
Ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik hingga sanggup melakukan apa sahaja rawatan meskipun menyakitkan. Kalau boleh nak sentiasa nampak cantik dan muda sampai bila-bila.
Sebenarnya, ada cara lain yang lebih semula jadi untuk memastikan wajah kekal sihat dan berseri. Tak perlu berbelanja besar kerana cara ini mengikut landasan syariat dan insyaAllah anda akan kekal muda dan semakin disayangi suami.
Berikut merupakan antara tip yang boleh anda amalkan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Qaqiah, ketika mandi pagi.
7. Bangun awal pagi dan amalkan mandi embun.
8. Amalkan urutan wajah.
9. Biarkan wajah sentiasa dalam wuduk.
Bawang Putih Bukan Hanya Sebagai Perencah Masakan Malah Boleh Menurunkan Berat Badan

Bawang putih sememangnya sinonim sebagai rencah penyedap dalam masakan dan sering dijadikan sebagai bahan tumisan. Tidak terbatas sebagai perencah masakan sahaja, rupanya bawang putih juga boleh menurunkan berat badan.
Bahan dengan aroma khas yang cukup menyengat dalam bawang putih boleh membantu anda mendapatkan berat badan ideal. Ia mengandungi beberapa elemen unik yang dipercayai mampu memelihara kesihatan tubuh. Salah satunya ialah allicin iaitu bahan seakan-akan belerang yang terbentuk setelah bawang putih mentah dipotong.
Ketika dipotong atau dicincang, bawang putih akan mengeluarkan aroma dan rasa yang khas. Aroma menyengat itulah tanda bahawa allicin sudah terbentuk. Jadi apakah kehebatan daripada zat ini?
PENAHAN NAFSU MAKAN
Menerusi sumber Health Me Up, allicin yang ada pada bawang putih berkhasiat sebagai penahan nafsu makan yang mengirimkan isyarat pada otak bahawa tubuh sudah kenyang. Perkara itu menyebabkan hasrat anda untuk makan menjadi berkurangan.
Selain itu, bawang putih juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan adrenalin. Hormon ini akan meningkatkan metabolisme tubuh. Ketika metabolisme seseorang berada dalam keadaan baik, maka ia akan membuatkan tubuh lebih efektif membakar lebihan kalori sekali gus menurunkan berat badan.
Khasiat allicin sebagai penahan nafsu makan ini sudah dibuktikan oleh para pengkaji dari Weizman Institute, Israel. Mereka menemui bahawa allicin yang terkandung dalam bawang putih merupakan pengawal nafsu makan yang efektif.

ADA KHASIAT LAIN
Pasukan pengkaji yang diketuai oleh Dr. David Mirelman mengungkapkan bahawa bawang putih turut membantu menurunkan kolesterol jahat, mencegah diabetes dan menjaga kesihatan jantung.
Dalam satu percubaan pada tikus menemui, tikus yang diberi zat allicin tidak mengalami kenaikan berat badan, malah risiko menderita diabetes juga lebih rendah. Ini berbeza dengan tikus tanpa pemberian allicin yang semakin hari bertambah gemuk.
Ternyata begitu banyak khasiat allicin untuk kesihatan terutamanya bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dan tampil langsing. Sayangnya allicin sangat mudah hilang, rosak atau berubah menjadi zat lain. Enzim yang mengeluarkan allicin umumnya akan rosak atau mati jika bawang putih terus dimasak dalam keadaan biasa.
Jadi untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada bawang putih, sebaiknya potong atau hirislah ia terlebih dahulu. Anda juga boleh mengisar, barulah ditumis, direbus atau dicampurkan dengan bahan lain.
Serikan Kuku Dengan Menggunakan Dua Bahan Ini Dalam Masa 5 Minit Je!

Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Lebih-lebih lagi bila nak dekat hari istimewa anda.
Takkan nak biar nampak kotor dan tak kilat? Sebagai bakal pengantin kena lah jaga seri tu. Jangan ambil tak endah perkara sebegini. Kadang kala kita tak perasan ada orang memerhatikan kita. Jom ikut petua tradisional ni. Senang je!
Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu.
Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.
Sumber : Petua ibu
Kenapa Bakal Pengantin Perlu Mandi Bunga Sebelum Berkahwin?

Mandi bunga ialah perawatan kecantikan yang paling sering dilakukan oleh bakal ratu sehari. Secara ritual, mandi bunga dilakukan untuk membuka aura bagi tujuan menyegarkan tubuh serta menaikkan seri wajah.
Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana tubuh kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang terbaik kepada si pengamal mandi bunga. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.
Dari segi amalan perubatan moden, amalan mandi bunga tidak dianggap memberi sebarang perubahan fizikal kecuali bagi menambah keyakinan. Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yang boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga di kalangan masyarakat Melayu.
Kami kongsikan tip buat bakal ratu sehari yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.
Bahan Yang Diperlukan
- Tujuh atau sembilan jenis bunga yang tidak berduri
- Bunga pelbagai warna (bunga Jasmine dan bunga cempaka kalau boleh mesti ada)
- Elakkan bunga berwarna hitam
- Semua bunga mestilah segar dan berbau wangi
- Satu botol air mawar
- Dua biji limau purut
Kaedah Penyediaan
- Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, 7 atau 9.
- Asingkan bunga daripada daun dan dahan kecil.
- Rendam bunga-bungaan di dalam baldi/besen yang dipenuhi dengan air.
- Tuang sebotol air mawar dan kacau rata.
- Belah limau purut dan hiris nipis-nipis. Rendam bersama campuran bunga-bungaan dan air di dalam baldi/besen tadi.
- Rendam semalaman.
Cara Mandi
- Sebaiknya mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
- Seelok-eloknya mandi pada waktu pagi bagi tujuan kesegaran tubuh dan juga serapan tenaga.
- Mulakan dengan siraman di bahagian tubuh di sebelah kanan sebanyak tiga kali diikuti siraman di bahagian tubuh sebelah kiri.
- Lanjutkan dengan siraman di bahagian kepala.
- Tidak perlu bilas. Biar seketika dan lap tubuh dengan tuala.