Mencari teman hidup yang berkualiti mungkin agak sukar di zaman serba moden ini, yelah dengan perangai lelaki yang boleh dikatakan rata-rata mahukan teman wanita yang cantik dan stabil dari segi kewangan. Tapi mereka sendiri tidak bersedia ke arah itu, hanya tahu berseronok dan tidak matang untuk menjadi yang serius ke arah perkahwinan.

Ada juga yang menganggap hubungan cinta hanya untuk suka-suka dahulu, jadi mereka pun ambil acuh tidak acuh bila berhubungan. Tidak menyalahkan lelaki 100% tetapi landskap hari ini membuktikan ramai lelaki yang semakin malas bekerja, tidak mahu mencari duit lebih, kurang bertanggungjawab dan ada yang memasang impian mahu mencari wanita berstatus kerja kerajaan supaya memudahkan hidup mereka. Hmm mungkin ada benarnya, ikuti juga luahan dan perkongsian saudara Firdaus Shakirin mengenai kejadian yang berlaku di sekitarnya. Jadikan ini sebagai tauladan buat kita supaya sang teruna menjadi lebih bertanggungjawab dan si gadis tidak tertipu dengan helah lelaki pemalas dan hanya tahu mempergunakan wanita.

Terlalu Susah Mencari Lelaki Yang Berkualiti, Ramai Kaum Hawa Mula Mengeluh

Hilangnya Lelaki Berkualiti

Bila ada kaum hawa yg komen, susah nak jumpa lelaki yg "berkualiti" zaman sekarang ni… Sedikit sebyk, terasa jugaklah di hati kerana saya pun lelaki…tapi, dgn melihat kaum2 lelaki di sekeliling saya, ada benarnya kata2 tersebut…

Saya tak mengambil contoh yg jauh, saya hanya mengambil contoh dgn apa yg ada depan mata…

IKLAN

Ditempat keje dah main game, blk keje sambung main lagi…bila saya tanya, tak jemu ke main game…dia kata seronok battle, bleh dpt byk point…pastu saya tanya lagi, isteri tak kata apa2 ke…dia kata, isteri "pernah" tegur beberapa kali, pastu xtegur dah…Saya tanya, tau x kenapa dia xtegur dah…?

Terlalu Susah Mencari Lelaki Yang Berkualiti, Ramai Kaum Hawa Mula Mengeluh

"Dia malas nak tegur la kot…"

IKLAN

Ehh, tau pulak kata saya sambil gurau2…saya ckp isteri tegur tu utk kebaikan kita jugak sebagai suami…dia tegur sbb nak kita berubah…tp bila kita x berubah, dia mls nk tegur kerana ianya BUANG MASA dan boleh menyebabkan PERBALAHAN… Xde isteri yg suka bergaduh…diorang nak kehidupan yg aman dan tenteram…

IKLAN

Ada yg blk keje, trus p snooker dlu…ada yg blk keje, trus ke mamak jumpa kwn2…sorang2 saya tanya, isteri kat umah xkata apa ke…diorang jwb, Terlalu Susah Mencari Lelaki Yang Berkualiti, Ramai Kaum Hawa Mula Mengeluh

"BERANI NAK KATA APA2, AKU SUAMI KOT…"

Fuhhh, hebat noo saya kata…saya kena belajar dgn dia klu mcm ni sbb dia boleh TUNDUKKAN isteri dia mcm tu ja… Nak jadi suami ni tak susah, tp kadg2 kita sendiri yg buat pilihan sehingga ianya nmpk susah…ada benda patut buat, ada benda tak patut buat…letakkan had di setiap perkara yg kurang membawa kebaikan utk rumahtangga kita…Bukan bermaksud xbleh buat, tapi berpada-pada klu nak buat…

Kita berpesan mcm ni pun, bukannya org suka…xpela, biar Tuhan je jentik hati dia…ketika tu baru dia akan belajar mcm mana nak jadi seorang suami yg baik terhadap isterinya…

Wallahualam…

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI