Dalam menyempurnakan majlis sama ada majlis pertunangan atau perkahwinan, pemberian dulang hantaran dianggap satu kemestian dan tradisi yang diamalkan oleh pasangan mempelai. Ia memainkan peranan sebagai bingkisan istimewa yang dipersembahkan oleh sang pencinta buat pujaan hati.
Tambah mempesonakan, apabila gubahan hantaran serba eksklusif disertakan dengan idea kreatif bersama bunga-bungaan segar yang menghiasi dulang hantaran. Sebenarnya dalam memilih barangan atau dekorasi hiasan pada sesebuah hantaran, ia bukanlah terletak pada jenama atau jenis barangan itu semata-mata. Selain cantik, sesebuah dulang hantaran itu haruslah digubah dengan sempurna agar ia mampu menzahirkan tema majlis yang diraikan.
Ceqta Creative Gifts berkongsi panduan dan nasihat tentang pemilihan bunga dan gabungan warna yang sesuai bagi menyerlahkan sesebuah gubahan hantaran. Diasaskan oleh Haznita NgHalim atau mesra dipanggil Ceiqta, Ceqta Creative Gifts menyediakan perkhidmatan dekorasi untuk semua jenis gubahan bunga-bungaan segar seperti hadiah jambangan bunga, hadiah jambangan coklat, hamper, hantaran perkahwinan, dekorasi pelamin mahupun photobooth.
Mempelajari cara-cara membuat bunga seawal usia sembilan tahun daripada orang tuanya, pencapaian Ceiqta dalam bidang gubahan bunga semakin menyerlah apabila dipilih menjadi salah seorang penggubah bunga utama selama lima tahun hingga kini dalam pelbagai majlis antaranya Miss Malaysia Kebaya, Miss ChiPao Malaysia (Chinese), Miss Malaysia Sarees (India) dan Miss Malaysia Borneo di bawah kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.
Selain itu, Ceiqta juga pernah menjadi pereka dan penggubah bunga untuk dekorasi perkahwinan bersama perancang perkahwinan, Gedung Pak Abu sebelum beliau mendapat panggilan mengajar di sebuah universiti swasta dalam bidang Beauty AestheticSpa Therapy & Makeup Artist, berpengalaman menjadi perancang perkahwinan di Bora Asmara Wedding, Ara Damansara dan menggubah bunga VVIP untuk Suwaibah WorldBook Of Record.
Bagi memastikan dulang hantaran majlis meraikan hari bahagia anda menjadi tumpuan tetamu dan menyerlahkan aura pesona, pastikan anda ikuti perkongsian idea dan tip tentang dulang hantaran daripada Ceqta Creative Gifts ini.
BAGAIMANAKAH MEMILIH KONSEP DAN TEMA WARNA UNTUK SESEBUAH GUBAHAN HANTARAN?
kebiasaannya konsep pemilihan warna untuk sesebuah gubahan hantaran ditentukan oleh cita rasa dan pilihan pengantin itu sendiri. Jika pengantin meminati warna pastel, gunakan gabungan warna yang lembut dan cair seperti krim, merah jambu lembut, biru cair serta hijau salju. Boleh gunakan gabungan warna pastel kedua iaitu ungu cair, krim dan hijau. Jika konsep warna terang menjadi kesukaan pengantin, gunakan gabungan warna merah, putih dan hijau atau gabungan warna terang kedua iaitu oren, kuning dan hijau.
Ads
APAKAH TIP TERBAIK UNTUK MEMILIH DULANG HANTARAN?
Pilihlah dulang hantaran yang kukuh terutamanya yang diperbuat daripada besi atau kayu. Namun jika anda ingin memilih dulang hantaran daripada plastik, pastikan kakinya tebal dan kedudukannya kuat agar gubahan tersebut tidak tumbang. Satu lagi, pilihlah dulang hantaran mengikut saiz gubahan, jangan menggunakan dulang yang terlaku kecil atau terlalu besar. Seterusnya pilih dulang hantaran yang tidak terlalu berat kerana apabila ditambah dengan barangan hantaran dan hiasan, ia akan memberi lebih bebanan kepada pembawa dulang hantaran tersebut lantas membolehkannya jatuh.
