
Zaman kini, tidak dinafikan wanita lebih berdikari dan berani jika dibandingkan dengan wanita pada zaman dahulu. Wanita pada satu ketika dahulu tempatnya hanya di rumah menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga tapi bukan kini.
Namun, itu bukan alasan untuk lelaki bersikap acuh tidak acuh dengan isterinya dan menganggap ‘isteri boleh buat semua sendiri’. Baca perkongsian #copyandshare menerusi facebook Mat Nor Nawi ini.
SILAP LELAKI HARI INI
Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri. Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you. Yup, perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower. Atau seronok makan kek depan tv sendiri.
Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri. Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?
So, hati-hati…
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life. But dont take them for granted.
Call, text or talk to her daily. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-benda ni. Walau kesibukan mengejar kamu. Walau masa mencemburui kamu . At least ask her – How hectic was your day today? Did u sleep you well last night?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya..
#copyandshare
#saya copy je…sbb benda realiti.. kadang2 saya sebagai suami, kawan, teman kpd isteri kadang terlupa juga…
Nak Kahwin Jangan Semata-Mata Buat Pinjaman Peribadi. Buat Majlis Ikut Bajet Sendiri

Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
Panduan Bajet Kahwin Secara Sederhana
*****************************************
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;
***
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Masih Ada Suami Yang Takut Bila Gaji Isteri Lebih Besar? Sepatutnya Anda Bersyukur

Kebanyakan wanita zaman sekarang cenderung memilih untuk bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri. Ia adalah perkara yang bagus dalam usaha memperkasakan wanita dan mengukuhkan lagi kesamarataan gender. Namun, ia mungkin mendatangkan stres buat individu yang bergelar suami. Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini!

Kajian terbaharu di Amerika
Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan terhadap 6,000 pasangan suami isteri di Amerika oleh University of Bath, UK, suami didapati akan mengalami stres apabila gaji isteri besar dan mampu menampung perbelanjaan keperluan rumah sebanyak 40%.
Kajian yang dijalankan selama lebih 15 tahun ini menunjukkan pola yang menarik. Suami akan stres jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Jika isteri bekerja dan gaji mereka hampir mencecah 40% perbelanjaan isi rumah pula, stres suami akan berkurangan.
Namun, stres suami akan kembali meningkat jika gaji isteri mula melebihi 40% perbelanjaan isi rumah. Menurut Dr Joanna Syrda yang merupakan seorang pakar ekonomi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh suami berkaitan gaji isteri yang besar adalah berbahaya kepada kesihatan mereka!
Impak kesihatan yang mungkin dialami oleh kaum Adam akibat daripada situasi ini adalah masalah kesihatan pada aspek fizikal, mental dan sosial mereka. Dr Syrda menegaskan bahawa isu gaji isteri yang besar mungkin akan membuat lelaki berasa rendah diri, sekali gus mencipta jurang yang agak luas dalam perhubungan mereka.
Dalam erti kata yang lain, suami akan berasa seperti diri tidak berguna dan stres kerana terpaksa bergantung kepada isteri untuk menanggung perbelanjaan isi rumah yang semakin mahal zaman sekarang.
Trend kini yang tidak sama seperti dulu
Zaman sekarang, kebanyakan wanita bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri untuk membantu suami menjana pendapatan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre pada tahun 1980 di Amerika, 13% daripada isteri yang bekerja mempunyai gaji yang lebih besar dari suami. Menjelang tahun 2017 pula, statistik tadi semakin meningkat dan dijangka akan terus menaik menuju tahun-tahun yang berikutnya.
Dr Sydra menyatakan bahawa dia dan rakan-rakan pengkajinya amat berminat untuk melihat bagaimana trend ini memberi kesan kepada perhubungan suami isteri.
“Gaji isteri yang lebih besar dari suami akan menyebabkan satu trend yang dikenali sebagai ‘gender role reversals’. Trend ini sebenarnya agak berbahaya kepada kaum lelaki kerana ia mungkin menjejaskan kesihatan mereka dari aspek fizikal, mental, sosial dan lebih menakutkan, mengakibatkan penceraian”, kata beliau lagi.
Jadi, apa perlu buat untuk elak suami stres?
Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan para suami sebagai ketua keluarga. Namun situasi ini adalah realiti dunia yang berlaku pada hari ini. Jika isteri anda mempunyai gaji yang besar dan mampu menanggung separuh atau lebih daripada perbelanjaan isi rumah anda, jangan stres. Ini apa yang perlu dilakukan oleh kedua pasangan.
#1. Jangan terlalu merendah atau meninggi diri
Perkara ini adalah norma yang agak normal pada zaman sekarang. Sebagai suami, jangan terlalu merendah diri. Jika gaji anda lebih kecil dan tidak mampu menanggung sepenuhnya keperluan isi rumah, jangan sesekali anda berasa stres. Sebaliknya, tolong hargai usaha dan pengorbanan isteri dalam membantu menjana pendapatan isi rumah anda.
Meskipun situasi seperti ini dianggap sebagai satu kebiasaan kini, adat dan agama masih perlu dititikberatkan. Sebagai isteri, jangan sesekali meninggi diri jika gaji anda lebih besar dari suami kerana mereka tetap ketua dalam keluarga yang perlu dipatuhi dan dihormati. Kerjasama memang diperlukan dalam rumah tangga, bukan?
Pun begitu, jangan pula suami berasa terlalu selesa, ya? Tanggung jawab memimpin dan menanggung keperluan keluarga ada berada di bahu anda!
#2. Elak pertelingkahan berkenaan kewangan di hadapan individu lain
Ini adalah perkara yang sangat perlu pasangan suami isteri elakkan terutamanya di hadapan anak-anak dan juga individu luar!
Ya, memang perselisihan faham biasa terjadi dalam rumah tangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, ia perlu dielakkan di hadapan individu lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hal kewangan.
Ini kerana semasa bertengkar, kita mungkin tidak dapat mengawal perkataan kita ekoran perasan marah yang sedang membuak-buak. Jadi, kemungkinan untuk pasangan mengungkit tentang gaji masing-masing juga ada.
Oleh itu, cuba kawal perasaan marah anda dan jangan sesekali bertengkar berkenaan kewangan di hadapan orang lain, ya?
#3. Wujudkan simpanan kewangan bersama
Apa maksudnya? Anda dan pasangan sebenarnya boleh membuat simpanan bersama-sama di dalam satu tabung. Anda mungkin boleh mewujudkan satu akaun bank khas untuk simpanan masa hadapan. Kemudian, setiap bulan suami dan isteri perlu menyimpan sejumlah wang yang sama amaunnya di dalam akaun tersebut. Bekukan, kemudian gunakan pada hari senja kelak.
Dengan usaha ini, mungkin tiada lagi istilah mengungkit atau bergaduh sesama pasangan mengenai gaji masing-masing lagi.
#4. Tetapkan peruntukan yang berbeza
Sebagai contoh, suami mungkin boleh membelanjakan gajinya untuk hal keperluan rumah seperti membayar bil, ansuran kereta dan rumah serta perbelanjaan dapur. Manakala gaji isteri mungkin boleh digunakan untuk kegunaan kecemasan serta shopping! Sudah lumrah wanita gemar membeli-belah, bukan?
Cuma sebagai suami, anda perlu ingat duit anda adalah duit isteri juga manakala duit isteri adalah duit isteri sahaja. Jadi, jangan terlalu bergantung pada isteri. ya?
#5. Saling membantu antara satu sama lain
Pernah dengar lagu tema Wonderpets? Apa yang penting, kerjasama! Ya, begitulah juga dalam kehidupan suami isteri. Jika suami di dalam kesulitan dari segi kewangan, isteri boleh membantu dan begitulah sebaliknya. Jangan pula anda berasa s dan usah pula anda berasa pasangan anda itu menyusahkan.
Kehidupan suami isteri perlulah erat dan jitu. Sebagaimana aur dan tebing, kedua-duanya saling memerlukan dan melengkapi satu sama lain.
Konklusi
Kesimpulannya, gaji isteri yang besar tidak sepatutnya mendatangkan stres kepada suami. Apatah lagi membuat suami stres. Ia sepatutnya menjadi satu motivasi buat para suami untuk bekerja dan berjaya lebih lagi dalam kerjaya mereka.
Sebenarnya, ia juga adalah satu kelebihan untuk suami. Sekiranya anda berada dalam kesulitan, maka sentiasa ingat yang isteri anda selalu ada untuk membantu anda. Namun, jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada mereka pula ya!
Suami adalah nakhoda kapal layar yang sedang menuju ke pulau kebahagiaan. Pastikan anda sebagai suami mengawal navigasi kapal itu supaya tetap kekal di landasannya. Sebagai isteri pula, sentiasa sokong suami anda dari belakang. Dengan ini, nescaya perhubungan anda berdua boleh kekal sehingga ke jannah.
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
OLEH : Ahmad Farid
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Ini Antara Sikap Suami Yang Buat Hati Isteri ‘Berbunga-Bunga’

