Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.
Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.
Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal!
Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.
Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.
Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda!
Sebaik mengadakan kenduri-kendara, perihal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menguruskan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, bakal pengantin akan dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.
Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.
Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.
IKLAN
1. Hasilkan poster undangan atas talian
Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.
Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.
IKLAN
2. Senaraikan jemputan tetamu
Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.
IKLAN
3. Idea konsep pra-perkahwinan yang unik
Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.
4. Minta bantuan rakan
“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.
Kita ni kadang-kadang bukan tak nak peluk tapi dibesarkan dengan culture, ‘ahh malulah dah kahwin kan. Faham-faham sendiri dah la’. Walhal apa yang kita tak tahu, kadang-kadang kita perlukan setiap pelukan untuk membahagiakan hati yang mungkin pada hari itu sedang berduka, mungkin ada yang sedang menderita. Perkongsian lelaki ini, benar-benar membuka mata kita semua.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang. Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.
Alam rumah tangga berbeza dengan alam percintaan dan ia penuh dengan cabaran. Inilah yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin dalam mematangkan sesebuah perkahwinan. Mungkin ia nampak mudah, namun persediaan fizikal dan mental perlu kuat dalam melayari bahtera perkahwinan.
Cabaran yang datang mungkin berbeza bagi setiap pasangan. Perselisihan faham dan pergaduhan sering terjadi dan ia merupakan cabaran dalam rumah tangga. nilah yang mematangkan setiap pasangan dalam melayari bahtera rumah tangga. Malah, ia juga mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu. Jom lihat cara untuk mengatasi cabaran di awal perkahwinan anda yang Pengantin sediakan!
1.UBAH RUTIN ANDA
Kalau hidup bagaikan rutin bermaksud anda telah mengambil kesempatan terhadap pasangan anda. Sesekali, lepaskan rutin itu dan pergilah berpacaran di mana-mana. Elakkan dari pergi balik kerja dan tidak memberi perhatian kepada pasangan anda serta perhubungan anda.
Kalau terlampau fokus kepada rutin sahaja, anda akan berasa kurang berpuas hati dengan perhubungan anda. Pasangan anda akan merasainya juga. Perkahwinan itu adalah perhubungan antara dua individu dan bukan seorang sahaja.
2. BERKOMUNIKASI
Bercerita, bersembang dan berbincang. Berceritalah mengenai pelbagai perkara tidak kira besar atau kecil. Seperti bagaimana kerjanya hari ini atau bagaimana hendak berjimat atau membelanjakan duit. Ia akan menolong mengenali pasangan kita dnegan lebih mendalam, menyelesaikan isu tertentu dan kekal berhubung dengan pasangan anda.
3. BERSIAP UNTUK SATU SAMA LAIN
Jangan lupa mandi! Bangun dan pakai pakaian yang pasangan anda suka. Pastikan anda wangi, Jangan mengambil endah perhubungan itu. Pastikan ia sentiasa istimewa. Apabila anda lupa untuk tampil sempuran, secara tidak langusng anda menghantar mesej kepada pasangan yang anda tidak kisah lagi dan anda tidak benar berminat dalam mengekalkan cinta antara anda berdua. Anda pelu menghantar isyarat kepada pasangan yang anda masih lagi ‘hot.’
4. TUNGGU UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Kalau boleh tunggu dulu sebelum anda merancang keluarga atau mendapatkan anak. Ini memberi masa kepada anda dan pasangan anda utuk membina asas rumah tangga yang kukuh. Pastikan perkahwinan itu mampu membina keluarga yang diimpikan. Ini bermaksud merapatkan diri secara emosi, tahu menyelesaikan masalah dengan mudah dan cari ritma anda sebagai pasangan yang sudah berkahwin.
5. JANGAN LUPA KELUARGA DAN RAKAN
Tidak bermakna apabila anda sudah berkahwin, anda perlu melupakan kawan dan keluarga atau apa sahaja yang bermakna kepada anda. Perlu diingat, anda juga perlu bersosial dengan kawan supaya berasa bersemangat dengan pasangan. Jangan mengharapkan pasangan anda untuk menjadi segala-galanya untuk anda.
6. BERSEDIA UNTUK BLUES SELEPAS BERKAHWIN
Sedar bahawa anda mungkin akan mengalami post nupital depression (PND). Ini bermakna anda akan rasa sedih dalam masa tiga atau enam bulan selepas berkahwin. Selepas keseronokan merancang perkahwinan dan sudah pulang dari bulan madu dan kembali kepada kehidupan normal, barulah PND akan muncul.
Biasanya si isteri akan sedia bercerita mengenai prasaan dia dan si suami jarang meluahkan perasaannya. Cuba kurangkan bercerita mengenai perkara yang sudah berlalu dan keluar bersama, Fahamilah bahawa anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan baru ini.
7. PUNYAI HUBUNGAN INTIM YANG BAIK
Hubungan intim amat penting dalam perkahwinan. pastikan kehidupan seks anda memuaskan utnuk anda berdua. Hubungan intim bukan bermula di katil tetapi bermula dengan berbincang dan melakukan apa sahaja yang membuat pasangan adna tersenyum.
8. SIMPAN DUIT
Kebijaksanaan mengurus kewangan keluarga adalah penting . Kerana ia adalah antara penyebab pasangan bergaduh dan bercerai. Anda boleh merancang majlis perkahwinan yang glamor dan menjalani hidup berdua tnpa perlu meminjam di bank. Jangan belanja lebih daripada apa yang ada. Fikirkan cara hendak menyumpan duit untuk hari tua anda.