Penampilan penuh gaya Farah Nabilah di majlis perkahwinan rakan baiknya, Izara Aishah mendapat perhatian para tetamu dan mata yang memandang, Dari rambut dan persalinannya cukup kena buat tubuh kecil molek ini. Sanggul labuh yang digayakannya nampak anggun dan sopan buat heroin Titian Cinta ini.

Kredit Foto : IG shahrizanshafie

Untuk meraikan hari perkahwinan anda dengan penuh kejutan. Cubalah ubah gaya dandanan demi menerbitkan satu kenangan terindah. Rambut yang didandan dengan simpulan ‘messy’ seolah-olah hampir terlerai ini adalah gaya dandanan selamat dan mudah untuk mereka yang sukar menguruskan rambut.

Jennifer Lawrence

Rambut bahagian bawah dikerintingkan terlebih dahulu. Kemudian punjutkan rimbun rambut itu lalu dihimpun di sisi kepala. Subang kecil pastinya melengkapkan seri pada hari bahagia anda.

IKLAN

Carrie Underwood

Rambut belakang diikat malas. Untuk memiliki rambut bagaikan sayap lentik di sisi wajah, rambut mesti dipotong berlapis dan bertingkat lalu blow menghala ke atas.

IKLAN

Julianne Hough

Gayanya seperti sanggul separuh siap. Terurai dalma pelukan longgar separa ikatan rambut.

IKLAN

Emmy Rossum

Ia tidaklah berupa sanggul. Sekadar di angkat tinggi di belakangnya bagi membias gaya klasik beralun mewah. Pastikan rambut di bahagian atas dibelah tepat dan rapi.

INI YANG PERLU KORANG TAHU !

Dibelengu rambut kusut dan sukar didandan? Ini tip tangani masalahmu ini.

  • Bersihkan mahkotamu dengan shampoo yang sesuai. Gunakan krim perapi bagi mengganti lembapan yang hilang. Hasilnya rambut lebih kemas dan tidak kusut.
  • Apa kata rajin-rajinkan dirimu ke salun enam bulan sekali. Rambut juga memerlukan rawatan khas . Potongan baru mahupun trim memberikan imej terkini buatmu.
  • Nyenyakkan tidur dengan bantal bersarung satin. Rambut mengalami kurang geseran , teksturnya tidak rosak atau bersisik.
  • Elak menggunakan alat pemanas rambut seperti hair dyer , alat pelurus dan sebagainya. Ini akan membuatkan rambutmu mudah putus dan kering.