Siapa kata sarapan pagi dan makan malam boleh membuatkan anda gemuk? Hakikatnya, makan tiga kali sehari penting bagi memastikan anda sihat. Malah jika anda ingin kurus, jangan sesekali mengabaikan pengambilan sarapan pagi dan makan malam terutamanya ketika anda dalam proses diet.
Kesalahan besar bagi orang yang berdiet adalah tidak mengambil sarapan pagi kononnya takut berat badan naik mendadak. Hakikatnya sarapan pagi membuatkan berat badan anda lebih mudah dikawal. Orang yang suka bersarapan cenderung memiliki berat badan yang lebih terkawal berbanding orang yang tidak suka bersarapan pagi.
SARAPAN PAGI HINDARI PERUT LAPAR
Kenapa begitu? Menurut satu teori, sarapan yang sihat dapat mengurangkan rasa lapar sepanjang hari dan membantu anda memilih menu makanan lain yang sihat di waktu makan tengah hari. Jika tidak bersarapan, anda pasti akan kelaparan dan hasilnya, anda akan makan lebih banyak ketika waktu tengah hari dan malam.
Ads
Tidak hanya mampu mengendalikan berat badan, sarapan pagi yang sihat juga berupaya memberikan kita tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Malah sarapan pagi juga mampu meningkatkan konsentrasi dan gerak kerja anda, menjaga daya tahan tubuh malah membantu menurunkan kadar kolesterol.
Apa yang perlu dijaga, sarapan pagi jangan asal ditelan. Menurut sebahagian besar penelitian, sarapan sihat terdiri daripada protein dan/atau biji-bijian penting yang mampu menyumbang terhadap penurunan berat badan. Bukan sarapan dengan menu yang sarat dengan lemak dan kalori.
Dengan menu sarapan pagi yang kaya dengan protein dan serat tersebut, anda akan berasa kenyang lebih lama dan nafsu makan akan mudah terkawal sepanjang hari. Jangan lupa sertakan juga buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin serta mineral.
Ads
MAKAN MALAM BUKANLAH LARANGAN
Selain tidak ingin bersarapan pagi, banyak juga orang enggan mengambil makan malam alasannya agar berat badan tidak bertambah atau bergerak jauh ke kanan. Padahal makan malam itu tidak dilarang, asalkan ukuran atau jumlahnya sahaja yang dikurangkan. Yang disarankan untuk anda hindari ialah makan lagi setelah makan malam. Dua hal tersebutlah yang menjadi faktor penggalak berat badan naik berkilo-kilo.
Jika anda sudah makan malam tapi perut tetap berkeroncong, anda disarankan untuk mengambil minuman yang bebas kalori, selain tidak mengambil makan ringan di tengah malam. Pastikan juga anda memberus gigi sebelum tidur bagi mengelakkan anda mengambil makanan ringan selepas itu.
Ads
Sebenarnya makan tiga kali sehari; sarapan, makan tengah hari dan makan malam, menyihatkan. Bahkan menurut penelitian tahap awal, orang yang makan tiga kali sehari memiliki kadar lemak dalam darah yang lebih rendah. Yang penting ingatlah kata kuncinya, pilihlah menu makanan sihat yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, produk tenusu yang bebas lemak atau rendah lemak, daging tanpa lemak, ikan, kekacang dan telur.
Jangan lupa untuk memilih makanan yang rendah kandungan lemak jenuh, lemak trans, kolesterol, garam dan gula tambahan. Selain itu, perhatikan pula keperluan kalori harian anda sesuai dengan usia dan jantina.
Sekiranya anda mahu berat badan turun dengan cepat, ayuh, ambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang sihat. Jangan lupa bersenam!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut sahaja hantaran pasti pihak lelaki lah yang akan pening kepala dan berdebar-debar. Bukan apa, risau juga jika pihak keluarga perempuan minta lebih dari kemampuan si lelaki.
