Untitled design - 2020-02-21T131523.714

Pelakon cantik Zahirah Macwilson, 25, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam tadi di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Zahirah, Zainol Macwilson.

IKLAN

Zahirah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pengurusan, teman rapat dan rakan media.

Majlis akad nikah ini mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings bertemakan Rustic.

Mendapat sentuhan wajah oleh Bosco Ryzal, Zahirah menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus dan ditatarias indah set barangan kemas dari Hearts On Fire bernilai lebih kurang RM1,000,000.

IKLAN

Bertanggungjawab untuk memastikan Zahirah tampil anggun dan cantik pada majlis seharinya, pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus ada berkongsikan kepada kami perincian busana perkahwinan Zahirah malam tadi.

Perincian yang dijahit tangan ini ternyata memperlihatkan lagi Zahirah seperti seorang puteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CST PRODUCTION (@cstproduction) on

Mereka persalinan beberapa perkahwinan selebriti sebelum ini seperti Yaya Zahir, Teh Firdaus akui design yang simple menjadi signature dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CST PRODUCTION (@cstproduction) on

Sentuhan Teh Firdaus tidak dinafikan sangat cantik dan begitu eksklusif, pastinya akan menyerlahkan lagi seri pengantin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Tahniah kami ucapkan kepada Zahirah dan Aiman. Semoga bercinta hingga ke syurga!