
Sebenarnya tempat sidai kain pun salah satu ruang penting yang patut ada dalam rumah, ini memudahkan kerja rumahtangga golongan isteri dan pastinya akan buat emosi orang rumah bahagia bila semuanya kemas.
Terutama anda yang tinggal di apartment atau kondominium, mesti tempat jemuran akan jadi satu masalah sebab tiada ruang yang sesuai.
Tempat Sidai Kain Jimat Ruang, Isteri Pun Boleh Cuba DIY Sendiri
Kalau saiz keluasan ruang tempat menjemur pakaian yang tersedia sempit dan sangat terhad, ini akan mendatangkan masalah ketika untuk menjemur pakaian di ruang tersebut.
Jangan risau, apa kata anda menggunakan ampaian pakaian seperti ini untuk mengatasi masalah tersebut. Apa yang menariknya mengenai ampaian pakaian ini ia boleh dilipat dah tidak menggunakan ruang yang terlalu besar untuk memasangnya.
Bukan itu sahaja, untuk memasangnya juga tidak begitu rumit dan amat mudah untuk dikendalikan. Malah, ampaian pakaian ini sangat kukuh dan boleh menampung jumlah kain jemuran yang banyak dalam satu masa.
Manakala, harga yang dijual tidak terlalu mahal dan berpatutan jadi anda tidak perlu untuk berbelanja besar pun.
Jika anda ingin mendapatkan ampaian pakaian seperti ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Cara Mudah Tambah Seri Ruang Bilik Mandi. Jom Cuba!

Kita sudah biasa melihat tanaman-tanaman hiasan yang diletakkan di ruang tamu, laman rumah serta dapur. Namun ruang yang jarang dihiasi dengan tanaman segar ialah bilik mandi. Tahukah anda, terdapat banyak kebaikan mempunyai tumbuh-tumbuhan di dalam bilik mandi? Tumbuhan ini sangat berkesan dalam menyaring pencemaran udara yang berbahaya dan bau yang menjadikannya aksesori tambahan terbaik di bilik mandi. Tumbuhan ini juga bertindak sebagai penyegar bilik secara semula jadi, jadi anda tak perlu melabur pada penyegar tiruan.
.
Mungkin keadaannya yang kerap basah dan lembap menyebabkan tidak semua jenis tanaman sesuai dengan diletakkan di bilik mandi. Jika anda berhasrat untuk menghiasi ruang bilik mandi dengan tanaman segar Pesona Pengantin sarankan beberapa pilihan:
BOSTON FERNS
Bagi bilik mandi yang lembap dan kurang menerima cahaya matahari, Boston Ferns pilihan yang tepat kerana ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu, bakul atau raga yang digantung. Tanaman ini juga sangat efektif bagi menghilangkan bahan kimia dan pelembap dari produk-produk mandian.
MAIDENHAIR FERNS
Sesuai diletakkan di dalam bilik mandi yang mendapat sinaran matahari yang banyak supaya daun-daunnya tumbuh sihat.
AIR PLANT
Tanaman ini menyerupai pokok lidah buaya yang biasanya diletakkan di dalam botol terrarium kerana saiznya yang comel. Hendak menjaganya mudah sangat, cukup menyiramnya dengan air dan diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
GOLDEN POTHOS
Bentuk daun tanaman ini berbentuk hati dan tumbuh segar di kawasan yang hangat dan ada cahaya matahari. Namun berhati-hati kerana jika terlalu kerap terkena panas, daunnya akan mudah mengering.
ORKID
Selain tahan lasak dan mudah merawatnya, tanaman yang mempunyai bunga cantik dan beraneka ini juga boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi untuk bilik mandi.
Bertahun IKHTIAR HAMIL, IVF Tiga Kali Gagal. Wanita Ini Kongsi Tip Kekal Positif!

Pasangan mana yang tidak mengimpikan mempunyai zuriat sendiri. Namun, ada juga pasangan yang perlu menjalani rawatan sebagai ikhtiar untuk hamil. Yang kuat mental, bolehlah menerima kegagalan prosedur rawatan dengan hati terbuka. Yang sukar menerima kenyataan? Mungkin boleh mengambil kekuatan dari perkongsian wanita ini.
Bagi Zati Zafirah Roshdi dan suami, Johar Shukri Dato Ahmad, mereka menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka walaupun pada awalnya terasa perit untuk diterima. Lapan tahun usia perkahwinan membuatkan pasangan ini tegar untuk mencari ikhtiar mendapatkan zuriat.
Baru-baru ini juga mereka melalui kegagalan IVF buat kali ketiga. Dua embrio (kembar) yang dipindahkan hanya mampu bertahan selama empat minggu sahaja di dalam rahim.