APAKAH BARANGAN YANG SESUAI DIPERSEMBAHKAN OLEH PENGANTIN UNTUK GUBAHAN HANTARAN?
Sebaik-baiknya berilah barangan yang tidak mudah rosak dan boleh digunakan semula oleh pasangan pengantin selepas berkahwin. Pemanis mulut juga sesuai dijadikan hantaran kerana ia boleh dinikmati oleh semua ahli keluarga. Paling penting, saiz barangan juga perlu diambil kira. Sesebuah gubahan hantaran akan nampak celanya jika barangan yang diletakkan di atas dulang bersaiz terlalu kecil atau terlampau besar.
Ads
JENIS BUNGA YANG BAGAIMANAKAH SESUAI UNTUK DIJADIKAN GUBAHAN HANTARAN?
Dalam menggubah dulang hantaran, penggunaan bunga-bunga segar mampu menyuntik aura tersendiri. Selain menghias dulang hantaran dengan bunga-bungaan yang segar, sentiasa mekar dan wangi seperti bunga Ros dan Lili, gunakan bunga yang tahan lasak seperti bunga Carnation. Jika menggunakan konsep Inggeris, hiaskan dengan bunga Hydrangea. Bunga orkid juga sesuai digunakan kerana ia tahan lama, tahan lasak dan mampu menaikkan konsep Nusantara. Paling penting, pilihlah dahan bunga yang tidak mudah patah bagi mengelakkannya rosak setibanya di lokasi majlis. Ini kerana hantaran perlu dibawa ke sana sini dan ia tidak terletak pada satu-satu tempat sahaja.
SELAIN BUNGA, APAKAH HIASAN-HIASAN LAIN YANG BOLEH MENYERLAHKAN LAGI DEKORASI PADA DULANG HANTARAN?
Selain bunga-bunga segar, anda juga boleh menggunakan gabungan reben satin dan organza untuk hiasan. Kerongsang bersaiz besar juga tampak cantik selain boleh menyuntik kreativiti rekaan pada gubahan hantaran.
Ads
FOTO : KOLEKSI PERIBADI CEIQTA
IDEA HANTARAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai pasangan suami isteri yang melayari bahtera perkahwinan bersama, ciuman merupakan salah satu cara untuk mengekspresikan rasa cinta dan sayang kepada pasangan. Ia bukanlah dianggap perkara pelik bahkan amalan mencium pasangan boleh merapatkan lagi hubungan dalam rumah tangga.
Namun, di sebalik ciuman seorang suami buat isterinya sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang mungkin tidak difahami oleh sesetengah wanita. Lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan rasa cintanya buat pasangan termasuk dengan cara mencium isteri. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara ini?
Jom kita lihat 5 maksud tersirat ciuman suami buat anda!
1. CIUMAN PADA DAHI
Ciuman begini menunjukkan si dia penuh dengan kasih sayang dan bahagia bersama anda. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya.
2. CIUMAN DARI BELAKANG
Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mencium leher pasti amat membahagiakan. Ia membawa maskud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu. Pasti anda berasa terkejut saat anda sedang memasak di dapur, si suami datang dan memeluk anda dari belakang. Cukup romantis!
3. CIUMAN PADA TANGAN
Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si suami menghormati anda. Namun ciuman ini jarang dilakukan suami kepada pasangan mereka, kerana ciuman ini lazimnya dilakukan oleh anda dan ibu. Namun, andainya pasangan anda mencium tangan anda, ini bermakna si dia cuba menunjukkan betapa dia menyanjungi dan menghargai anda sebagai seorang wanita dan cukup istimewa dalam hidupnya.
4. CIUMAN DI BIBIR
Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkap rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai. Jadi, jika si suami anda kerap mencium anda di bibir, ini bermakna dia amat mencintai anda sepenuh hati!
