Namun ada kalanya, harapan untuk hamil terasa sukar tatkala kehamilan yang ditunggu-tunggu belum datang juga. Stress dan putus asa banyak berlaku pada pasangan suami isteri yang telah lama menanti. Kadang-kadang keadaan ini banyak membuat sebuah keluarga menjadi tidak harmoni dan akhirnya terjadi perceraian.
Sebetulnya banyak kes yang menyebabkan sulitnya sebuah pasangan suami isteri untuk mendapatkan keturunan, di mulai dari adanya penyakit, gangguan hormonal, gangguan sistem reproduksi dan berbagai macam hal lainnya yang tentunya hal ini perlu dilakukan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut untuk mengatasinya.
Ada kalanya juga seorang pasangan suami isteri sulit untuk cepat hamil kerana kurangnya pengetahuan dasar mengenai kehamilan, sehingga kehamilan yang di nanti belum datang juga.
.
Berikut beberapa tips yang dapat dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat hamil:
Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Tuhan. Oleh itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberikan rahmat untuk cepat hamil. Doa bersungguh-sungguh, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, berdoalah!
Periksakan Keadaan Kesihatan Anda
Lakukan pemeriksaan kesihatan tubuh anda sendiri, kenali sistem reproduksi anda, tingkat kesuburan dan lain-lain. Teliti perkara ini baik pada suami maupun isteri. Ia sangat penting untuk mebgetahui sejauh mana kemampuan anda untuk mendapat anak.
Ads
Menerapkan Gaya Hidup Sihat
Jika kebetulan anda atau suami perokok, sebaiknya menghentikan merokok. demikian juga dengan kebiasaan meminum alkhohol. meminum alkohol sedikit pun mengurangi peluang kehamilan hingga 50 %
Pastikan Berat Badan Anda Tidak Kurang/Tidak Lebih (ideal) kerana berat badan yang kurang/lebih selain boleh menyukarkan hamil, ia juga menjadi masalah saat anda hamil. Sedangkan bagi lelaki, kekurangan berat badan boleh mengurangi pembentukan sperma. Rajin bersenam untuk memastikan kondisi badan anda selalu fit. Pola Makan Bergizi Seimbang dalam mengkonsumsi makanan sarat gizi yang diperlukan untuk mendapatkan kehamilan sihat kelak.
.
Ketahui Masa Subur Anda
Masa subur ditandai oleh kenaikan Luteinizing Hormone secara signifikan sesaat sebelum terjadinya ovulasi (pelepasan sel telur dari ovarium). Kenaikan LH akan mendorong sel telur keluar dari ovarium menuju tuba falopii. Didalam tuba falopii ini bisa terjadi pembuahan oleh sperma. Masa-masa inilah yang disebut masa subur, yaitu bila sel telur ada dan siap untuk dibuahi. Sel telur berada dalam tuba falopi selama kurang lebih 3-4 hari namun hanya sampai umur 2 hari masa yang paling baik untuk dibuahi, setelah itu mati.
Ads
Untuk mengetahui cara menghitung masa subur anda, lengkapnya silahkan baca artikel kami:
Menghitung Masa Subur
Ketahui dan Hindari Masalah-Masalah Kesuburan (Infertilitas)
Masalah kesuburan terjadi akibat terganggunya sistem reproduksi pada wanita dan terjadinya penurunan kualitas dan kuantitas sperma pada pria. Sebuah penelitian menyatakan bahwa masalah kesuburan terjadi pada 40% akibat perempuan, 40% akibat laki-laki dan 30% akibat keduanya.
Ramai pakar kesuburan yang berpendapat bahawa posisi lelaki di atas saat berhubungan badan memberikan peluang terbaik untuk memudahkan kehamilan. Untuk ebih efektif, wanita boleh meletakkan pinggulnya di atas bantal sehingga serviks-nya boleh menampung banyak sperma.
Usahakan setelah ejakulas terjadi, wanita perlu berada dalam posisi berbaring selama 10 -20 minit. Pada waktu ini cairan semen akan mencair, dan jika wanita bangkit cairan semen akan mengalir kembali ke vagina.
Ads
Hadirkan suasana Santai Saat Berhubungan
Kegiatan berhubungan suami isteri ini selayaknya dilakukan dalam suasana yang santai dan juga romantik. Bila tibanya waktu subur, gunakanlah sebaiknya. Jagalah mood dan bersikaplah santai, jangan terlalu stres dalam melakukan hubungan seksual, misalnya memikirkan apakah kali ini ia akan membuahkan hasil.
.
Ketahui Mengenai Pengetahuan Dasar Terjadinya Kehamilan
Hal ini juga penting diketahui oleh pasangan suami isteri agar dapat dijadikan sebagai gambaran untuk mendapatkan kehamilan. Mengetahui seberapa banyak jumlah sperma normal, kondisi serviks saat masa subur, berapa lama sperma mencapai sel telur dsb. Lengkapnya mengenai proses terjadinya kehamilan, dapat di baca melalui artikel di bawah ini:
Terjadinya Kehamilan
Pengambilan Vitamin
Untuk cepat hamil, ambil vitamin atau jenis makanan mengandung zat-zat diperlukan untuk kesuburan yang penting untuk Anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualiti sperma. Mengkonsumsi 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Permasalahan bentan selalunya dikaitkan dengan seorang ibu yang baru sahaja selamat melahirkan anak iaitu satu tempoh berpantang selepas bersalin. Apa itu bentan? Bentan dikatakan bermaksud sakit semula apabila setelah hampir sembuh di waktu proses rawatan selepas bersalin. Lebih tepat lagi, sekiranya seorang ibu tidak menjaga kesihatan dengan baik dan melanggar pantang semasa dalam proses berpantang, dia akan berdepan dengan risiko bentan atau pun sakit semula. Sesiapa sahaja boleh terkena bentan dalam pantang dan bentan selepas bersalin. Terdapat banyak cara mengatasi bentan, petua hilangkan bentan dan juga tips bentan selepas habis pantang.
Petua Merawat Bentan Untuk Ibu Semasa Berpantang
Seorang perunding jamu Norliza Mohd Salleh berkongsi tips untuk merawat bentan untuk semua ibu yang menghadapi masalah bentan semasa dalam pantang bersalin. Tip dn petua ini sangat-sangat disyorkan kerana ianya terbukti membantu. Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin menjadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.
Bahan-Bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Caranya amatlah mudah seperti dalam gambar di bawah, bawang putih perlu bakar atau sangai dulu.Tak perlu bakar sampai rentung, nanti pahit pula.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan seperti gambar di bawah.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Bentan jangan dibuat main. Merana jiwa dan raga. Kongsikan kepada wanita di luar sana, kot-kot ada yang sedang berpantang dan nak tahu cara merawat bentan. InsyaAllah, semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepatutnya kita ambil peduli tentang pakaian tak dipakai dalam almari, baik isteri atau suami kena tahu kesannya.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pakaian yang hanya tergantung dalam almari akan dihisab. Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli.
Namun berpada-padalah ketika membeli. Jangan diikutkan nafsu membeli kain baju. Kalau suka pun, kena beringat.
Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, “tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.
Pakaian Tak Dipakai Dalam Almari Akan Dihisab
Beberapa tahun dahulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.
Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.
Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut. Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..
Seronok Beli Tapi Tak Sempat Pakai
Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?
Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.
Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..
Maulana Helmi dalam kata-katanya, …“kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur di semua bilik dalam satu masa.”
Berpada-padalah Membeli
Macam itu jugalah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.
“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.
Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.
Ramai yang mengeluh kesukaran hidup pada waktu PKP ni. Pada golongan biasa-biasa, nak buat simpanan setiap bulan pun sangat susah. Sedangkan perbelanjaan pun tak cukup, inikan pula untuk menyimpan. Lebih menambah tekanan apabila ada yang dah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.
Selagi ada idea untuk dikongsi, selagi itu berusahalah untuk mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Tip ini diharap dapat membantu bakal pengantin untuk lebih berjimat dan dapat melangsungkan perkahwinan tanpa rasa bimbang terbeban hutang.
Rancang tarikh kahwin
Sudah tentulah ini poin paling penting. kerana apabila sudah ada tarikh, baharulah kita ada objektif yang ingin dikejar. Objektif ini yang akan menggerakkan dan mengingatkan kita tujuan penjimatan itu dilakukan. Macam alarm clock la. Dan kita akan rasa terkejar dengan dateline.
Tetapkan jumlah tetamu
Pada waktu PKP atau PKPB dan sebagainya, kita terpaksa kurangkan tetamu untuk majlis. Jadi, ambillah peluang ini untuk memilih tetamu kita. Utamakan keluarga yang terdekat dan kemudian teman paling rapat. Memang kita bimbang mereka berkecil hati tetapi ini adalah untuk kebaikan semua. Kita sendiri ingin kurangkan risiko jangkitan.
Tempah makanan
Tetapkan harga makan untuk satu kepala. Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Jika ada ahli keluarga yang sudi untuk memasak sendiri atau buat rewang, pun lebih baik. Anda hanya beli barang basah dan sedikit pemanis mulut sebagai pelengkap.
Kiriman kad
Zaman sekarang ni e-card sudah mencukupi. Gunakan sahaja aplikasi Canva untuk membuat rekaan kad jemputan dan hantarkan kepada tetamu.
Cenderahati
Disebabkan tetamu untuk majlis anda terhad, jadi cenderahati pun bolehlah dikurangkan bajetnya. Terlalu banyak barangan yang cantik dan memorable untuk anda pilih di kedai borong. Ataupun anda juga boleh membuat pesanan lebih awal dari laman web seperti Lazada dan Shopee sebelum tibanya majlis perkahwinan.
Tidak terpengaruh
Jangan sesekali membandingkan majlis anda dengan orang lain. Duit kita bukan duit mereka dan begitu juga sebaliknya. Kalau boleh, janganlah berangan-angan untuk menggunakan waktu PKP ini untuk membazir di tempat lain pula. Ikut segala strategi penjimatan yang ada.
Hantaran
Sekarang ini trend barang hantaran sorok dah kembali. Pilih sahaja barang hantaran dari jenama biasa untuk hantaran kepada pasangan. Orang takt ahu pun jenama apa yang anda gunakan sebagai hantaran. Bila ekonomi dah stabil, hadiahkanlah yang best sikit untuk mereka.
Busana pengantin
Anda boleh pilih untuk membuat tempahan atau beli yang sudah siap. Awal-awal lagi anda perlu letakkan bajet yang anda mampu. Banyak juga pilihan busana pengantin untuk lelaki dan wanita dengan harga sangat berpatutan.
Memori
Kahwin ni sekali seumur hidup. Pasti anda mahu abadikan foto perkahwinan menggunakan jurugambar professional. Sila tanya pada kawan-kawan atau orang yang pernah menggunakan khidmat jurugambar professional. Dapatkan info dari mereka. Bukan tak boleh pilih dari Instagram atau Facebook tetapi takut kalau-kalau anda terkena dengan jurugambar yang tak bertauliah. Rugi duit!
Simpanan
Sentiasa ingat bahawa kehidupan selepas kahwin memerlukan wang yang banyak lebih dari sewaktu melangsungkan perkahwinan. Majlis kahwin ini sekali sahaja tetapi lepas kahwin yang kita perlukan lebih banyak duit. Elakkan dari berhutan, baik hutang dengan kad kredit atau berhutang dengan orang. Susah nak bayar balik nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!