Semalam, seluruh Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian aktor kacak, Ashraf Sinclair yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham Ashraf yang juga suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) meninggal dunia di usia 40 tahun di Jakarta kira-kira jam 4 pagi semalam.

Susulan pemergian arwah, pereka kebaya untuk baju perkahwinan Bunga iaitu Anne Avanti telah berkongsi semula momen cemas berkaitan persalinan BCL sebelum pasangan itu diijabkabulkan.

“Tetaplah Setia Sampai Maut Memisahkan”, Pereka Kebaya Nikah BCL Kongsi Momen Cemas Sebelum Mereka Disatukan

“Tetaplah Setia Sampai Maut Memisahkan”, Pereka Kebaya Nikah BCL Kongsi Momen Cemas Sebelum Mereka Disatukan

IKLAN

Di ruang Instagram miliknya, Anne Avanti telah mengimbau kembali detik di mana kebaya yang sepatutnya disarung oleh Bunga di hari pernikahan tiba-tiba hilang. Menurutnya, baju yang direka olehnya telah hilang ketika dia mahu membawa persalinan tersebut ke rumah pengantin.

Dia sangat yakin baju tersebut sudah dimasukkan di dalam kereta namun pada saat di mahu mengambilnya, kebaya tersebut didapati sudah tiada. Ekoran kehilangan kebaya tersebut, dia menangis di dalam kereta di hadapan rumah BCL sambil berusaha untuk mencari kebaya yang hilang itu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Avantie Heart (@anneavantieheart) on

Selepas satu jam, rupa-rupanya kebaya tersebut dijumpai di kawasan parkir Grand Indonesia selepas terjatuh daripada hanger dan telah ditemui oleh petugas parkir tempat berkenaan. Kebaya tersebut sampai kepadanya selepas 2 jam ia ditemui oleh petugas parkir tersebut.

IKLAN

Anne Avanti tidak berhenti bersyukur. Malah, dia sempat meninggalkan pesanan kepada pasangan ini agar tetaplah setia sampai maut memisahkan. Dan semalam, janji sehidup semati sampai maut memisahkan benar-benar terjadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Avantie Heart (@anneavantieheart) on

Semoga roh Ashraf dicucuri rahmat Allah dan tergolong dalam golongan orang yang beriman. Semoga terus diberi kekuatan buat BCL dan anaknya, Noah untuk meneruskan kehidupan tanpa suami dan ayah di sisi. Al-Fatihah…

Sumber: Instagram Anne Avanti