.
Oleh itu, anda perlulah mempertimbangkan bentuk backdrop dengan sebaiknya agar ia tidak merosakkan suasana dekorasi perkahwinan. Bukan itu sahaja, pemilihan dan bentuk backdrop juga bergantung pada lokasi perkahwinan sama ada ia sesuai dilakukan di indoor atau outdoor.
PERKAHWINAN TRADISIONAL DI INDOOR ATAU OUTDOOR
Perkahwinan dengan konsep tradisional lebih kerap diadakan di indoor berbanding outdoor. Selain proses adat yang panjang dan memakan masa yang lama, bimbang akan berlakunya perubahan cuaca seperti hujan yang turun secara tiba-tiba ataupun matahari yang semakin terik.
Maka tempat yang paling sesuai untuk mengadakan perkahwinan tradisional adalah di dalam kawasan yang tertutup. Dalam memilih backdrop untuk perkahwinan tradisional di indoor, biasanya bakal pengantin akan menyesuaikan dengan adat yang akan dijalankannya.
Bolehkah perkahwinan tradisional dilakukan di tempat terbuka seperti di taman atau di tepi pantai? Sebenarnya boleh jika proses yang panjang dapat disingkatkan. Untuk backdrop pula sebaiknya dikombinasikan antara tema moden dengan elemen gaya tradisional seperti kain batik atau tenun.
KEPELBAGAIAN BACKDROP MENGIKUT LOKASI
Perkahwinan ala barat yang dilakukan di outdoor biasanya menggunakan konsep intimate dan ringkas. Dan untuk menyesuaikannya, backdrop akan dibuat mengikuti konsep yang minimalis dan ringkas. Selari dengan konsep, terdapat pelbagai jenis backdrop yang dapat diaplikasikan daripada segi bentuk mahupun gaya.
Daripada segi gaya, terdapat banyak jenis di antaranya vintaj dan rustik yang sering diguna pakai. Sementara untuk bentuk juga pelbagai. Bahkan dari gaya rustik, sepasang pintu pun dapat dijadikan backdrop yang disertai dengan dekorasi bunga-bunga untuk mencantikkannya.
Keuntungan lain yang bakal pengantin dapat dengan menggunakan backdrop seperti ini adalah dapat mengurangkan bajet dekorasi tanpa perlu menghabiskan kos untuk dekorasi mewah dengan menyewa pelamin yang yang pasti mahal kosnya. Hanya dengan sentuhan kreatif, backdrop yang ringkas juga tetap tampil menarik.
Aplikasi latar pelamin seperti ini juga bukan hanya sesuai untuk pengantin bergaya moden, tapi dapat juga diterapkan untuk pengantin tradisional. Tentu saja dengan memberikan gaya tradisi seperti kain songket atau batik sebagai pengganti kain selendang putih yang biasanya dililitkan pada tiang mencetuskan kelainan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI