Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
Ads
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
Ads
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
Ads
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nabi Sulaiman adalah seorang Nabi yang dianugerahi kekayaan berlimpah. Selain kayanya Nabi Sulaiman, dia bahkan dijuluki sebagai Raja segala mahluk. Kerajaan Nabi Sulaiman sangatlah besar. Istananya pun megah, berlapis emas dan permata. Selain diberikan anugerah kekayaan, Nabi Sulaiman juga diberi mukjizat iaitu ia dapat mengerti bahasa haiwan dan dapat berbicara pada jin, serta dapat menundukan keduanya.
Doa Nabi Sulaiman
Semua yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman semasa hidupnya tentu tak lepas dari kuasa Allah SWT. Doa-doa yang dipanjatkan nabi sulaiman telah dikabulkan dan diijabah oleh Allah sehingga beliau dapat memiliki semua yang diingininya. Jadi, pada masa sekarang banyak orang yang ingin kembali mengamalkan doa-doa nabi Sulaiman tersebut dengan bermacam tujuan, misalnya untuk mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan orang sakit, atau untuk menundukan haiwan buas.
.
1. Doa Nabi Sulaiman untuk Kekayaan
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika Anda saat ini sedang mengalami kesulitan ekonomi, atau berharap agar kewangan anda lebih baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang tercantum dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.
Ertinya : Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
Doa tersebut dapat diamalkan setiap kali anda selesai menunaikan solat fardu. Namun, akan lebih baik lagi bila anda aktif menunaikan solat Dhuha dan membacakan doa Nabi Sulaiman tersebut setiap hari.
Akan tetapi, semua doa tersebut harus diiringi dengan ikhtiar, usaha, dan kerja keras anda kerana tidak mungkin kekayaan jatuh dari langit tanpa anda mengusahakannya sendiri. Doa adalah sekadar munajat yang dapat melancarkan datangnya rezeki.
2. Doa Nabi Sulaiman untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin
Seperti yang terangkum dalam sejarah kehidupannya di Al-Qur’an, Nabi Sulaiman semasa hidupnya dibekali dengan mukjizat dapat berbicara dan mengerti bahasa haiwan dan jin. Mukjizat nabi Sulaiman tersebut sangat bermanfaat bagi kemudahan syiar dan dakwahnya.
Dengan mukjizat itu, semua haiwan serta semua jin yang ada di muka bumi tunduk akan perintah beliau.
Jadi, bila anda ingin memiliki sedikit karomah dari mukjizat Nabi Sulaiman tersebut, amalkanlah doa berikut ini seperti yang tercantum dalam QS An-Naml ayat 30 dan 31:
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Bahwa janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.
Doa di atas dapat dibacakan untuk mengubati orang yang kesakitan. Bacakan doa pengusir jin tersebut di telinga kanan orang yang sakit seraya menekan ibu jari kaki kanan dan kirinya, insya Allah jin yang menggangu dan merasuk tubuh orang tersebut akan keluar dengan sendirinya. Doa ini sudah banyak dibuktikan dan terbukti makbul.
Oleh kerana itu, hafalkanlah agar bila suatu saat diperlukan Anda boleh langsung menggunakannya.
Selain untuk mengusir jin, doa Nabi sulaiman di atas juga dapat digunakan untuk menjinakan binatang. Semisal anda bertemu ular liar atau binatang buas lainnya sehingga anda berada dalam bahaya, bacalah doa di atas seraya berpasrah diri kepada Allah. Insya Allah, haiwan liar tersebut akan pergi dan tidak mengganggu anda lagi.
.
3. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur
Kekayaan, mukjizat, dan kekuasaan yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya. Beliau justeru selalu memohon kepada Allah agar boleh selalu menjaga amanat dan kodratnya sebagai mahluk. Beliau selalu bersyukur dan meminta agar dia tergolong orang-orang yang pandai bersyukur.
Dan justeru kerana itulah Allah kemudian malah menambah nikmat-nikmat kepadanya. Sebagai seorang muslim, ada baiknya kita meniru sikap Nabi Sulaiman dalam menyikapi nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kerana, semakin kita bersyukur, maka Allah akan semakin menambah kenikmatan dalam kehidupan kita. Bacalah doa nabi Sulaiman untuk bersyukur berikut ini sebagaimana terdapat dalam QS An-Naml ayat 19.
Ertinya : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.
Jadi, demikianlah beberapa doa Nabi Sulaiman yang dapat kami sampaikan di kesempatan kali ini. Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut secara ikhlas dan berserah diri, apa yang menjadi keinginan anda dapat dikabulkan oleh Allah SWT. Amin Allohumma Amin.
sumber : kataustaz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung siapa yang pandai ‘sayang’ duit. Betul kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpanan yang dibuat sejak awal sangat membantu di kala ekonomi sedang ‘sakit’ kini. Mujur pihak kerajaan memperkenalkan moratorium. Walaupun hanya penangguhan bayaran balik pinjaman tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat.
