Kesilapan besar lelaki sekarang adalah terlalu selesa membiarkan isterinya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri.
Biarkan Isteri Berdikari
Itu bagus untuk mereka tapi tidak bagus untuk hubungan. Ya, perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju menguruskan anak-anak sendiri.
Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower. Atau seronok makan kek depan tv sendiri.
Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana anda fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari.
Ads
Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game. Sibuk dengan kerja sendiri dan kawan-kawan daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan disedari atau tidak. Sama sampai satu tahap dia akn fikir semua benda boleh buat, jadi apa guna ada kamu lagi?
Jangan Lupa Hubungi
Ads
Hubungilah walau seminit atau mesejlah walau sepatah. Jadikan itu rutin walau di mana jua.
Walau kesibukan mengejar kamu atau masa mencemburui kamu. Sekurang-kurangnya tanya dia, adakah harini kamu ok? Sihat ke tidak dia. Tanya awak sudah makan ke belum. Ada apa-apa masalah ke hari ini.
Ads
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hatinya, paling dalam.
Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Tapi percayalah bila hatinya telah tawar, buat lah macam mana pun tetap akan tawar. Isteri amanah Allah untuk kamu zahir dan batin.
Jangan sampai isteri kamu akan mati rasa terhadap kamu. Mungkin nampak dia tak kisah. Tapi dia memendam rasa yang teramat sangat. Seandainya kamu meremehkan perasaan dan hati seorang isteri, jawablah dengan Allah di akhirat kelak.
Jangan tanya mengapa rezeki kamu sempit kerana kamu sendiri menyempitkan ruang kasih sayang kamu pada seorang yang bergelar isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baik daripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai suami isteri menjadi kewajipan suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama, selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sebagai senjata untuk miliki rumah tangga bahagia.
Suami isteri yang sedang berdepan dengan masalah elok menjadikan wirid dan doa Al-Mathurat ini sebagai amalan di waktu pagi dan petang. Bahkan banyak ganjaran untuk rumah tangga yang anda berdua boleh peroleh dengan mengamalkan Al-Mathurat. Pasti selepas anda sudah mengetahui ganjarannya, anda akan rasa sayang untuk meninggalkannya walaupun satu doa.
KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MATHURAT
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Diredhai Allah SWT.
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.
AMALAN SUAMI ISTERI
Jika anda berada di sebelah suami yang sedang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali sehingga habis sebagaimana yang terkandung dalam buku Al Mathurat.
Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti terutamanya ketika membaca sebelah pagi atau petang. Ada beberapa bahagian ayat perlu diubah mengikut masa membacanya. (boleh rujuk buku Al Mathurat)
Sebaiknya, bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana ingin cepat, kita mengelak daripada membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini sahaja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.
Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, selain mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.
Agar hidup yang baharu dibina diberkati dan dilindungi, cuba ikhtiar dengan pendekatan Islam. Nescaya kehidupan sebagai suami dan isteri akan mendapat rahmat juga keberkatan daripada Allah SWT.
DOA AKHIR
“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du‘at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
* Ketika membaca doa ini, niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa menyebut namanya.
PENGERTIAN AL-MATHURAT
1. Al-Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih. Rasulullah SAW adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperoleh daripada amalan doa dan wirid ini.
2. Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.
3. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi, memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
4. Bagi seorang Muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Di kala pagi dan petang, dia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal daripada Nabi SAW).
5. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Mathurat, anda akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al-Mathurat. Begitulah kekuatan doa dan wirid dalam Al-Mathurat yang dianggap senjata orang mukmin.
Sumber: Iluvislam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
5. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi membuatkan hubungan cinta berpanjangan, jangan sesekali melakukan perkara yang boleh membuatkan pasangan bermasam muka atau timbulnya perselisihan faham. Betul perselisihan faham dalam hubungan merupakan perkara biasa yang sering dialami oleh setiap pasangan kerana dengan adanya ini sedikit sebanyak boleh mengukuhkan lagi sesebuah hubungan agar anda berdua menjadi lebih matang dan dewasa.
Namun begitu, sekiranya pergaduhan antara pasangan berterusan dan tidak menemui jalan penyelesaian, ia mungkin boleh menyebabkan hubungan menjadi semakin renggang dan akhirnya retak. Oleh itu pastikan anda elak lakukan perkara berikut agar pasangan tak bermasam muka, selain untuk menjamin hubungan cinta kekal selamanya.
Menjadi kekasih yang memikirkan masa depan adalah baik. Tetapi jika kerana hal ini, anda tidak punya masa berjumpa, jangan salahkan kekasih anda jika dia akan memarahi anda. Cubalah susun semula jadual kerja anda dan si dia. Usahakan mempunyai masa lapang, sekurang-kurangnya di hujung minggu untuk bertemu.
Terlalu mengagungkan alat telekomunikasi adalah sebuah kesalahan besar. Walaupun sekarang ini ada teknologi voice chat, skype, video call, bertemu muka dengan muka adalah sangat perlu. Seboleh mungkin satu minggu sekali , berkomunikasilah secara langsung dengan kekasih anda.
Ego, keras kepala dan tidak mahu mengalah adalah penyebab utama pertengkaran. Oleh sebab itu, seboleh mungkin semasa anda dalam perhubungan cinta dengan si dia, tanamkanlah dalam diri anda sikap mengalah. Ingatlah, anda dan dia sedang dalam proses perkenalan dan memerlukan penyesuaian dan hal tersebut memerlukan waktu yang cukup lama.
Beberapa orang mungkin menganggap berborak mengenai bekas kekasih masing-masing adalah hal biasa, tetapi tidak semua orang suka mendengarkannya. Jangan membuat kekasih anda jengkel dengan kebiasaan anda yang kerap bercerita mengenai kisah anda dahulu dengan bekas kekasih anda. Hormati dan jaga perasaan kekasih anda yang ada sekarang. Dengan berbuat seperti itu, anda menunjukkan bahawa anda benar-benar mencintai dia.
Harus diakui, sangat sukar untuk tidak mempunyai sikap negative dan curiga kepada pasangan apalagi saat masih dalam fasa perkenalan. Namun, jika anda ingin hubungan berkekalan, kedua hal ini haruslah anda buang jauh-jauh. Tanamkan sikap percaya pada pasangan anda biarpun sukar. Jika anda terlalu posesif, takut pula si dia tidak selesa dan menyebabkan kamu berdua salah faham dan bertengkar.
Berlebihan dalam menanggapi sebuah persoalan sudah dapat dipastikan akan membuat segala sesuatunya menjadi rumit. Lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pasangan bersalah dan mengakui kesalahannya, anda akan seboleh-boleh tidak mahu meminta maaf dan mungkin dia boleh meninggalkan anda kerana bosan dengan sikap anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...