Teliti dahulu isi kandungan produk pencuci muka untuk jenis kulit berjerawat seperti bahan yang mampu membersih dan menghilangkan kotoran punca jerawat, mengunci hidrasi dari dalam dan mengurangkan kadar iritasi pada kulit wajah serta kerengsangan. Jom ikuti senarai pilihan produk pencuci muka terbaik untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat. Selamat cantik buat semua bakal pengantin baru!

Tiada Lagi Masalah Jerawat Pasir, Mudah-Mudahan Bantu Bakal Pengantin Baru

1. COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (150ml)
Membanteras jerawat pasir degil dengan asid Salicylic

Jerawat pasir kebiasaanya sering membiak pada permukaan dahi. Ini terjadi kerana kelenjar dibawah permukaan kulit tersumbat disebabkan oleh faktor perubahan hormon, tekanan, ataupun kebersihan muka yang tidak dijaga. Hilangkan masalah jerawat pasir ini dengan produk yang dapat menghalang lebihan minyak agar kulit anda tidak akan menyebabkan liang pori dan kelenjar tersumbat.

Diformulasi dengan khasiat asid Salicylic yang membantu mengurangkan jerawat bagi memulihkan kembali keadaan kulit. Ia berfungsi secara perlahan-lahan untuk menghilangkan kekotoran seperti sebum semasa memerangi jerawat dan cela. Kulit wajah anda akan tampak lembut dan licin tanpa meninggalkan rasa kesat.

Tiada Lagi Masalah Jerawat Pasir, Mudah-Mudahan Bantu Bakal Pengantin Baru

2. NEUTROGENA Deep Clean Acne Foam Cleanser
Tinggalkan wajah berminyak dan jerawat dengan pencuci muka ini
Kadang kala kulit berjerawat akan menghasilkan minyak berlebihan dan membuatkan kulit wajah anda tampak kusam dan tidak bermaya. Pembersih muka buih berasaskan gliserin yang terbukti secara klinikal ini, berhasil untuk menghilangkan kotoran, sebum, minyak dan sel-sel kulit mati sambil mengembalikan seri wajah anda.

IKLAN

Diformulasi dengan bahan anti-bakteria dan Natural Botanical Complex yang berfungsi dengan berkesan untuk membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mencegahnya sambil membantu menenangkan serta menghidrat kulit. Dengan pencuci muka ini, kulit tidak akan menjadi kering dengan sistem kawalan minyak yang lembut.

Tiada Lagi Masalah Jerawat Pasir, Mudah-Mudahan Bantu Bakal Pengantin Baru

3. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash
Tiada lagi masalah kulit kusam – wajah tampil cerah dan berseri

Kulit kusam terjadi apabila kulit wajah anda dipenuhi dengan sebum lebihan, radikal bebas, minyak dan sel kulit mati yang menempel pada kulit. Gunakan skrub dan pencuci muka yang membersih secara mendalam sambil memberi hidrasi berpanjangan. Dengan menfokuskan membaiki penghadang kulit, masalah kulit anda yang lain juga turut pulih secara automatik.

IKLAN

Kebaikan asid Hyaluronik yang terkandung dalam pencuci muka ini bertindak membaikpulih masalah penghadang kelembapan kulit. Dengan 2 jenis Hyaluronic Acid, pencuci muka ini menjanjikan kulit muka yang lembut, licin dan cerah dengan setiap cucian.

Tiada Lagi Masalah Jerawat Pasir, Mudah-Mudahan Bantu Bakal Pengantin Baru

4. KLAIRS Rich Moist Foaming Cleanser (100ml)
Pencuci muka hypoallergenic dan bebas alkohol untuk si kulit sensitif
Penjagaan kulit yang tepat bermula daripada pembersih muka hypoallergenic yang betul. Jika anda mengalami masalah kulit sensitif dan berjerawat, mulakan dengan menukar pembersih muka. Klairs menggunakan formula asid Amino yang merupakan komponen utama protein, menjadikan kulit anda lembap dan membersih liang-liang pori anda secara mendalam.

IKLAN

Dengan mengandungi asid Hyaluronik, Ceramide dan minyak zaitun untuk memberi penghidratan secara maksima. Pencuci muka ini juga akan mengubah tekstur wajah anda kepada lembut dan halus kerana ia mengandungi bahan pengelupasan semula jadi yang tidak akan merengsakan kulit. Sesuai untuk menghapuskan jerawat dengan berkesan.

Tiada Lagi Masalah Jerawat Pasir, Mudah-Mudahan Bantu Bakal Pengantin Baru

5. CETAPHIL Gentle Skin Cleanser (250ml)
Pencuci muka Holy Grail dari farmasi, disyorkan oleh pakar dermatologi
Pasti anda sentiasa mendengar nama produk popular ini dimana-mana sahaja bukan? Dengan mengandungi rumusan formula yang ringan dan tidak menjengkelkan kulit malah melegakan kulit berjerawat serta iritasi semasa ia dibersihkan. Produk ini direka secara khusus untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang mengalami masalah ekzema dan psoraisis.

Formulanya yang bebas sabun dan buih, membersih tanpa menyebabkan rengsa serta melembap kulit. Ianya mampu untuk membersih residu sebum dan radikal bebas daripada menyumbat liang pori. Berkesan untuk mengecutkan jerawat dengan cepat.

 

SUMBER :productnation.co

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI