Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Ads
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Ads
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Ads
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu orang cakap banyak kelebihan diperolehi lelaki yang mempunyai paras rupa yang hensem dan kacak bergaya.. Tetapi takde yang terpikir lelaki yang tidak hensem pon banyak memilik kelebihan.. antaranya seperti dibawah..
1) Tidak menjadi perhatian:-
bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Yelah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun, bukannya orang perasan. Aku la tue..Hahahaha
2) Tidak dikejar:-
Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga (terkalahkan…tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang.
3) Tidak dianggap gay:-
ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri korang akan mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! Aku rasa loya sekarang! ) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu homoseksual okay? Aku? Species tak jaga muka. Takde masa…
4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya”:-
apabila wajah yang kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau “muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak, kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha
5) Mengahwini wanita yang best:-
bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai seseorang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar.
6) Mengahwini wanita yang lawa:-
aku tak tahu kenapa mengikut pengalaman aku pergi kenduri-kendara sebelum nie, kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti…erm… tak berapa hensem. I don’t know why. Aku masih mencari sebab untuk yang ini. Kalau tahu suggest lah kat aku. Mungkin sebab wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha
7) Boleh berjimat:-
kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk. Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak, orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun rumah anak-anak yatim serta tabung surau.
8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah):-
Sekarang ratio lelaki dan wanita amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan, yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak, mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm…
9) Terhindar daripada gossip:-
bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasarayanbintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha
10)Menjadi Penyabar yang baik:-
Jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh… Sekiranya anda menjadi mangsa atau menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu, dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat hajat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemusykilan yang mungkin kita nampak biasa tapi sebenarnya berat di sisi hukum hakam agama. Mufti jawab status perkahwinan yang bernikah dua kali tanpa cerai.
Soalan:
Assalamualaikum wrm. wbt.
Ke hadapan ustaz Dr. Zul, saya ada soalan berkenaan status perkahwinan seseorang yang bernikah dua kali, yang pertama secara senyap-senyap dan kemudian yang betul-betul, macam mana tu Dr? Thanks.
Jawapan:
Waalaikumussalam wrm. wbt.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.
Kami memahami soalan di atas dengan maksud seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita secara rahsia, seperti berkahwin di luar negara menggunakan wali hakim, kemudian berkahwin semula di Malaysia untuk pendaftaran.
Isu pendaftaran pernikahan adalah isu yang sangat penting dalam pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan. Ini bagi memastikan pasangan yang berkahwin memiliki dokumen yang sah dan diiktiraf oleh Mahkamah Syariah khususnya apabila timbul isu yang berkait dengan perkahwinan, seperti perceraian, hak hadhanah, harta pusaka dan lain-lain. Justeru, menjadi tanggungjawab orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka supaya tidak berlaku mudarat kepada mana-mana pihak. Ini selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 12(2) dan Seksyen 25 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Walau apa pun sebab yang digunakan oleh pasangan berkenaan untuk bernikah dua kali, hukum pernikahan yang kedua itu tidak memberi kesan apa-apa kepada kesahihan nikah yang pertama. Nikah di negeri-negeri di Malaysia hanya boleh dibubarkan dengan cara berikut:
Ini termasuk juga hukum li`an. Tiada satu pun perkara tersebut yang merujuk kepada nikah kali kedua yang dilakukan individu-individu sebagai membatalkan pernikahan kali pertama.
Justeru, pasangan yang dimaksudkan dalam soalan itu adalah pasangan suami isteri yang sah dan pernikahan kali kedua itu tidak membatalkan pernikahan yang pertama. Wallahua’lam.
Jika pasangan suami isteri tidak bersetubuh selama 5 bulan dan suami tidak pernah bersumpah untuk meng-ila’ isteri, adakah situasi tidak bersetubuh selama 5 bulan itu tetap dihukum sebagai ila’? Perlukah si suami membayar kafarah ila’ jika dia menyetubuhi isteri selepas 5 bulan?
