Terlalu sibuk mengurukan hal rumahtangga, kadang tiada masa berdua untuk bercinta versi zaman ada anak-anak.
Bukan tak mahu tetapi terlalu penat kejar masa setiap hari. Suami sibuk mencari rezeki dan isteri akan setia menguruskan hal anak-anak dan kemas rumah. Tahu-tahu, siang dah bertukar jadi malam. Begitulah realitinya.
Kadangkala, meluangkan masa berdua dengan suami mahupun isteri juga dapat memenuhi kantung emosi bahagia untuk kedua-duanya. Tenang jiwa raga orang kata.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri ini, dikala usia 44 tahun, dapat membawa isteri ke masjid untuk solat subuh di hujung minggu, mahupun morning walk pun sudah memadai.
Masuk umur 50 tahun nanti, rancangannya mahu kembara keliling dunia berdua dengan isteri pula.
Rancang Mahu Keliling Dunia Berdua Dengan Isteri
Sekarang umur saya 44 tahun. Saya ada masa 6 tahun saja lagi untuk sampai ke umur 50 tahun.
Perancangan saya, pada umur saya 50 tahun, saya nak mengembara mengelilingi dunia berdua dengan isteri saya. Ketika itu, isteri saya mungkin sudah bersara awal dari kerjanya sebagai guru. Katanya dia nak jadi PA dan driver saya saja.
Ads
Ketika itu, anak-anak pun sudah besar panjang. Yang sulung mungkin sudah hampir tamat pengajian di universiti. Yang paling bongsu pun mungkin sudah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama. Jadi, tiada gangguan dan halangan lagi untuk ke hulu dan ke hilir berdua sahaja.
Saya pernah terfikir. Setelah sekian lama berusaha untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, kita akhirnya terpisah juga dek kerana tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.
Seawal pagi masing-masing sudah dengan hal masing-masing. Suami ke tempat kerjanya. Isteri juga ke tempat kerjanya. Balik petang atau malam, tubuh badan sudah terlalu letih. Tiada masa pun untuk berborak-borak santai. Begitulah setiap hari sehingga umur pencen menjelang tiba.
Tiada Masa Bersama Suami Isteri?
Kurang masa bersama. Tiada masa berdua. Adakah itu matlamat perkahwinan kita? Adakah itu yang didambakan suatu ketika dahulu?
Ads
Bila dah tua, kudrat dah tak secergas dahulu. Fikiran pun tidak seriang dan semuda dahulu. Banyak keterbatasan yang akan kita tempuh. Nikmat hidup berdua juga sudah semakin tidak bermakna.
Sebab itu saya paksa juga kadang-kadang keluar ke mana-mana berdua dengan isteri. Paling tidak di setiap hujung minggu, ke masjid untuk solat Subuh, kemudian morning walk, then sarapan. Jam 10 pagi baru balik ke rumah.
Secepat mungkin saya mesti hentikan semua ini. Agar hidup berdua dapat diberi erti dan makna dengan sebaiknya.
Itulah juga motivasi saya bila saya berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri. Mahu ada masa yang boleh diatur sendiri.
Ads
Mahu ada waktu bersama yang tersayang dengan semaksima mungkin, sebelum jasad dijemput pulang menghadap Ilahi.
Hidup kita ni tak lama. Entah sempat entah tidak saya bertemu dengan umur 50 tahun. Entah saya yang mati dulu atau isteri saya yang mati dulu. Saya pun tak tahu.
Antara benda yang paling saya takut ianya berlaku ialah jika isteri saya yang mati terlebih dahulu dari saya. Macam mana lah hidup saya nanti tanpa dia di sisi. Begitu juga sebaliknya.
Tapi itu janji yang pasti. Sebelum ia datang, saya nak gunakan sepenuhnya umur yang tersisa ini untuk meninggalkan kenangan terindah buat kami berdua.
Mungkin sudah ada yang mula puasa enam. Puasa enam antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam dalam bulan Syawal.
Dalam menilai sejauh mana kedudukan puasa Ramadan seseorang Muslim, maka puasa enam boleh dianggap sebagai antara kayu pengukur tahap ketakwaan selepas berjaya melaksanakan sebulan puasa.
Nabi SAW bersabda: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (HR Nasa’ie)
Namun jangan pula abaikan soal kesihatan. Amat penting untuk kita menjaga soal pemakanan ketika berpuasa agar tubuh kekal cergas dan bertenaga.
Dengan cara ini amal ibadah kita akan berjalan dengan lancar. Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar
TUJUH SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA ENAM
Untuk puasa enam ini teruskan ambil protein ya. Protein penting untuk tubuh. Tiap-tiap menu ambil. Sumber terbaik daripada tumbuh-tumbuhan.
Protein penting sebab:
1. Bolehkan kita bergerak.
2. Sokongan kepada struktur sel.
3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.
4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
Ringkasnya ambil sahaja protein setiap hari. Kurang protein memberi impak buruk kepada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah daripada diet kurang protein.
Macam mana nak tahu keadaan isteri stres sebenarnya dan apa puncanya? Haaa… cuba anda check dalam rumah, ada banyak tak rambut yang gugur di lantai?
