Apa yang suami isteri akan buat untuk membahagiakan rumahtangga? Tentulah menyayangi pasangan kan? Tapi ada perkara di luar kotak pemikiran untuk kita ambil tahu. Hal kebersihan dalam rumah pun kena ambil kira untuk elak rumahtangga kacau bilau!
Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang & sisa sisa makanan dibuang.
Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok2 dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.
Sebab? ‘Ramai’ sangat terliur tengok sisa makanan tu…
Buat isteri, basuh pinggan mangkuk periuk belanga sebelum tidur. Jangan biar sinki penuh pinggan sampai esok.
Baki makanan pada pinggan mangkuk tu mudah menjemput ‘dia’. Sebab tu mak mak kita dahulu pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.
Buat anak anak perempuan & wanita… tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau… ‘dia’ suka meratah barang kita…
Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya banyak berkait rapat dengan life kita.
Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak2… Elakkan sebelum terlambat
Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh.
Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci. Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.
Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas k0tor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”
Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Puan Tya Mohamad mengenai perkara ini. Berikut antara perkongsian beliau;
Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu…masa zaman sekolah lagi..
Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon..
Tapi, tetiba ada yang reminder semula..
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah.
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Ruginya selama ni tak buat sungguh2..
Bukan tak basuh pinggan,
Cuma ikut mood… bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang x basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh…
Allah, tu la ambil ringan je..
Bila dah tahu,
Rasa terpukul betul.
Rasa nak putar semula masa.
Macam2 rasa ada.
Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu…aku xsengaja…
Nabi suruh pasti bersebab.
Pasti hikmahnya besar.
Lepas dah tahu,
Sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas2 makan tu, basuh juga.
Rupanya betul..
Bila dah settle kerja ni,
Lapang dada rasa.
Nak bergolek pon tak bersalah.
Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai.
Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.
Pada satu sudut lain,
Jin pon tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita.
Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang2 kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu.
Ampuni daku andai terculas lagi..
Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.
Kredit to owner
Sumber: Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan ramai lelaki sukakan wanita yang bertubuh langsing berbanding wanita dengan tubuh berisi. Mungkin juga kerana mereka dipengaruhi oleh penampilan model-model wanita yang sering tampil dengan tubuh ‘kurus sekeping’ di pentas fesyen.
Pernah tertanya-tanya mengapa lelaki sukakan wanita yang bertubuh kurus. Alasan mereka, wanita yang bertubuh kurus dan langsing nampak lebih seksi dan menawan. Seorang wanita yang kurus mempunyai bentuk dan ukuran badan berbentuk (curve) atau lebih tepat seperti jam pasir.
Mungkin ketika masih anak dara bentuk tubuh sebegini bukan masalah bagi ramai wanita. Walau bagaimanapun apabila sudah beranak pinak untuk mengekalkan bentuk tubuh sempurna sebegini bukanlah semudah A – Z. Jadi tidak wajarlah kiranya kaum lelaki meletakkan syarat agar wanita ‘wajib’ kekal langsing selepas berkahwin/bersalin.
Boleh sahaja jika suami ingin isteri kekal kurus dan langsing selepas berkahwin/ bersalin tetapi kenalah dengan caranya.
Sediakan Bajet Untuk Isteri
Tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Kalau mahukan isteri kekal kurus dan langsing, suami kenalah keluarkan duit belanja sikit. Janganlah kedekut. Seperti juga kereta, tentunya perlu diservis agar selalu ‘tip-top’. Begitu juga dengan isteri anda. Sediakan bajet setiap bulan agar isteri berpeluang mendapatkan rawatan pelangsingan di pusat-pusat pelangsingan. Bukan senang hendak kekalkan bentuk tubuh yang langsing. Perlu ada modal.
Daftar Keahlian Di Gimanasium
Buat kejutan dengan mendaftarkan isteri sebagai ahli di gimnasium. Dengan cara ini isteri anda dapat bersenam dengan selesa. Boleh juga hadiahkan isteri dengan mendaftarkan isteri anda untuk mengikuti kelas Zumba. Kalau hendak tahu, Zumba bukan hanya dapat membantu isteri untuk kekal langsing tetapi juga dapat menambah kekuatan stamina tubuh.
Korbankan Masa Untuk Menjaga Anak-anak
Luangkan masa untuk menjaga anak-anak ketika isteri keluar beriadah. Ringan-ringankan tulang untuk membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, melipat kain dan sebagainya. Dengan cara ini, anda dapat meringankan beban isteri dan secara tidak langsung isteri pun rasa gembira dan senang hati.
