
Tak kisahlah apa adat, agama dan bangsa seseorang itu, jika dia mempunyai adab dan sopan, sudah tentu akan menjadi buah mulut orang lain. Bila sebut orang jawa pula, ramai orang akan sebut kerajinan mereka. Oleh itu, siapa bakal dapat orang jawa, ini tips untuk mereka kenal style mereka.
Siapa orang jawa?
TIPS RAYA, KAHWIN & KENAL DENGAN ORANG JAWA
Paling best nak kenal orang Jawa adalah masa raya ini Sebab orang Jawa memang raya sungguh-sungguh. Nampak budaya Jawa masa inilah!
Raya style orang Jawa , boleh kata raya selama sebulan. Boleh kata semua kaum kerabat dan jiran-jiran akan cuba diziarahi, walau jauh akan cuba diusahakan untuk sampai. Selalunya satu keluarga ramai-ramai datang!
Ruang tamu untuk hari raya dibahagikan kepada 2-3-4 bahagian. Kira macam mini open house. Orang Jawa sangat menjaga tetamu. Kalau boleh bawa bekalan makanan untuk tetamu bawa pulang.
Orang Jawa bila minta maaf, akan duduk bersimpuh, genggaman tangan dierat lembut, mata pandang antara satu sama lain dan proses ini paling cepat 3 minit. Boleh jadi 10 minit dan boleh jadi akan menangis.
Orang Jawa sangat menjaga hubungan keluarga. Family come first. You get mess dengan orang Jawa, satu family boleh tahu.
Luhur budi orang Jawa, boleh buat orang cair ?
Kredit: Nur Najihah Muhaimin
5 Tanda Anda Dan Pasangan Lebih Matang Mengenai Hubungan

Kestabilan hubungan boleh dinilai dengan pelbagai cara. Oleh itu, adalah masa nya anda dan pasangan lari dari semua sifat dulu dan bersikap lebih matang. Untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga anda juga perlu menitik beratkan sikap bertolak ansur. Tujuh tanda ini mungkin ada kena mengena sedikit dengan anda dan pasangan.
1. Tidak merajuk setiap kali gaduh
Mungkin dulu anda akan rasa perasaan ini. Setiap kali anda dan pasangan anda bergaduh pasti anda akan merajuk atau tidak bercakap dengannya walaupun hanyalah benda kecil. Namun sekarang anda tidak berbuat seperti dulu. Anda kini lebih matang dan lebih menyelesaikan masalah secepat mungkin.
2. Tidak mesej/telefon sepanjang masa
Selepas beberapa masa berlalu, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya. Anda juga sudah memberi kepercayaan terhadap pasangan anda.
3. Anda akan nampak kelebihan dan kekurangan satu sama lain
Cinta ini memang macam magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun jadi kelabu. Tapi apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini. Yang dulu selalunya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma makin mengenali baik buruk pasangan.
4. Anda berdua faham antara satu sama lain
Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stress, apabila pasangan rasa nak makan tapi tak tahu nak order apa. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh baca satu sama lain.
5. It’s okay to agree to disagree
Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua okay dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh pun selepas berbincang.
Awal Kahwin, Tak Semuanya Suami Mampu Sediakan. Isteri Yang Sanggup Stay Memang Terbaik!

Berkahwin..bunyinya indah dan seronok. Dari zaman bercinta hingga nak kahwin tu memang indah. Tapi zaman berkahwin itu tak seindah yang diimpikan. Jika tiada ilmu, tiada iman, tidak ikut syariat. Itu yang kadang-kadang boleh jadi kes gurauan talak tiga. Rumahtangga boleh bergoyang walaupun 10 tahun bercinta. Lelaki ini kongsi, perkahwinan ni ada fasanya, apa pon jangan cepat melatah.
Perkahwinan ni ada fasanya…
Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga…masa ni, kita baru nak kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu…apa yang dia suka, apa yang dia tak suka…cara dia, tabiat dia…masa ni jugak, kewangan kita “cukup2 makan”…
Tak ramai lelaki yang mampu sediakan serba serbi masa mula-mula kahwin…
Kalau kena menyewa dulu, maka sewa la dulu…kalau kena naik motor dulu, maka naik la moto dulu…isteri kena faham, suami yang dikahwini tu bukan datang dari anak orang kaya…anak orang biasa-biasa yang kerja biasa-biasa ja, yang tengah merangkak untuk bina kehidupan dia…
Dan suami pulak, walaupun tengah tak stabil, walaupun tengah merangkak-rangkak, kena cuba jugak untuk tunaikan apa yang sepatutnya seorang suami tunaikan…jangan lari dari tanggungjawab yang utama tu…fahamkan isteri tentang kemampuan kita, setakat mana yang kita boleh bagi dan sediakan untuk dia…
Kalau masing-masing boleh lepas fasa ni, kenal perangai masing-masing dengan baik, boleh sesuaikan diri dan kehidupan dengan kemampuan yang ada tu, insyaAllah rumahtangga tu boleh pergi jauh selagi masing-masing masih ada untuk satu sama lain di saat mereka memerlukan, masing-masing masih tak berubah hati, nawaitu masih sama dan masih sedar dengan diri sendiri…
Ada yang tak lepas fasa ni sebab tak boleh susah sama-sama, ada suami yang tak sediakan apa yang sepatutnya disediakan, ada yang masih terbawa-bawa cara hidup bujang dia dalam rumahtangga, ada yang asyik bergaduh disebabkan masalah kewangan dan perangai pasangan…jangan kata tak ada, ada…sebab banyak yang bercerai setahun dua selepas mendirikan rumahtangga…
Apa pun, dalam kehidupan rumahtangga ni tak boleh cepat melatah…apa yg kita dengar, kena nilaikan dulu baik-baik…apa yang disampaikan kpd kita, tak semestinya semuanya betul…elakkan bergaduh akan hal yang remeh temeh, dan bila pasangan tegur, nasihat, cuba utk dengar dan terima…
Then berubah ke arah yg lebih baik lagi untuk hubungan kita tu…
Fizo Omar Dapat Durian Runtuh! Tumpang Rezeki Anak Ketiga Yang Bakal Lahir

Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai mengakui begitu teruja dengan kehadiran cahaya mata ketiga mereka yang dijangka hujung Mei depan. Pasangan ini amat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Lebih manis Fizo juga turut diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz baru-baru ini.
Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsian perkahwinan pertamanya. Anak ketiga yang bakal lahir ini juga perempuan. Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar mengumumkan isterinya kini hamil lapan bulan.
“Ini semua rezeki anak termasuk yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.
“Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian,” kata Fizo.
MULANYA RAGU-RAGU TERIMA TAWARAN
Mengenai tawaran dan lantikan sebagai duta jenama itu, Fizo awalnya ragu-ragu menerimanya.
“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula. Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah.
“Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.
“Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu. Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.
“Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” kata Fizo.
KELAHIRAN ANAK KETIGA JADI PELENGKAP RUMAH TANGGA
Mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, Fizo hanya mampu bersyukur.
“Alhamdulilah, sekali lagi Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga seorang lagi puteri. Kehadiran bakal puteri ini akan melengkapi hidup kami,” kata Fizo sambil memberitahu isterinya bakal melahirkan anak mereka hujung Mei ini.
Pengumuman jantina anak ketiga Fizo itu diumumkan secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, di sini, 11 Mac lalu.
Malah serentak dengan itu, pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil berbangga meraikan 150 usahawan pada malam itu yang berjaya membuat jualan tertinggi tahun lalu.
Antara hadiah yang diserahkan kepada kumpulan usahawan itu ialah kereta Toyota Alphard berwarna putih sebagai ganjaran utama kepada ‘top seller’, pakej umrah, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.
Menurut, Ahmad Zulkifli, pemilihan Fizo dan kerabat keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluarannya.
“Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anak sekali gus menyemai kasih sayang bersama.
“Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini,” kata Ahmad Zulkifli.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi ini mula berada di pasaran sejak tahun 2017.
Malah hingga kini, jenama itu sudah mempunyai lebih 10,000 ejen.
“Kami bangga melihat kebangkitan ejen yang menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup. Dari awal bertapak hingga awal tahun ini, sudah 10,000 rakyat yang rata-ratanya wanita berjaya membuat jualan atas talian di rumah saja.
“Kebanyakan daripada mereka berjaya mengubah status hidup dan meraih pendapatan tetap walaupun bergelar suri rumah. Pada acara berlangsung tempoh hari, Naemah Mohamad Mohd Fadzil menjadi top seller 2022 dan dihadiahkan Toyota Alphard.
“Tahun lalu saja dia berjaya membuat jualan lebih daripada RM4 Juta, mampu menyelia lebih 3000 pasukan ejen di bawahnya dan membuka sebuah cawangan Mamz di Butterworth, Pulau Pinang,” tambah Mahirah pula.
Dua produk yang laku keras ialah Mamz Oil dan Mamz Baby Cream.
“Mamz Oil berfungsi untuk merawat kahak dan selesema bayi, melegakan batuk dan merawat asma dan resdung.
“Mamz Baby Cream pula untuk mengelakkan ekzema, mencegah kembung perut, membantu anak tidur lebih lena, selain melembapkan kulit bayi,” kata Mahirah.
Mengenai sasaran tahun 2023, syarikat ini mensasarkan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan membantu lebih ramai suri rumah menjadi usahawan atas talian dan seterusnya membantu menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing.
Latihan intensif bakal diberikan dan cara menjana jualan akan diajar sepenuhnya buat usahawan baru.
“Tak ketinggalan, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway,” kata Mahirah.
Majlis turut dihadiri Personaliti Perniagaan yang terkenal seperti Sifu Jamal (Pengasas SifuBad Sdn Bhd), Datuk Faridah Hanim, (Pengasas Annems Leadership Solution ) dan Tuan Hanif Azmi (Personaliti Latihan Keusahawanan).