Ada masa, sakit mata tengok karpet rosak! Bukan sebab kotor tetapi masalah yang biasa yang berlaku bucu karpet jadi berlipat. Kalau ada anak kecil, agak bahaya juga. Takut tersepak dan jatuh.
Malah ada beberapa masalah lain juga yang berkat dengan karpet di rumah macam terkena api puntung rokok, rosak sebab tumit kasut dan sebagainya.
Tetapi jangan risau, anda boleh cuba guna tip ini dulu untuk atasi masalah ini. Hah, jangan terus beli lain pula, membazir sangat.
Tip Baiki Karpet Rosak, Isteri Jangan Buang Kalau Masih Boleh Guna!
Baiki Karpet Kena Api Puntung Rokok
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khuatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.
Ads
Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam.
Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Kesan Hitam Tumit Kasut Pada Lantai
Ads
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Tutup Kesan Calar Lantai Kayu
Ads
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal.
Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Betulkan Bucu Karpet Berlipat
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Senang, bukan? Jadi selepas ini masalah karpet rosak golongan isteri akan selesai tanpa perlu mengeluarkan duit. Jimat duit poket encik suami kalian!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepada anda yang gemarkan aktiviti DIY, kali ini kami akan berkongsikan kepada anda antara langkah mudah untuk menghiasi dulang hantaran anda. Tidak perlu terlalu cantik, cukup sekadar ia kemas dan sedap mata memandang. Anda boleh hiaskannya mengikut citarasa anda sendiri. Ilhamkan nya daripada sini !
Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan:
Dulang
Kain satin
Gam Elektrik
Gunting
Bunga
Renda
Ribbon
Langkah-langkah:
1) Dulang hantaran
Dulang hantaran seperti ini biasanya boleh didapati di kedai bunga. Sediakan dulang yang bersesuaian mengikut saiz barang-barang dan tema hantaran anda.
2) Menghias Kain Satin
Guntingkan kain satin mengikut kesesuaian dulang hantaran anda. Pastikan kain yang digunting melebihi dari saiz dulang. Lipat dan kelim kain satin tersebut seperti gambar rajah di atas. Selepas itu gamkan kain di sekeliling bahagian dalam dulang.
3) Renda Dulang Hantaran
Lekatkan renda putih di sekeliling dulang tersebut. Selepas itu lekatkan bunga rose kecil di bahagian penjuru dulang. Bagi hiasan bunga plastik atas dulang, boleh lihat contoh tutorial tersebut di YOUTUBE.
4) Hiaskan barang hantaran
Akhir sekali, hiaskan barang hantaran di atas dulang tersebut. Selepas itu lekatkan ribbon di penjuru dulang atau di barang hantaran yang disediakan.
Mudah bukan? anda boleh berjimat banyak dengan cara ini. Elakkan daripada pembaziran, cukuplah ia sekadar hiasan dan anda tidak perlu membeli bahan yang terlalu mahal. Semestinya ia nampak sangat menarik.
Sumber : Wawa syaida
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian Amiereo Adipati dilaman Facebooknya berkenaan hiasan rumah berjaya menarik perhatian ramai. Tiada alasan untuk dia menghias rumah tersebut sehingga kelihatan sangat cantik. Yang menarik lagi, rumah itu dihias dengan bajet yang rendah dan hanya menggunakan barang barang dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.
RUMAH PAPAN BERUBAH WAJAH
Dari sebuah rumah papan yang biasa, penghuni ini berjaya menghias dan mengubah wajah rumah tersebut kelihatan cantik dan selesa untuk dihuni. Bajet yang digunakan hanya bawah seribu ringgit, pemuda ini membuktikan tiada yang mustahil untuk merealisasikan rumah idaman dengan bajet yang rendah.
Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka. Kita kemas apa yang patut, nak raya kan, puasa baru dua hari dik. 4 bulan dulu masa mula2 menyewa rumah ni sangat sangat teruk, memang menangis dalam hati. Ramai kawan kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni tapi nak buat mcm mana takda pilihan. Kebetulan keadaan sangat mendesak sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang.