Itu pun salah satu tanda isteri penat dan emosinya kurang stabil dalam melakukan rutin hariannya.
Jadi inilah peranan suami, cubalah ‘beli jiwa’ isteri dengan membawanya keluar dari rumah. Dapat duduk dalam kereta pusing taman rumah pun mungkin si dia dah bahagia. Apa lagi kalau suami belikan sesuatu atau bawa makan-makan luar.
Okay, nak tahu lebih lagi, jemput renungkan pandangan saudara Mohd Fhais Salim kejap.
Rambut Gugur, Itu Tanda Isteri Stres
Terkejut saya nampak sikat ni penuh rambut!
Kenapa saya terkejut?
Mana tak terkejut, rambut gugur ni tanda-tanda dia kerap stres.
Bila kerap stres, sistem hormon badan dia akan jadi tak menentu.
Hormon yang tak menentu ni akan buat rambut dia stuck dekat fasa telogen ( fasa rehat ).
Kalau nak tahu, dekat fasa telogen ni la rambut kita akan jadi mudah gugur & mudah putus.
Aduhai, macam mana la boleh tak perasan ni.
Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Jarang ada dekat rumah. Jadi dia seorang urus rumah dan anak.
Sibuk sangat.
Selalunya yang paling banyak bagi isteri sakit kepala & stres ialah anak yang sulung.
Si annur rania tu la.. dia rasa dah besar, dah pandai menjawab.
Saya memang selalu perhati je.
Bila ibunya suruh buat apa-apa, susah nak ikut.
Bila ibunya marah-marah, buat tak tahu je dia. Langsung tak takut.
Bila ibunya cakap ada sahaja dia menjawab.
Memang patut la, banyak rambut gugur akhir akhir ni. Aduhai..
Saya hold beberapa projek, time tu juga saya ajak isteri pergi bercuti. Menginap la kami dekat hotel 2 hari 1 malam.
Ubat stres ni kena berehat je.
Berikan Isteri Rehat Kejap
Isteri kita ni kalau dapat rehat yang berkualiti, sehari rehat impak dia macam dapat rehat sebulan.
Bukan stress je hilang, kedut kedut di muka pun turut hilang sekali. Baru dapat maintain keayuan dia.
Kalau nak tahu, stres yang melampau kesannya bukan hanta setakat rambut gugur tapi jika dibiarkan, muka pun nampak kusam dan berkedut. Tolong cakna dengan kesihatan emosi isteri ye!
Ini pesanan sebelum tukar status jadi hak orang, dengan kata mudah berkahwin. Tak boleh pandang remeh dan sejujurnya perkahwinan itu bukan ‘kacang’ seperti yang anda nampak pada luaran.
Terlalu banyak yang tersirat dan jika kurang ilmu dan sabar dalam diri, boleh jadi hanyut lah bahtera cinta yang anda bina.
Jadi sebelum pergi jauh, jemput baca nasihat daripada Puan Haitun Kamarazaman ini.
Pesanan Sebelum Tukar Status
1.Jangan sesekali terjebak laki orang. Jangan sekali-kali percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isterinya demi meraih perhatianmu. Ingat.
Suami yang memburukkan pasangannya bukan lelaki yang baik.
Curang itu pilihan. Bukan takdir. Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas air mata dan keruntuhan orang lain.
2. Jangan duduk di rumah mentua atau emak sendiri tanpa alasan yang kukuh. Belajar hidup berdikari suami isteri. Suami yang baik akan menyediakan rumah isterinya, bukan menumpangkan isteri di rumah ibunya.
Kalau dia masih mahu berada di bawah ketiak emaknya, itu barangkali dia belum siap untuk bernikah dan memikul tanggungjawab.
3. Pastikan tiada ipar duai dalam rumah sendiri. Ipar duai ada yang kaki mengumpat/hasut. Lagi pun fikirkan aurat dan kebebasan isteri di dalam rumah.
4. Jangan buat loan untuk sesiapa waima suamimu. Banyak jantan suka ambil kesempatan. Suami suruh buat loan nak beli motor besar. Dia berkonvoi dengan kawan-kawan, lagi teruk bawa ‘betina’ naik motornya.
Engkau duduklah dalam rumah melayan anak. Silap hari bulan bercerai, kau yang tanggung hutang. Aku dah tengok dan saksikan banyak hal ini.
Bekerja Kalau Ada Peluang
5. Kerja. Walaupun dalam Islam, wanita tak wajib cari nafkah, namun zaman ini, segelintir lelaki sukar dipercayai. Ada yang kedekut tahi hidung masin dengan bini. Bini nak minta duit suami sendiri pun macam pengemis.
6. Sekali dipukul suami, pakwe, tunang… tinggal terus. Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan.
7. Kena ada ilmu. Ilmu akan menyelamatkan anda daripada ketaatan membuta tuli. Jangan pernah percaya kepada ketaatan tanpa batasan. Kita hamba Allah, bukan hamba suami. Tanpa ilmu, yang paling berpotensi menghinamu barangkali suamimu sendiri.
8. Berdoalah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana doa itu senjata ampuh orang mukmin. Ada lagi, boleh tambah.
Kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!