
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
- Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Ingatlah, institusi kekeluargaan itu bukan hanya datangnya dari usaha sebelah pihak. Baik suami atau isteri, masing-masing kena mainkan peranan penting dalam untuk menjadikan kelaurga bahagia ke akhir hayat.
Bila Berani ‘Kentut’ Depan Pasangan Itu Bermakna Anda Memang Terima Mereka Seadanya

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah menyatakan pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami. Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit.
Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku. Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.
6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik:
1.Isteri salam dan cium tangan suami.
Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan. Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat.
2.Tidur bawah ketiak suami.
Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”. Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi.
3.Mandi bersama?
Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami. Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
4.Tak perlu tahan kentut depan pasangan
Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini. Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan. Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
5.Suami peluk cium pipi isteri
Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga. Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
6.Solat jemaah bersama
Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.
Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.
Kredit : Mohd Fhais
Tiada Isteri Sanggup Dimadukan, Memang Makan Dalam

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).
Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.
Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.
Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Kenapa isteri menolak poligami?
.
1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.
2. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.
3. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.
4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.
5. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.
.
6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.
7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.
8. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.
9. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.
10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.
Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.
Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.
Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.
Kesimpulannya
Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.
Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.
Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.
Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.
Kalau Tak Kuat Jalani Hubungan Jarak Jauh, Cuba Baca Ni!

Sering kali kita dengar tentang cinta dalam hubungan jarak jauh tidak berkekalan kerana banyak faktor-faktor yang menyebabkan ianya terputus. Siapa yang mahu menderita kerinduan apabila berjauhan dengan orang yang kita sayang?
Pastinya hanya mereka yang kuat saja boleh melaluinya dengan penuh sabar, apatah lagi yang sudah berkahwin yang terpaksa berjauhan atas sebab kerja.
Baca juga Tip Kahwin PJJ, Ini Rupanya Cara DAYAH BAKAR Gembirakan Hati Tanpa Suami Disisi. – Pesona Pengantin
Namun, kebanyakan percintaan atau perhubungan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga.
Berikut 10 Tips mengekalkan hubungan jarak jauh agar ianya sentiasa kekal bahagia.
1. Berdoa hubungan diredhai Allah dan kekal bahagia
Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada Allah agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.
2. Saling mempercayai cinta masing-masing
Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan. Dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu itu.
Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina. Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.
3. Setia dan jujur dengan si dia
Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single kepada kawan-kawan anda.
Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka. Apa perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan orang lain di belakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?
4. Buat dia rasa anda ada – selalu berkomunikasi
Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication atau salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda. Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi seperti; whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan bermacam-macam lagi.
Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing. Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya.
5. Luahkan perasaan anda
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi intim yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan berjumpa anda nanti. Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak besar kepada si dia dan dalam sebuah perhubungan.
6. Bertemu-janji
Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain. Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia.
Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
7. Berikan dan terima hadiah dan kejutan
Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.
Orang kata ‘Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.
8. Wujudkan persefahaman dan tolak ansur
Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja atau ada kelas.
Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi jadual kerja atau kelas dengan si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun sebaliknya.
9. Jangan mengongkong
Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar. Walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.
Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.
10. Jangan cemburu buta
Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat ‘detect’ kerana anda mengenali si dia kan?
Percintaan jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta lagi. Semaikanlah cinta anda dengan baja kasih sayang, percayai satu sama lain dan bertolak ansur. Insyallah cinta anda akan berkembang dengan mekar di dalam hati walaupun masing-masing jauh di mata.
SUMBER : daku-amat.blogspot.com
TWEET : CINTA JARAK JAUH