Adakalanya, pihak keluarga perempuan sengaja meletakkan nilai yang tinggi sekadar untuk menguji sejauh mana usaha dari bakal pengantin lelaki. Namun, ianya masih boleh dibawa berbincang. Perlulah ada toleransi dan sepakat antara kedua belah pihak.
Bagi pihak keluarga perempuan pula, tidak perlulah meletakkan nilai yang tinggi. Berpada-padalah dengan kemampuan pihak lelaki. Yang penting, jalankan yang wajib demi memenuhi tuntutan agama.
Pernahkah anda dengar terma hantaran serba berdiri ataupun serba satu?
Disini, kami jelaskan maksud hantaran serba berdiri dan serba satu. Supaya nanti anda tidaklah konpius dengan terma-terma ni.
1) Hantaran serba berdiri
Bermaksud hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.
Jika pihak perempuan meminta hantaran serba berdiri ni, memang semput juga pihak lelaki nak sediakan. Maklumlah, harga satu gram emas sekarang pun sudah mencecah RM198. Kalau serba berdiri, alamatnya perlu ada lebih kurang RM 30, 000 untuk memenuhi permintaan perempuan.
Tapi jika anda mampu, apa salahnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang dinikahi.
2) Hantaran serba satu
Bermaksud hantaran yang ringkas bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.
Namun, ramai pasangan yang memilih hantaran serba satu kerana ianya sesuai dengan kemampuan kedua belah pihak dan lengkap untuk kegunaan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita. Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 20 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.
Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Tidaklah susah mana, ia hanya bergantung pada diri sendiri sama ada ingin menjadi orang yang lebih matang atau tidak.
1.Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Kita tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan kita sahaja. tidak salah jika kita berada di dalam kelompok persekitaran rakan yang
berlainan level dengan kita. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
2.Merubah gaya ber SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?,makan apa?”,“awak betul-betul sayang saya?”atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak
sulung perempuan kita nanti?”,dan sebagainya.Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak
memahami maksud dan nilai CINTA…
3.Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”.Ya,betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza.Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat
kembali apa kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.Cuba perbaiki diri kita untuk menjadi sang pencinta yang baik.
4.Elakkan daripada bercinta 24 jam
Bukan kita seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab kita sendiri diabaikan. Kita bukan lagi di peringkat sekolah rendah.Tanggungjawab
meningkat selaras dengan peningkatan usia. Sesekali ambil masa untuk Whatapps si dia di waktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berWHATAPPS ye. INGAT!
5.Ubah penampilan diri
Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki, dengan memakai t-shirt round-neck yang bercorak ditambah
dengan jeans koyak di bahagian lutut, memang selesa tetapi apa salahnya jika bergaya sesekali. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah
nampak manis dan anggun.
6.Tahu yang mana serius,yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira dalam bercinta.Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang
diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam
bercinta.
7. Tambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Di sini anda lebih kelihatan cerdik dalam
percakapan, idea yang menarik dalam perbincangan bersama. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rajin pakai skrub beras, hasilnya memang berbaloi dan kesannya boleh dibezakan waktu itu juga. Kulit memang rasa lebih lembut dan cerah.
Kalau hasilnya semacam itu, rajin-rajinkanlah diri buat sendiri di rumah. Ikut cara yang dipraktikan oleh Puan Nurul Ashikin Johari yang memilih untuk membuat skrub sendiri untuk kegunaan hariannya. Senang saja!
Amal Pakai Skrub Beras
Tak perlu pergi Spa bagai kalau tahu tip cantik ini, anda boleh godek sendiri sahaja di rumah sebelum tiba hari bahagia. Jom tengok bahan dan cara nak buat.
Bahan-bahan:
Beras Pulut
Limau purut
Sedikit air
Cara membuat:
Kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat/sebati.
2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk atau bekas kecil.
3. Sapukan scrub yang siap dikisar ke tubuh anda.
Rugi tak amalkan tin guna beras ini, sekurang-kurangnya boleh buang sel kulit mati jadikan kulit lebih cerah.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...