Wanita yang sudah berkahwin atau masih single, kalau anda suka pakai cushion waktu nak keluar, sebaiknya ambil tahu cara yang tepat nak sapu untuk elakkan jadi cepat comot dan bercapuk.
Biasanya ramai memilih cushion berbanding foundation sebab hasilnya yang lebih natural dan memiliki coverage yang boleh disesuaikan dengan kulit wajah, ringan, dan lebih praktis penggunaannya. Jadi anda boleh re-touch penampilan bila-bila masa sahaja.
Tip Pilih Dan Pakai Cushion, Kulit Lebih Ringan Dan Nampak Kemas
Tetapi tidak semua wanita memiliki tekstur kulit wajah yang licin tanpa liang pori. Masalah yang paling mengganggu nak sapu cushion adalah pori-pori wajah yang besar.
Tidak hanya mengganggu penampilan, pori-pori besar juga membuatkan mekap tak nampak flawless.
Nah, ini tip yang sesuai bagi anda yang memiliki pori-pori besar dan mahu menutup agar hasil mekap mulus seperti artis Korea.
Pastikan Wajah dalam Keadaan Lembap
Ads
Untuk membuat cushion melekat dengan baik di wajah, pastikan kulit sudah dalam keadaan lembap dan terhidrasi.
Sebaiknya gunakan basic skincare yang basic seperti toner, serum, dan pelembap terlebih dulu, sehingga hasil cushion di kulit wajah anda nampak flawless.
Owh ya, pastikan juga anda menggunakan sunscreen sebelum pakai produk makeup untuk memastikan kulit terlindungi dari sinar UV matahari, ya!
Pilihan Cushion Terbaik
Menurut Puan Mimi Syaza, cushion foundation lebih senang guna kalau nak bawa travel. Bila travel malas nak bawa foundation botol berat. Jadi ganti dengan cushion foundation saja dan kesannya masih sama, glowy dan high coverage.
Ads
Compact je size dia boleh letak dalam handbag nak touch up pun senang. Ini antara beberapa cushion yang best anda boleh pilih.
Ads
Kalau nak hasil lebih flawless, jangan lupa kunci dengan pemakaian setting spray. Selain membuat hasil akhir flawless, tip ini juga akan buat mekap menjadi lebih tahan lama, jadi pori-pori wajah anda tetap tertutup dengan baik.
Penggunaan setting spray juga akan menjaga kelembapan kulit wajah dan terus terhidrasi sehingga tidak mudah cakey.
Senang, bukan? Moga anda dapat memilih cushion terbaik untuk kulit wajah anda!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, akhirnya wira rakyat Malaysia yang viral tahun lalu telah selamat bergelar suami. Berita gembira itu disampaikan sendiri Azwan Omar kepada umum di dalam satu live.
Berkongsi kegembiraan itu juga adalah isterinya, Evanoza Zakaria.
“Kami tak plan pun untuk bernikah bukan Oktober tetapi disebabkan kami sedang membuat persiapan untuk menghadapi banjir, maka kami awalkan.
Asalnya bulan Disember nanti. Memang tak minta bencana banjir tapi kalau terjadi nanti sekurang-kurangnya kami berdua boleh ‘turun’ untuk membantu mangsa banjir sebagai suami isteri. Sebab itu majlis pernikahan diadakan secara tertutup.
Foto majlis pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama Islam Melaka, 14 Oktober 2022 lalu turut dikongsikan bersama. Evanoza dinikahkan sendiri abangnya, Yusri Zakaria. “Alhamdulillah, abang saya Yusri, datang ke Melaka dari Johor Bahru kerana saya berasal dari Johor.”
Azwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888.
Azwan Pandai ‘Curi Hati’
“Kesungguhan Azwan untuk kenal saya membuatkan saya tertarik padanya. Dia sanggup terima kelebihan dan kekurangan saya. Begitu juga saya. Selalu kalau kami keluar, memang akan ada sahaja orang yang ingin bergambar. Masa tu, Azwan akan pastikan saya berada di tempat ‘selamat’. Mata dia akan melilau cari saya.”
Azwan kini sudahpun menubuhkan sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Misi bantuan ini dijalankan bersama Eva dan beberapa anggota lain. Walaupun rajin mengikuti misi bantuan, Eva masih ligat menjalankan aktiviti zumba yang menjadi kerjayanya sejak 12 tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ramai yang bergambar berduan dengan lelaki tanpa rasa segan, konon sebab rakan sekerja tetapi jika selalu sangat boleh timbulnya fitnah.
Bukan tak boleh langsung tetapi elakkan sebaik mungkin untuk kebaikan hubungan. Nak faham lebih tentang isu ini, jemput baca perkongsian daripada Puan Hazwani Mohd Dah
ini.
Perempuan Jangan Bergambar Berduan Dengan Lelaki
Untuk kawan-kawan perempuanku, ada satu nasihat yang tak suka didengar, tapi akak wajib pesan. Jangan bergambar berduaan dengan mana-mana lelaki. Tak perlu. Kalau atas tiket profesionalisme pun, jarakkan diri.
1. Bukan bergambar saja, naik kereta berdua, makan berdua, sesama lawan jantina adalah tidak perlu.
Ramai yang kurang ilmu dan sensitiviti, asal baju warna sama je, nak ambil gambar berdua2an. Asal terjumpa je, ambil gambar sebagai tanda jumpa kawan lama. Asal keluar makan je, nak kongsi sama sepinggan tanda rapatnya persahabatan macam abang dan adik.
Jangan melorongkan atau spark kemesraan selain bukan suami kita. Kononnya ukhwah. Malu adalah mahkota kita.
Macam Mana Nak Menjaga Ukhwah Dengan Lelaki
2. Ramai juga yang gunakan tiket ‘ukhwah’ dan teman tapi mesra untuk gambar berduaan & rapat begini, sebenarnya itu ialah ikhtilat.
Ustaz adnin roslan pernah cakap,
Yang rapat tak semestinya ukhwah,
Yang tak rapat, tak semestinya tak ukhwah.
Dalam ukhwah lelaki dan perempuan, Banyak batasan perlu dijaga;
1. Jaga pandangan
2. Jaga jarak
3. Tutup aurat (bukan balut aurat)
4. Bercakap bersahaja ( bukan manja dan gedik)
5. Cakap yang perlu saja.
6. Jangan berduaan
Tutup vs Balut Aurat
3. Akak juga nak berpesan kepada diri akak sendiri, hati-hati dengan pakaian kita.
Tutup aurat dan balut aurat adalah berbeza. Secantik apapun tubuh kita, ia tidak layak dibalut di hadapan lelaki ajnabi. Ketat & terbonjol, especially part dada adalah sangat mengaibkan.
4. Kita saling berpesan dan doakan each other ya. Moga kita semua jadi sahabat sampai syurga. Doakan akak juga.
5. Ya, ingatan ini untuk semua sebenarnya, termasuk lelaki.
Tapi, dalam kebanyakan kes, perempuan yang selalu over excited nak bergambar, lentok-lentok, buat mulut muncung-muncung dan minta bergambar dengan lelaki.
Tak dinafikan lelaki pun ada yang begini. Kawan-kawan wanitaku, jika kita pandai jaga diri, tegas, ada pendirian, sopan, jaga batas, JANGANKAN LELAKI NAK AJAK SELFIE DENGAN KITA, nak berborak kosong pun depa segan.
Semoga bermanfaat buat anda semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda membayangkan dalam fikiran bahawa makanan yang diambil setiap hari mungkin mengandungi bahan toksik? Arsenik ditemui dalam produk bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan laut terutamanya beras.
Arsenik ialah sejenis unsur kimia dengan simbol As, nombor atom 33 dan jisim atom relatif 74.92. Unsur metaloid ini digunakan untuk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik dan sebagainya.
Kesan toksik arsenik biasanya muncul apabila tubuh terdedah kepada racun ini dalam dos yang tinggi. Dalam jangka pendek atau panjang, pendedahan kepada arsenik boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Berikut perkongsian bermanfaat daripada Dr Mazliana Mazlan tentang teknik memasak nasi bagi mengurangkan kandungan arsenik di dalam nasi yang kita makan. Semoga bermanfaat untuk semua.
Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi. Arsenik ini sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Dalam beras, hampir 10 hingga 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada juga yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.
Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Kita makan nasi hari-hari. Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.
Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza. Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.
Dikongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih – Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh. – Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali. – Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.
2. Rendam beras – Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali. – Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak – Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa. – Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50peratus tau. – Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak – Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi. – Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.
Dalam gambar langkah demi langkah, ini cara saya memasak nasi setiap hari, untuk kurangkan kandungan arsenik sebanyak mungkin. Anda boleh tengok betapa keruhnya air kanji dan arsenik selepas nasi dimasak.
Nasi 300 gram saya masak dalam tempat pengukus. Saya panggil simmering basket.Tiada kerak langung walaupun masak nasi 1 genggam je.Mula saya masukkan beras dalam simmering basket. Jadikan penapis untuk basuh.Air basuhan kali pertama, keruh tak nampak langsung butir beras kan.Yang ini kali kelima. Basuh sampai jernih macam ni.Kemudian masukkan dalam periuk. Saya guna Thermomix.Masukkan air sampai melebihi paras beras.Saya masak 18 minit, dengan suhu tetap 100 darjah, dan kitaran air dengan kelajuan 3.5 di bawah bekas kukusan simmering basket.Nasi dah masak. Cantik seroi elok je.Saya angkat bekas pengukus dengan spatula. Ada tempat boleh cakukkan spatula pada bekas pengukus tu, so tak panas saya nak pegang.Ini dia lebihan air yang ada arsenik dan kanji. Boleh buang atau letak balik pada tanah sebab asalnya pun dari tanah kan.
Dengan cara masak macam ini juga, kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).
Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat satu je pun, cukup syukur dah kan. Kadang-kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Takpe, basuh je sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.
Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, InsyaAllah.