
Sesungguhnya setiap isteri layak di hargai.
Ketika mengosok baju kemeja ni semalam saya terasa terkilan kerana selama ini saya sangat kurang benar tunjukkan penghargaan pada isteri.
Bila dah tak ada isteri di sisi baru la nampak betapa berharga nilai seorang isteri di sisi.
Itu la satu satunya jasad bernyawa yang tak punya apa apa pertalian darah tapi sanggup mengabdikan diri pada kita.
Dia la yang gosokkan baju kita. Dia la yang basuhkan baju kita. Serba serbi dia la yang uruskan, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Luar dalam kita dia la yang uruskan.
Baru sehari dah rasa begini, tak tahu apa rasanya kalau selama-lamanya tak ada. Tak tentu arah hidup rasanya.
Mana nak urus anak lagi. Nak kerja lagi. Urus rumah lagi. Pasti diri sendiri tak terurus jadinya.
Sungguh la. Setiap hari kena ucap TERIMA KASIH pada isteri atas jasa besar mereka mengabdikan diri pada kita.
Sementara masih ada bernyawa ni ucap la terima kasih sebanyak yang boleh, tunjuk la penghargaan sekerap yang termampu.
Hargailah isteri sementara sempat. Sementara masih berjodoh.
Sesungguhnya cinta sampai syurga bermula dengan menghargai jasa pasangan kita.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Sangat berterima kasih
Dari Pening Kepala Fikirkan Perbuatan Mereka, Maafkan Sahaja Pasangan Anda Yang Curang

Curang dalam perkahwinan bukan benda yang patut kita anggap “normal”. Ketidaksetiaan suami menyebabkan hati isteri terluka dan anak-anak sendiri menjadi korban. Kalau curang punca penceraian, kita selalu menyalahkan perampas suami orang.
Ini kerana isteri rasa telah dikhianati. Tapi, untuk benar-benar move on dengan kisah duka itu, para wanita yang kuat sebenarnya harus belajar untuk memaafkan.
Memaafkan bukan bermaksud melupakan peristiwa hitam tersebut, tapi memaafkan mampu mengurangkan beban dalam hati anda. Memaafkan juga bukan boleh dibuat dalam sekelip mata. Kita memerlukan waktu untuk benar-benar memaafkan suami yang curang dan perampas suami orang.
Untuk memaafkan perampas suami orang atau perosak rumah tangga, anda kena tahu 3 fakta penting yang kami ulas di bawah ini.
3 fakta tentang perampas suami orang yang wanita harus tahu
Untuk menyembuhkan diri dari pengalaman dikhianati, seperti kes suami curang, anda perlu benar-benar membuka diri untuk lebih memahami “musuh” iaitu perampas suami orang.
Dari situ, anda akan mampu memaafkan mereka dan meneruskan kehidupan anda. Memaafkan perampas suami orang bukan bererti anda “membenarkan” perbuatan curang itu berlaku.
Namun, memaafkan mampu mengurangi beban terkhianati yang anda tanggung selama ini. Jadi, ini antara 3 benda yang harus tahu
1. Perampas suami orang juga mungkin rasa bersalah
Satu perkara penting yang harus diketahui tentang peruntuh rumah tangga orang ini adalah mereka juga mungkin rasa bersalah kerana merosakkan rumah tangga orang lain.
Bahkan, mereka juga mungkin kecewa dan mengalami kemurungan. Lebih-lebih kalau dia tidak tahu sebelum ini yang lelaki itu suami orang!
Kalau mereka tahu, rasa bersalah akan menghantui perasaan mereka sepanjang “berkasih” dengan suami orang tersebut.
Perampas suami orang juga akan menyalahkan diri mereka kerana memusnahkan perkahwinan orang lain.
Tapi ada juga wanita yang tidak rasa bersalah langsung! Namun sebenarnya, walau sekejam manapun seorang wanita itu, mereka juga pasti ada sekelumit perasaan.
Mungkin dia takkan meminta maaf, tapi rasa bersalah yang dia rasa akan mengheretnya sampai bila-bila. Dia takkan pernah hidup tenang.
2. Perampas suami orang juga rasa tak terdaya kerana jatuh cinta dengan laki orang!
Perosak rumah tangga ini biasanya terlalu asyik dan “jatuh” dalam bercinta. Sebab itu, mereka akan cuba menghalalkan cara mereka bercinta, walaupun mereka tengah berkasih dengan suami orang.
Mereka percaya yang mereka tidak boleh meninggalkan lelaki itu, walaupun jika dia sudah beristeri. Mereka akan fokus pada keinginan dan keperluan mereka sendiri.
Mereka tidak fikir yang perbuatan mereka akan menyakitkan hati orang lain.
Dan para isteri yang dicurangi suami harus pegang benda ini: curang dalam perkahwinan bukanlah salah anda. Ia salah suami dan perosak rumah tangga yang telah melanggar kesucian perkahwinan.
3. Perampas suami orang percaya hubungannya ada harapan
Setiap kali kes curang berlaku, pasti kita selalu menyalahkan perampas suami orang atau individu ke-3 ini, kan?
Tapi sebenarnya, bukankah salah ini juga terletak pada si suami? Mereka yang bertindak untuk curang walaupun sudah ada isteri!
Suami yang curang telah menaburkan pelbagai janji palsu pada wanita yang menjadi kekasih gelapnya. Dia mungkin sudah berjanji untuk menceraikan si isteri!
Kes curang dalam perkahwinan memang menyakitkan dan susah untuk dimaafi. Tapi, tidak semua wanita “sengaja” untuk menjadi perampas suami orang.
Untuk mendapatkan kembali keyakinan anda selepas dicurangi, anda kena meneruskan hidup dengan lebih baik. Lepaskan segala beban yang anda simpan dalam hati.
Sejenis Tidak Suka Susahkan Orang Lain Itulah Sifat Orang Yang Lahir Bulan Julai

Ciri-ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Julai
Secara umumnya orang yang lahir bulan Julai memiliki personaliti seperti berikut:
- Sangat suka didamping.
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Ada harga dan maruah diri.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
- Sangat menjaga hati orang lain.
- Sangat peramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang berdendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Tidak suka benda remeh-temeh.
- Membimbing cara fizikal dan mental.
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
- Layanan yang serupa terhadap semua orang.
- Tinggi daya simpati.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
- Mudah dan rajin belajar.
- Suka muhasabah diri.
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
- Suka mendiamkan diri.
- Suka duduk di rumah.
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesihatan perut.
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
- Terlalu mengambil berat.
- Rajin dalam membuat kerja
Simpan Duit Kahwin Dari Sekarang Meskipun Belum Berjumpa Jodoh

Siapa yang tak nak kahwin? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan. Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum?
Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal.
Kami kongsikan 11 tips mudah untuk kumpul RM20,000 bagi anda yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!
1. BUAT TABUNG KAHWIN
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.
2. RAMAI YANG MENYESAL SEBAB TAK SIMPAN AWAL-AWAL
Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.
3. LELAKI ATAU PEREMPUAN, MULAKAN SEKARANG
Kalau majlis anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000.
4. BARU ADIL & SAKSAMA
Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan kuar berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga.
5. BIAR SUSAH SAMA-SAMA
Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu.
6. KALAU TERPAKSA PINJAM BANK, MAKNANYA ANDA BELUM MAMPU LAGI
Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagu untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je.
7. KALAU SEBELUM KAHWIN TAK MAMPU SIMPAN JANGAN AMBIL LOAN
Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak bak bayar nanti.
8. BUAT SIMPANAN BULANAN BERSAMA PASANGAN
Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama paangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib.
9. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN JE
Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.
10. DIY SENDIRI PELAMIN, KURANGKAN BAJET KAHWIN
Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang.
Kredit : sekudap