Pelakon Sharifah Amani berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya baru-baru ini.
Meskipun tidak mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya, Amani bagaimanapun berkongsi gambar sebentuk cincin pertunangan dengan menutup wajah lelaki tersebut.
“Tiba-tiba sahaja dah ada tunang. Syukur Alhamdulillah. One step closer,sampai bila-bila,” tulisnya di akaun Twitter miliknya.
Ternyata perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai memandangkan Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 36 tahun merupakan antara selebriti yang tidak pernah berkongsi hal peribadi di media sosial.
Mengulas mengenai hukum menyembunyikan pertunangan dalam Islam, menurut artikel IRSYAD AL-FATWA yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
Ads
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Ads
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.[1]
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.
Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.[2]
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunagannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Istiadat pernikahan putera diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan sudah selamat dilangsungkan.
Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Selamat Diijabkabulkan
Dalam istiadat di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang itu, pasangan Pengantin Diraja dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.
Cantik Berbusana Putih
Kelihatan pasangan mempelai diraja elegan mengenakan persalinan berona putih.
Tengku Muhammad Iskandar segak dengan baju Melayu warna putih lengkap bersamping songket manakala Tengku Natasya pula memakai persalinan pengantin potongan moden rona yang sama.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula sedondon rona hijau zamrud.
Selesai akad nikah, Tengku Muhammad Iskandar diiringi untuk menunaikan solat sunat ke kamar khas dan kemudian disusuli dengan perarakan masuk Tengku Natasya Puteri ke pelamin.
Pengantin lelaki kemudiannya diarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan istiadat menyerahkan mas kahwin iaitu senaskah al-Quran dan menyarung cincin.
Istiadat kemudian diteruskan majlis merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disusuli Tengku Hassanal.
Tidak ketinggalan ibu bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Akan Diteruskan Majlis Berinai
Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya sebelum ini memaklumkan Istiadat Berinai akan diadakan pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad ini yang akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada 8 malam.
Sementara itu, susunan Adat Istiadat Pahang diteruskan dengan Istiadat Santap Nasi AdapAdapan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Menutup Kerja pada 28 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz.
Istiadat Santap Adap-Adapan bermula pada pukul 4 petang dengan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan Istiadat Menyuap Nasi Semangat kepada pasangan pengantin.
JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
**media[450488]**
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
**media[450490]**
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh tanpa diduga, akhirnya Beymad nikah dengan pempengaruh, Nurina Izzayani (Izz). Berita perkahwinannya jadi tumpuan apabila pendakwah atau nama sebenarnya, Ahmad Mohd Yusof dikatakan bermula dari menjadi talent dan bertukar status kepada suami.
Beymad Nikah Pempengaruh Kambing Perap
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok, pasangan ini selamat melangsungkan perkahwinan di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Majlis tersebut menyaksikan Izz menerima mas kahwin sebanyak RM2,000.
Menurut Beymad, dia berasa lega dan bersyukur kerana telah sah bergelar suami.
Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan. Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur.
Ujar Izz pula, dia bersyukur kerana Allah mempermudahkan segalanya.
Dari talent jadi suami. Doakan kami okay.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah buat Beymad dan Izz. Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh dan menyuruh Beymad membuat sebuah filem mengenai kisah cinta mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!