Hanya ada masa seminggu je untuk pindah, dengan keadaan kewangan pun kurang, lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya. Takda lah mahal sangat tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan, stress bak hang. So kita tuch up sikit sikit bagi lawa, modal pun tak berapa ada sgt. Aircond tu ambik kat kedai lama.
Walau pun guna barang barang diy, kedai Rm2 dan cowboy je, lampu gantung tu beli kt shopee murah, budget uolzz. Lagi pun rumah sewa kan, kerusi pulak ambik kerusi lama, lebih 30 thn dah ambik kat rumah arwah mak. Just spray putih, langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter. Ikut kan modal cat ada lah dalam rm300. Jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit sikit.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”… Walau pun raya tahun ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home. duduk rumah jgn merayau jgn melilau..kita jaga kita..
Micellar Water adalah salah satu produk pembersih yang pertama. Teknologi micellar dalam pembersih boleh mengikat minyak dan menanggalkan kotoran atau sisa solekan secara menyeluruh.
Sangat mudah untuk digunakan, hanya tuangkan pada bebola kapas dan kemudian sapukan perlahan-lahan pada muka anda. Hah, anda yang bakal jadi pasangan orang tu, eloklah jaga muka sebelum jadi ‘ratu’ sehari ya! Barulah berseri semula jadi.
Cegah Jerawat Guna Micellar Water, Bakal Pengantin Boleh Jadikan Rutin!
Tapi nampaknya salah guna micellar water menyebabkan jerawat. Jadi bagaimana anda menggunakan air micellar yang betul?Jom, baca petua ini tentang cara memastikan kulit anda bersih dan bebas jerawat!
1. Gunakan Untuk Buang Solekan
Tidak menanggalkan solekan anda selepas seharian memakai solekan boleh menyebabkan jerawat. Jadi jaga kebersihan muka. Jika anda menggunakan air micellar, gunakan air micellar sebagai langkah pembersihan pertama dan kemudian teruskan untuk mencuci muka anda.
Jika anda menggunakan air micellar sebagai pembersih dan tidak mencuci muka, anda berisiko mendapat jerawat pada kulit anda. Jadi pastikan anda meneruskan proses pembersihan berganda anda!
Sudah tentu, sebelum membeli apa-apa produk penjagaan kulit, anda harus terlebih dahulu menyemak komposisi, termasuk air micellar. Walaupun berasaskan air, tidak semua jenama mempunyai produk micellar dengan bahan yang sama. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, pastikan bahan dalam micellar water boleh digunakan oleh mereka yang berkulit berjerawat. Sebagai petua, jika anda tidak pasti, cari air micellar yang dibuat khusus untuk kulit berjerawat agar lebih selamat.
3. Usap Gunakan Kapas Yang Lembut
Salah satu punca jerawat adalah kulit yang merengsa akibat menggosok secara berlebihan. Oleh itu, apabila menggunakan air micellar, jangan lupa juga menggunakan bola kapas lembut dan sapu perlahan-lahan pada muka anda. Jika anda menggunakan bola kapas yang boleh digunakan semula, pastikan ia bersih untuk mengelakkan masalah kulit.
4. Wajib Digunakan Apabila Guna Sunscreen
Tak pakai makeup, tak rasa perlu cuci dua kali dan guna micellar water? Jangan salah faham Hijabi, kena selalu cuci dua kali untuk memastikan kulit bersih dan sihat. Sesetengah produk penjagaan kulit tidak boleh dikeluarkan hanya dengan mencuci muka, dan pelindung matahari adalah salah satu daripadanya. Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan air micellar pilihan anda sebelum mencuci muka.
5. Gunakan Toner Selepas Double Cleansing
Adakah anda bimbang bahawa menggunakan pembersih berganda akan memberikan anda kulit kering? Yakinlah, air micellar kini menggunakan teknologi terkenal yang mengurangkan risiko kulit kering.
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh membersihkan muka anda dalam satu langkah. Teruskan mencuci muka anda dengan gel muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan kemudian gunakan toner pelembap untuk memastikan kulit anda terhidrat.