5. CIUMAN DI LEHER
Jika suami anda mencium leher atau tengkuk anda, ia menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata. Ini menunjukkan bahawa pasangan anda memuja atau menghargai tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya. Bertuah jika anda mempunyai suami seperti ini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kahwin oh kahwin! Seronok kalau bercakap bab Kahwin ini yang penuh dengan adat istiadat cantik suasana meriah tapi rangka kerja yang diperlukan sangat menyesakkan.
Selepas majlis nikah, acara yang paling ditunggu-tunggu tetamu dan keluarga ialah melihat pasangan mempelai bersanding diatas pelamin yang tersergam indah. Sudah pastikan pelamin yang dipilih mengikut tema yang sesuai dengan busana raja sehari pada hari itu?
Rasanya tidak perlulah berceloteh panjang mengenai tip memilih pelamin dan busana perkahwinan, harusnya pasangan pengatin bijak memilih mengikut cita rasa.
1. Konsep
Pastikan baju dan pelamin anda sedondon. Kalau anda pakai busana dari songket, minta bridal anda untuk sediakan pilihan pelamin sentuhan tradisional. Pelamin yang sarat dengan bunga-bungaan dan warna putih sesuai untuk perkahwinan bertemakan english style. Jika anda mahu pelamin berbunga, pilih busana dari renda.
2. Jangan Banyak Sangat Warna
Tradisional biasanya lebih sesuai dengan warna tegap atau keras seperti hijau zamrud, royal biru atau kuning emas berbanding english style yang lebih pada warna pastel. Mainan warna pada pelamin juga penting, biarlah kena dengan baju anda. Cukup sekadar mengenakan dua tona warna dalam pilihan.
Sumber-Pintrest
3. Wajib ada permaidani
Anda boleh tahu majlis tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda. Pelamin tanpa shaggy carpet akan membuatkan gambar kahwin nampak seadanya dan hambar dalam kegembiraan majlis.
Sumber-Pintrest
4. Pemilihan kerusi
Kalau boleh elaklah memilih jenis kerusi tinggi sehingga menutup pandangan rekaan pelamin, pemilihan jenis kerusi sebegini tidak lagi menjadi trend. Cukup sekadar memilih rekaan kerusi yang rendah dan lebar bagi keselesaan dan tidak menggangu hiasan pelamin yang telah habis ribuan ringgit untuk dipamerkan pada majlis persandingan anda.
Sumber-Pintrest
Tip pelamin kali ini hanyalah pandangan, lebih baik mengikut kesukaan dan pilihan pasangan. Naik pelamin bukan setiap hari hanya sekali seumur hidup. Pilihlah yang mana anda suka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan pedas sememangnya digemari ramai terutamanya masyarakat Asia. Tetapi awas pengambilan yang berlebihan berisiko membuatkan anda menjadi pelupa, menurut jurnal Nutrients.
Satu kajian melibatkan lebih 4,500 responden mendapati mereka yang memakan sebanyak 50 gram cili sehari, mengadu berdepan masalah ingatan atau demensia. Pengambilan cili yang berlebihan (sepanjang lebih 15 tahun) juga dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus.
Penurunan daya ingatan ini lebih signifikan kepada penggemar cili yang bertubuh kurus.
“Dalam kajian sebelumnya, kami dapati pengambilan cili bermanfaat untuk penurunan berat badan dan tekanan darah.
“Tetapi kali ini, kami menemukan kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia,” kata Dr Zumin Shi.
Namun beliau berkata, ia hanyalah kajian awal dan penggemar cili tidak perlu bimbang atau berhenti daripada mengambil makanan pedas.
Sementara Dr Clare Walton, pengurus penyelidikan Alzheimer’s Society berkata, kajian tersebut tidak memberikan bukti konklusif bahawa pengambilan makanan pedas mampu meningkatkan risiko demensia.
“Kajian ini hanya melihat hasil ujian memori dan matematik. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hubung kait antara cili dan demensia.
“Tetapi buat masa sekarang penggemar makanan pedas tak perlu bimbang, makanlah seberapa banyak cili yang anda mahu,” katanya.
Sumber : sinar harian
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!