“Kami mengambil keputusan untuk melakukan rawatan IVF sejak tahun 2019. Ketika itu kami ingin tahu status kesihatan dan kesihatan selepas empat tahun berusaha untuk hamil secara alami. Kami sama-sama inginkan zuriat lalu bersepakat untuk cuba rawatan kehamilan yang ada. Walaupun suami sendiri yang bersuara nakkan anak, tapi saya tak kecil hati malah bersyukur dengan keinginannya.”
Rawatan IVF Pertama
Kali pertama melakukan rawatan IVF, mereka akui agak takut. Harapan yang tinggi diletakkan pada kejayaan prosedur. Mereka sendiri berbincang dengan pakar selepas lima tahun berusaha untuk hamil.


“Pengalaman melakukan IVF banyak mematangkan kami dari segi berkomunikasi dan dalam perhubungan. Kami tidak pernah merancang untuk dapat anak lewat. Mungkin belum rezeki.
Sebelum kami mula buat IVF, saya cuba juga prosedur IUI pada tahun 2018 dan di awal empat tahun perkahwinan saya kerap juga berurut. Malah, saya pernah mencuba produk ikhtiar hamil yang terkenal. Tidak cukup denga n itu, kami ‘hilang’ duit deposit sebanyak RM1,000 apabila pusat rawatan yang kami pergi tu disita pihak berkuasa.”luah Zati.
Kos Rawatan IVF
Zati juga berkongsi tentang kos rawatan IVF yang perlu ditanggung. Ribuan ringgit juga pasangan ini berhabis duit dan mereka membuat prosedur ICSI di Advance Reproductive Center, Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM di bawah Prof Dr Abdul Kadir Abdul Karim.
Berikut penjelasan Zati…
Cycle Pertama:
- Deposit RM800.
- Oocyte Retrieval RM4,100.
- Tese RM1,300 (kalau suami tidak boleh menghasilkanfresh sample pada hari pemindahan embrio)
- Pemindahan EmbrioRM1,450.
- Pembekuan EmbrioRM1,750.
Lain-lain:
- Pemberian sperma RM150.
- Transvagina scan RM50.
- Pengambilan darahRM13
Total RM8,313 (tidak termasuk ubat)
- Angaran untuk ubatan hormon RM1,000 hingga RM2,000 bergantung pada jenis ubat yang disarankan oleh Pakar.
- Suplemen tambahan untuk tingkatkan jumlah sperma RM1,250 (suplemen adalah untuk tiga bulan).
- Suplemen tambahan untuk meningkatkan kualiti ovum dan ketebalan dinding rahim RM1,140 (suplemen adalah untuk tiga bulan).
Menurut Zati lagi, selepas cycle IVF yang pertama masih mempunyai baki embrio, embrio-embrio tersebut akan dibekukan dan disimpan dengan cara cyro-storage. Untuk dua tahun pertama, tidak dikenakan bayaran kerana telah termasuk dengan bayaran prosedur IVF manakala untuk tahun ketiga dan seterusnya, bayaran untuk pembekuan embrio adalah RM500 untuk dua tahun.
Untuk prosedur frozen transfer (menggunakan baki embrio dari cycle pertama IVF)
- Scan RM50 (Hujung mingu RM176)
- Prosedur Frozen Transfer RM2,500
- Pengambilan darahRM13
- Ubat-ubatan RM200 hingga RM1,000 bergantung pada ubatan yang disarankan oleh Pakar.
“Kos IVF memang tinggi. Sebagai pengguna atau pesakit, kita perlu bijak memilih institusi perubatan mengikut kemampuan kita. Jika bercadang untuk melakukan rawatan IVF, buat perbandingan harga dahulu dengan mana-mana pusat rawatan yang dirasakan bersesuaian.
Di Malaysia terdapat banyak hospital kerajaan atau hospital pengajar yang menawarkan perkhidmatan fertiliti dengan harga berpatutan dan setaraf dengan pusat fertiliti swasta. Kami menyimpan duit dan meletakkan keutamaan untuk IVF. Andai ada keinginan untuk sesuatu pun, kami hold dulu. Kami faham tak semestinya setiap cycle IVF itu akan berjaya.”
Bila ada yang tanya soal nak dapat anak, saya senyum, tarik nafas dan beritahu mereka Allah Maha Mengetahui. Kami sebagai umatnya telah berusaha, tawakal, doa dan reda. Rezeki dan nikmat Allah itu luas tidak tertumpu pada anak sahaja. Anak itu pinjaman dari Allah dan anak itu juga amanah. Maka Allah lebih mengetahui mengapa usaha dan doa kami belum dimakbulkan.
TIP UNTUK BUAT PROSEDUR IVF
- Mental & fizikal kedua-dua pasangan perlu fully prepared (betul-betul bersedia untuk each other) dalam menempuh ups & down dalam procedure IVF.
- Pastikan kedudukan kewangan kedua-dua pasangan stabil dan ada simpanan untuk hal kecemasan atau untuk kos rawatan sampingan, ubat-ubatan suplementary yang dapat membantu kejayaan proses IVF.
- Sentiasa berdoa pada Allah, berselawat Ke atas Nabi dan bersedekah. Kita berusaha sebaik mungkin, ikhtiar semampu yang boleh, bergantung sepenuhnya dan bersangka baik pada Allah SWT
- Sokongan dan doa dari keluarga terutama ibu bapa dan mertua amatlah diperlukan agar pasangan kekal positif.
- Sokongan di tempat kerja oleh majikan dan rakan-rakan. Berterus-terang dan berbincang dengan majikan jika kita bercadang melakukan prosedur IVF. Agar mereka dapat membantu dari segi pengagihan kerja selepas prosedur IVF di lakukan.
- Kurangkan atau berhenti makan makanan fast food dan minuman manis.
- Makan makanan yang sihat mengikut kadar kemampuan dan kewangan kita dan pasangan. Tak semua orang mampu untuk makan ikan salmon,ikan cod,avocado, blueberries atau minum jus delima yang diperah hari-hari.
- Banyakkan makan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalkan suku suku separuh.
- Bersenam walaupun sekadar brisk walk.
- Belajar untuk tangani stres, always have me time walaupun dengan sekadar membaca buku.
- Just enjoy the ride. When the right times comes, InsyaAllah akan ada ganjarannya.
- Untuk para suami yang merokok, atau Vape, dinasihatkan untuk kurangkan merokok. Paling bagus, ambil peluang untuk berhenti merokok. Kerana merokok antara punca sperma tidak sihat.
Begitu bermnafaat sekali perkongsian ini. Mungkin pasangan yang berhasrat untuk melakukan rawatan ini boleh mula membuat perubahan dalam gaya hidup serta membuat tabungan ‘paksa’. Di mana usaha, pasti ada kejayaannya. Lambat atau cepat, itu rahsia Allah.
Isteri Kena Reda & Mudahkan Urusan Suami, Ini Pandangan Zarina Zainuddin Tentang Poligami

Media sosial masih panas dengan isu poligami, apa lagi apabila ada sesetengah yang berani mati mengaitkan perkahwinan kedua adalah disebabkan mahu anak.
Ramai yang menolak namun pelakon Zarina Zainuddin tampil dengan sudut pandangan berbeza.
Kata Zarina Zainuddin, Poligami Ada Sudut Baiknya
Pada Zarina, hidup bermadu bukan masalah besar, sebaliknya satu situasi yang ada kebaikan.
Jelas Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, amalan poligami bukan kesalahan sekiranya seorang suami itu mampu dari segi zahir dan batin, sekali gus dapat membesarkan keluarga.
“Pendapat saya, kalau seseorang lelaki itu berkemampuan, apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain (keluarga isteri kedua), kerana itu juga berkongsi rezeki.
“Secara tidak langsung, lelaki tersebut mampu membina satu keluarga yang besar, seterusnya besarlah lagi keturunan dia.
“Namun poligami biarlah dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” katanya menerusi perkongsian dalam TikTok.
Perlu Reda Dan Mudahkan Urusan Suami
Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri sebagai individu yang menjalani kehidupan bermadu, Zarina berpendapat bahawa seorang isteri haruslah reda dan memudahkan urusan suami
“Isteri kena reda, tahu tempat dia, sedar bermadu dan perlu pandai isi masa supaya terlalu fikir sangat tentang suami. Jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepala suami nak fikir pasal isteri-isterinya.
“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup lah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Apa yang penting, kita ada individu untuk mengadu.
“Perempuan tidak perlu bermusuh sebaliknya melindungi antara satu sama lain, jangan pernah ada perasaan negatif malah bersyukur dengan kurniaan Tuhan,” ujarnya.
Isteri Kena Beri Izin Suami Nak Kahwin Lagi
Paling utama kata Zarina, isteri sepatutnya memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada dia melakukan perkara tidak baik di belakang.
Zarina mendirikan dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang menghidap autisme.
Kredit info: Kosmo