Tapi pelik juga bila sejak PKP Mac lalu ramai yang tukar kereta baru, ubahsuai rumah, beli barang-barang berjenama. Andai mereka memilih untuk membelanjakan wang moratorium itu dengan pembelian yang membazirkan, lebih baik cepat-cepat sedar kerana ini bukan masanya untuk tayang kehebatan harta benda.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management di CIMB, Puan Munirah Khairuddin berkongsi ilmu kewangan yang patut kita semua ambil berat.
“Saya amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Pada saya, menyimpan dan melabur sama penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana kita dilanda pandemik.”
SIMPANAN:
mengenepikan wang yang dimiliki untuk perbelanjaan seharian kecemasan atau bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Maksudnya, wang ini boleh kita pakai atau guna serta merta. Simpanan ini tidak ada sebarang risiko kerana nilainya tidak bertambah.
PELABURAN:
Memperuntukkan wang di mana nilainya akan meningkat dalam satu jangka masa ditetapkan; khususnya untuk MASA HADAPAN. Contohnya, pembelian aset seperti saham, bon, dana unit amanah atau mutual fund, dan hartanah atau property.
“Sekiranya seseorang itu masih mempunyai pendapatan tetap dan stabil, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kecemasan, serta mempunyai lebihan wang, maka saya syorkan agar mereka melabur dalam dana unit amanah.
Ini kerana melabur dalam situasi kita dilanda pandemik ini tidak akan memberikan kesan negatif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai potensi pulangan atau penambahan nilai kepada wang kita pada masa hadapan.
Menurut Puan Munirah lagi, sebaik-baiknya duit moratorium digunakan untuk menambahkan lagi simpanan dan menggunakan peluang ini untuk pelaburan. Ini kerana apabila berakhirnya moratorium, pulangan dari simpanan atau pelaburan jangka masa panjang dapat digunakan untuk tujuan menampung segala kekurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mana yang perlu didahulukan? Bergantung pada hubungan jenis apa yang anda mahu. Jika anda inginkan bersama seseorang tapi masih mahu berkawan dan anda rasa kawan itu sangat penting, lebih baik teruskan berkawan dan jangan berhubungan dengan sesiapa. Kerana tindakan itu mungkin akan menyeksa orang yang sudah pilih untuk bersama dengan diri anda. Tidak baik jika menganiayai pasangan hidup anda.
Ya, kawan itu penting cuma harus tahu, yang nantinya akan hidup sebantal, serumah ialah pasangan sehidup semati anda. Jadi jika anda dahulukan rakan daripada pasangan, anda sangat kejam orangnya. Dalam perhubungan sifat bertolak ansur harus ada dalam perhubungan agar ia tidak terlalu skema dan terhad dalam batas pergaulan. Alasan kawan-kawan lebih kelakar berbanding pasangan. Ini bukanlah alasan yang bagus dan boleh diterima pakai, kerana alasan ini adalah alasan untuk menyedapkan hati sendiri.
Harusnya anda perlu ingat pasangan anda inilah yang akan menjaga ada sehingga akhir hayat. Percayalah di saat jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangun sendiri, pasanganlah yang akan menghulurkan tangan dan akan sentiasa berada disisi anda. Di mana rakan? Ada, hanya mampu menziarah dan memberikan kata-kata semangat yang mungkin telah biasa didengar- ‘bersabarlah ye’, ‘ada hikmahnya’ dan sebagainya. Di mana gelak tawa yang dahulunya menjadi satu keagungan dalam berkawan?
Pasangan bercerai kerana tidak faham zon tanggungjawab masing-masing, sebagai suami atau isteri. Mereka berpisah kerana wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing, sedangkan kos hidup semakin meningkat.Kebahagiaan yang mereka angan-angankan ketika bertunang dan bercengkerama dengan gambaran rumah yang selesa, pakaian bergaya, kereta, makan enak di restoran dan melancong, tidak menjelma menjadi realiti setelah berkahwin.
Terdapat orang yang bercerai kerana tiada kemahiran seks dalam membelai pasangan masing-masing hingga saat-saat yang dijangkakan menyeronokkan muncul sebagai detik-detik yang membosankan dan menyakitkan. Akhlak yang tidak baik seperti pengotor, berbohong, balik lewat malam, mengutamakan kawan lebih daripada pasangan juga menyebabkan perceraian.
Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya seperti siang dan malam. Begitulah juga manusia, perkahwinan menemukan pasangan untuk bersama mengharungi segala suka duka kehidupan.
Perkahwinan juga bertujuan memperluaskan hubungan kekeluargaan antara keluarga lelaki dan perempuan dan mengembangkan zuriat keturunan yang soleh. Pilihlah pasangan anda dengan sebaik mungkin sebelum membuat sesuatu keputusan yang mungkin tidak dapat ditarik balik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!