Bagi Sokongan Moral
Agar isteri mencapai matlamat untuk kekal kurus dan langsing, jangan lupa untuk memberikan sokongan moral kepada isteri. Sokongan daripada pihak suami amat penting bagi memastikan isteri anda terus bersemangat dan tidak mudah berputus asas.
Sediakan Menu Sihat Untuk Isteri
Sesekali sediakan makanan untuk isteri. Jika tidak mahir memasak, apa salahnya anda belikan sajian makanan sihat untuk dinikmati oleh isteri. Dengan cara ini anda dapat menggalakkan isteri makan menu yang sihat bagi menambah nilai usahanya untuk mengawal/menurunkan berat badan.
Suami Pun Mesti Jaga Badan
Kalau hendak isteri kurus dan langsing, suami pun kenalah jaga berat badan. Jangan hanya isteri sahaja ‘digesa’ untuk menjaga penampilan diri. Kenalah seimbang, baharulah adil. Untuk para suami, jika anda mahu lihat isteri sentiasa kekal kurus dan langsing, para isteri pun tentu mahu lihat suaminya kurus dan sado atau sekurang-kurangnya tidak boroi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan risau bila suami tiba-tiba nak makan masakan dari air tangan isteri. Resipi yang dikongsikan ini sangat mudah sahaja. Dahlah senang, sedap pula tu. Cuma kena jaga garam je. Bahan-bahan pun ada yang anda boleh dapatkan secara online DI SINI. Try ok!
Jom Cuba Masak Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
2, Daun kari 10 helai
Cili padi 5 ( cincang )
4. Bawang putih 3 ulas ( cincang )
5. Susu cair 1 atau 2 cawan
6. Tepung jagung letak sikit then kacau tengok pada kepekatan kuah
7. Serbuk kunyit secubit
8. Udang/sotong
Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga masak.
Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Kredit : ASH (Foodhunter)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila menonton filem-filem Amerika, pasti mata terpersona dengan penampilan kafe gaya Amerika yang menyajikan pelbagai hidangan berupa burger dan milkshakes yang popular di Amerika. Tak perlu pergi sehingga ke Amerika untuk mencuba hidangan ini.
Salah satu cawangan di SoHo. Amerika Syarikat.
Restoran yang telah memenangi beberapa anugerah serta berpangkalan di New York, Black Tap Craft Burgers & Shakes bakal membuka cawangannya tidak lama ialgi. Ia sekaligus bakal menjadi pilihan untuk si penggemar hidangan burger menikmati keenakannya.
Black Tap New York mendapat sentuhan klasik yang elegan dan menawan.
Sunway Resort di Sunway City Kuala Lumpur melalui usahasama dengan Black Tap Craft Burgers & Shakes bakal memberi pengalaman makan tengah hari ala Amerika yang hebat dengan menikmati classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan usahasama pertamanya ke Malaysia menjelang akhir tahun 2022.
Untuk rekod, restoran yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Chris Barish dan Julie Mulligan ini telah mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Sejak pembukaannya pada tahun 2015, ia telah menerima pelbagai pengiktirafan antaranya termasuklah People’s Choice Award (2015-2017) dan Judges Choice Award (2020 dan 2021), Sehingga kini, Black Tap kini dibuka di beberapa lokasi ikonik sekitar Amerika Syarikat termasuk di The Venetian Resort Las Vegas, Downtown Disney District di Disneyland Resort di Anaheim, CA.
Manakala di peringkat antarabangsa pula, oa telah bertapak di Bahrain, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.
“Kami amat teruja dengan kerjasama ini. Black Tap membawakan inspirasi New York dalam suasana restoran bermula dari elemen mural seni jalanan kepada pop 80-an dan 90-an hip-hop.
Menurut Barish lagi, mereka sudah tidak sabar dan teruja memperkenalkan burger istimewa yang pernah memenangi anugerah seperti Greg Norman agar ia dapat dikongsi oleh rakyat Malaysia yang sememangnya amat menggemari hidangan ala Amerika ini.
Memetik Pengurus Besar Kanan Sunway City Kuala Lumpur Hotels, Alex Castaldi berkata, “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Black Tap untuk sama-sama ‘berdiri’ sebaris dengan restoran terkemuka kami di Sunway Resort. Kami percaya, classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes bakal digemari semua lapisan masyarakat.”
Pengumuman Black Tap Malaysia adalah sejajar dengan transformasi ‘once-in-a-generation’ Sunway Resort seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi bersepadu terkemuka di Asia. Black Tap Malaysia ini akan terletak bersebelahan dengan jalan utama di aras lobi hotel.
Bila ia dibuka nanti, bolehlah bawa isteri anda menikmati hidangan di sini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!