JAWAPAN
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Ila’ (الإيلاء) adalah termasuk dalam perkara-perkara yang menyerupai talak dalam perhubungan suami isteri. Dari segi bahasa, ila’ dimaksudkan sebagai sumpah. Manakala dari segi istilah pula bermaksud suami yang mempunyai hak bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau dalam tempoh yang melebihi empat bulan. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 4/120)
Dalil hukum bagi ila’ itu sendiri telah ada dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Kepada orang-orang yang meng-ila’ isterinya, diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian, jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika mereka berazam (bertetap hati untuk) talaq, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah : 226-227)
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Ali R.A, katanya:
Maksudnya: “Apabila suami melakukan ila’ kepada isterinya, tidak jatuh walaupun telah berlalu empat bulam sehinggalah suami membuat keputusan sama ada menceraikannya ataupun menggauli isterinya semula.”
Riwayat Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ (2/556)
Sememangnya sumpah untuk meng-ila’ para isteri adalah termasuk dalam dosa-dosa besar yang perlu dijauhi oleh semua suami. Sekiranya si suami telah bersumpah ila’ terhadap isterinya, suami itu perlu membayar kafarah bagi menebus semula sumpah yang telah dilafazkannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT berikut:
Maksudnya: “Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah.”
(Surah al-Maidah : 89)
Berbalik kepada persoalan di atas, ila’ tidak jatuh kepada isteri. Ini kerana syarat untuk jatuh ila’ itu sendiri adalah apabila suami melafazkan lafaz ila’ kepada isterinya, dimana tidak berlaku dalam situasi di atas. Namun begitu si suami dikira berdosa sekiranya dengan sengaja tidak menyetubuhi isterinya tanpa sebab syar’i yang membenarkan kepada perbuatan tersebut. Suami juga tidak perlu untuk membayar kafarah ila’ kerana hukum ila’ tidak jatuh ke atas isterinya.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada persoalan di atas, kami berpandangan bahawa tidak jatuh hukum ila’ ke atas isteri dalam situasi di atas. Hal ini kerana, ila’ tidak berlaku semata-mata kerana ketiadaan hubungan seksual suami isteri selama tempoh tertentu. Namun, lafaz ila’ perlu dilafazkan terlebih dahulu oleh suami bagi menjatuhkan hukum ila’ ke atas isteri.
Dalam isu nafkah pula, si suami wajib untuk memberi nafkah zahir yang merangkumi makan, minum, pakaian dan selainnya yang diperlukan oleh isteri, manakala dari sudut nafkah batin, seorang suami perlu untuk melayan isterinya dengan baik dari segi percakapan, pergaulan yang baik serta melakukan hubungan suami isteri sebagaimana yang telah di syarakkan oleh agama Islam itu sendiri. Sekiranya, suami tidak memberi nafkah zahir dan batin itu dengan sengaja, maka suami tersebut adalah berdosa.
Kami akhiri jawapan ini dengan satu kisah yang berlaku antara Saidina Umar R.A yang bertanyakan kepada Hafsah sejauh mana wanita boleh bersabar dengan suaminya lantas dijawab empat bulan.
Maksudnya: “Umar ibn al-Khattab telah keluar pada suatu malam (untuk melihat keadaan rakyatnya). Tiba-tiba dia terdengar seorang perempuan mengeluh: “Rasa panjang malam ini,dan gelaplah di sisinya tetapi aku tidak dapat tidur kerana tiada kekasih untuk bersamanya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana Allah nescaya aku akan melakukan sesuatu sehingga bergeraklah tiang katil ini.” Kemudian Umar R.A telah bertanya kepada Hafsah, anaknya sendiri: “Perempuan boleh bersabar terhadap suaminya berapa lama?” Jawabnya: “Enam bulan atau empat bulan.” Lantas berkatalah Umar R.A: “Aku tidak akan menyekat tentera lebih daripada ini.”
Riwayat al-Baihaqi (18307)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...