Kehidupan berumah tangga memerlukan pasangan suami isteri menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Suami perlu faham tanggungjawab isteri, begitu juga dengan isteri yang harus fahami suami.
Sikap seseorang individu menjadi faktor utama kepada kebahagiaan rumah tangga. Baru lah rasa cinta itu terjalin setiap hari. Lima sikap suami ini pasti buat isteri tersenyum sepanjang masa.
1. Tidak Kedekut

Seorang isteri perlulah fahami suami. Jangan meminta-minta jika si suami tidak mampu. Cukuplah sekadar keperluan dan sedikit perhiasan diri sahaja.
2. Suka Memuji

Isteri pasti akan rasa seronok lebih-lebih lagi apabila suami memuji masakannya. Tentu gembira sekali hati isteri. Kalau kurang, tegurlah dengan cara yang baik agar tidak melukakan hati isteri.
3. Selalu Hantar Mesej Di Telefon

Hati isteri mana yang tidak suka apabila suaminya sering menghantar kata-kata manis menerusi telefon bimbit buat isterinya. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri.
BACA: Hargai Pengorbanan Pasangan Kita Sebelum Dia Menutup Mata
4. Jadi Pendengar Yang Baik

Bila balik dari kerja suami janganlah buat hal sendiri. Layan isteri anda dengan baik dan bertanya tentang keadaannya di tempat kerja hari ini. Biar dia luah kepada anda. Dengan cara itu isteri akan terasa suami sangat menghargainya.
5. Gentlemen Di Tempat Awam

Cuba sesekali suami layan isteri seperti seorang puteri. Contohnya, bantu isteri duduk di restoran, bukakan pintu kereta, dan sebagainya. Pegang tangan isteri ketika berjalan sama di pasar raya. Sekali sekala, cubalah jadi ‘sweet’ sikit.