Hidup bersama sehingga ke hari tua, ada turun naiknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam berumahtangga, ada sahaja yang tidak kena. Tapi toleransi yang menjadikan keduanya kekal sehingga kini. Gembira melihat kebahagian yang dizahirkan, inilah lebihnya dua tokoh dikagumi di negara, hebat dalam membina negara, hebat juga dalam bahtera rumah tangga. Ikuti perkongsian dari Avana Fatni Syukur tentang tujuh rezeki Tun Hasmah dan Tun Mahathir yang boleh kita jadikan sebagai ikutan dalam membentuk sebuah keluarga sakinah.

Tujuh Rezeki Dan Punca Kebahagiaan Tun Hasmah Dan Tun Mahathir

1.UMUR DAN PELUANG BERIBADAH
Rezeki mereka Allah bagi umur panjang, 95tahun dan 94tahun. Panjang umur, panjang peluang beribadah sungguh bertuah. Umur itu rezeki Allah swt, tanpa redha Allah, tidak dipanjang umur seseorang bukan.

2.PERKAHWINAN
Rezeki mereka boleh melayari bahtera perkahwinan selama 64 tahun. Ada diantara kita, kahwin 2-3tahun sudah berpisah. Seperti ibubapa sy, 11tahun shja, papa sudah meninggal. Ada suami dan isteri, buatlah sebaik mungkin, pasangan kita adalah ladang pahala kita. Bersabar dan berusaha bersungguh2 utk psgan, adlh bentuk sedekah yg plg besar dlm rumahtangga. 64tahun tun berdua jd suami isteri, sungguh byk peluang mengejar pahala. Allahuakbar.Usia perkahwinan itu pun rezeki Allah swt.

3.SUAMI SETIA
Rezeki tun hasmah, tun mahathir setia dlm perkahwinan, sepanjang sy hidup ini 30+/- ni saya belum jumpa gosip rumahtangga tun berdua. Rezeki juga ada suami hi profile, PM 3X tetapi sgt setia pd isterinya yg satu. Jarang vvip skrg begini, kita tahu kan ramai hi profile people diduga dengan ujian kesetiaan. Rezeki Tun berdua, kesetiaan dlm rumahtangga. Setia itu pun rezeki Allah swt.

IKLAN

4.ISTERI SETIA
Rezeki Tun M, ada isteri yg pintar cerdik solehah yg setia dan tetap bersama pahit manis kehidupan. Dua2 sgt dominan sumbangannya kpd Malaysia, eh bukan biasa2 jika suami isteri dianugerahkan TUN, darjat tertinggi di Malaysia utk org bukan keranat. Ya, ingat lg kan dulu2 Tun M kan pernah dijatuhkan dll, bukan semua isteri boleh bertahan dgn sikap dan dugaan suami berikan. Tun M sgt bertuah ada isteri sangat sabar dan memahami TunM. Tun Hasmah sgt menyokong dan mempercayai suaminya, itu yg kita muda mudi ini kena ikut. Rezeki ada isteri pintar,cantik,solehah,setia dan taat, itu Rezeki Allah swt.

5.ANAK CUCU
Rezeki mereka dapat tengok anak2 membesar dengan jaya, ada cucu, cicit. Itu rezeki juga. Ada tok nenek kita, xsempat tgok cucu berjaya, cth plg dekat ayah sy xsempat tengok anak2 dia membesar n cucu2. Cucu cicit juga adalah rezeki Allah ya. Dan cucu2 dan anak2 Tun berdua perlu hargai usia pjg mereka, kerana Tun berdua masih hidup, masih ada ladang untuk berbakti kpd orang tua. Sama juga kita, selagi ada ibu atau bapa, berusaha dengan 'tamak'nya utk berbakti kpd mereka.

IKLAN

6.KARIER
Rezeki Tun M dan Tun Hasmah sampai umur 95-94thn blh lihat pembangunan jatuh naik Malaysia di bawah kepimpinan politik TunM. Allahyarham Tun Razak xsempat melihat pembangunan Malaysia, dipanggil Allah diusia pertengahan umur. Sebagai pemimpin, tidak kisah impak yg diberikan, rezeki Allah swt berikan kpd Tun M n Tun Hasmah Menyaksikan segalanya.

IKLAN

7. KESIHATAN DAN EKONOMI DIRI
Rezeki Tun M dan Tun Hasmah diusia pjg ini ekonomi stabil, penyakit tidak kronik, tidak susahkan anak2 utk menjaga mereka. Itu pun rezeki Allah swt. Ingat lg kisah orang2 daif miskin di kedah, arwah pak Aq yg ditolong oleh Ebit Liew. Diuji dgn kemiskinan dan penyakit diusia tua. Rezeki sihat dan duit ada pada usia tua mcm Tun berdua, itu rezeki Allah swt. Jangan ckp, sbb depa pernah jd PM, kayalah, tidak… Semuanya bermula dari muda, kena berusaha untuk bekal hari tua. Sama juga beribadah,bermula dr muda.
.
Banyak lagi boleh dikupas, namun cukuplah setakat 7 dr sudut mata hati saya. Sebenarnya apakah rahsia mereka dengan rezeki berlimpah ruah ini? Semuanya Rahsia Allah swt, yg Maha Alim mengetahui yg terbaik utk hambaNya. Kita yg muda ini, wajib melihat teladan yg BAIK2 terhadap rezeki2 Tun berdua ini. Adapun khabar buruk tentang seseorang, letak tepi, lihat dahulu kebaikan dan 'morale' yg boleh kita ikut. Saya tetap menghormati kedua2 insan ini dan tetap mengkagumi perjuangan mereka.

Selamat Hari Lahir yg ke 95 Tun M dan yg ke 94 Tun Hasmah. Semoga Allah memberkati usia pjg Tun berdua agar akhirat mendapat syurga firdausi, Allahumma aamin.

KREDIT : Avana Fatni Syukur

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI