Sepertimana tubuh kita memerlukan kalsium untuk tulang kuat dan sihat, mata juga memerlukan set pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina serta kesihatan mata yang menyeluruh.

Jangan tunggu sehingga proses penuaan bermula untuk mendapatkan mata sihat, ia sebenarnya bermula dari dalam kandungan lagi.

Kaedah pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang di samping mengutamakan sumber makanan yang mempunyai warna kehijauan, kekuningan dan kemerahan.

Untuk Si Rabun, Cuba Amalkan Pemakanan Ini Yang Baik Untuk Mata Anda

Ini kerana kumpulan makanan tersebut kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin serta vitamin dan mineral yang terbukti bagus untuk kesihatan mata yang optimum.

Set Pemakanan Untuk Mata Sihat

Untuk mengelakkan penyakit mata yang boleh membawa risiko kebutaan, secara ringkasnya mata memerlukan vitamin dan zat tambahan seperti berikut:

  • Vitamin A dan Beta-carotene
  • Vitamin B kompleks
  • Vitamin C, D dan E
  • Lutein dan zeaxanthin
  • Antioksidan
  • Asid lemak Omega-3

Untuk Si Rabun, Cuba Amalkan Pemakanan Ini Yang Baik Untuk Mata Anda

Berikut Pula Adalah Senarai Vitamin Yang Diperlukan Oleh Mata:

1. Protein

Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

2. Kalsium

IKLAN

Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

3. Vitamin A

Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.

4. Vitamin B

Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

Untuk Si Rabun, Cuba Amalkan Pemakanan Ini Yang Baik Untuk Mata Anda

5. Vitamin C

IKLAN

Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

6. Vitamin E

Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.

7. Zink

Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

Bagi melengkapi diet sihat setiap hari, kita disarankan mengambil lima kumpulan makanan di bawah ini dalam rutin diet seharian iaitu:

  • Sayuran hijau berdaun: Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat
  • Telur: Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau
  • Buah-buahan sitrus dan berry: Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
  • Badam: Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.
  • Ikan berlemak: Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, kebanyakan daripada kita kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan nutrien lain, sebaliknya memilih makanan berkalori tinggi, rendah-nutrien yang boleh memudaratkan badan, termasuk mata.

IKLAN

Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral setiap hari boleh membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam diet dan boleh membantu melindungi daripada penyakit-penyakit degeneratif, termasuk penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : myhealth.gov

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI