Topokki/Tteobokki, Korean Rice Cake Versi Tekak Melayu

Share

Siapa sini suka makan Topokki/Tteobokki (Korean Rice Cake)? Ada ni ha buat sendiri tapi versi Malaysia.

Resepi Topokki



1 cawan tepung pulut + 3 sudu besar tepung gandum + secubit garam + sedikit minyak bijan + air suamCampurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.





Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.


Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.




Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.

Resepi kuah Topokki:


3 ulas bawang putih yg dicincang
Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yg dicincang sehingga bau wangi
Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar: sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi)


Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan

Selamat mencuba

KREDIT : Zurina Zulkefli

IKLAN