Hujung minggu ni mesti ada yang dah tak sabar untuk diijab kabulkan. Untuk yang masih menunggu, buatlah persiapan yang sewajarnya agar tidak kelam kabut di hari bahagia itu nanti. Paling utama, mesti anda akan memilih jurusolek yang akan membuatkan wajah anda berseri dari kebiasaannya.
View this post on Instagram
Bagaimana untuk memilih jurusolek yang sesuai?
Media sosial
Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapatkan informasi mengenai seseorang jurusolek. Hanya dengan ‘menyelongkar’ media sosial, anda sudah boleh melihat hasil kerja jurusolek yang dipilih. Anda boleh juga melihat karya mereka melalui Instagram atau Facebook. Mana jurusolek yang rajin buat live, anda boleh juga ikuti kelas mereka secara online.
Test makeup
Sebelum memilih jurusolek, sekiranya anda ada bajet lebih, bolehlah buat test makeup. Test makeup ada juga bayaran tetapi tidaklah sama harga dengan solekan pada hari sebenar majlis. Anda boleh lihat keserasian solekan itu dengan kulit anda. pendek kata, nak tengok sama ada naik seri atau tidak.
Berbincang
Pastikan jurusolek yang sudah dipilih tahu dan mengenali personaliti anda. Mereka juga perlu buat homework sebelum merias anda pada hari persandingan atau pernikahan. Berterus terang dengan demand anda. beritahu apa yang anda suka dan tidak suka. Biarlah sama-sama berpuas hati nanti.
Cerewet
Anda boleh menjadi orang yang cerewet bila tiba bab ini. Sebab, anda tentu mahukan yang terbaik di hari bahagia. Sekiranya solekan yang dikenakan tidak sesuai dengan anda, beritahu jurusolek secara terus terang. Berbincang elok-elok supaya ada penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Tapi, jika anda memilih untuk makeup sendiri, ada perkara sangat penting yang perlu anda tahu.
- Skil
Nak makeup muka sendiri pun kena ada ilmu juga. Banyakkan tonton video tutorial makeup dan praktikkan pada wajah selalu. Janganlah jadikan hari persandingan itu satu waktu yang merisikokan anda. hari ni nak kahwin, hari ni baru nak belajar makeup sendiri. Bahaya!
- Solekan yang bagus
Anda perlu mempunyai perkakasan dan produk solekan yang lengkap. Dari bedak asas, bedak debu, gincu dan pembayang mata. Bercakap mengenai produk solekan lengkap, baru-baru ini jenama Young & Glow menghasilkan palet wajah kompak pertama yang melengkapi solekan wajah anda.
Kolaborasi pertama Young & Glow bersama Ameera Khan, The Darling Palette membariskan warna-warna versatile, sesuai untuk anda yang inginkan solekan semulajadi pada hari pernikahan. Kesemua 10 warna di dalam palet ini boleh digunakan sebagai solekan mata, pemerah pipi, kontur dan sangat sempurna!
Adunan tekstur dan pigmen rumusan bahan; Silica dan Minyak Argan yang memberi manfaat pelembap, Minyak Biji Anggur yang berfungsi sebagai bahan perlindung dan Vitamin E sebagai sumber antioksidan dan mengurangkan keradangan kulit. Palet ini tidak sama sekali mengandungi alkohol, paraben dan minyak mineral.
Hanya RM89, The Darling Palette boleh menjimatkan wang, masa dan ruang untuk anda sempurnakan solekan pada hari pernikahan. Bila tengok sentuhan jurusolek Shiyo Joo pada Ameera Khan ni terus rasa nak beli!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI