Untuk anda yang bakal menikah dalam masa terdekat, adalah tanggungjawan anda mengetahui apa yang patut di lakukan pada hari pernikahan tersebut nanti. Seperti mengupah tok kadi atau jurunikah?. Tahukah anda bahawa sewaktu majlis pernikahan di dalam kebanyakan negeri upah nikah perlu diberikan kepada jurunikah atau tok kadi yang menikahkan pengantin?
Kebiasaannya, pengantin atau wakil keluarga perlu memberikan upah pada kadar yang telah ditetapkan oleh jabatan agama bagi setiap negeri.
Hal ini membuatkan kadar upah ini berbeza mengikut negeri di mana pernikahan tersebut dijalankan. Seperti contoh, bagi negeri Selangor. Bayarannya adalah RM160, iaitu ianya merangkumi RM100 untuk jurunikah, RM20 untuk pendaftaran pernikahan dan baki RM40 adalah untuk 2 orang saksi yang dibawa oleh jurunikah.
Ads
foto : baituljannah
Oleh itu, sila rujuk jabatan agama negeri pernikahan anda untuk mengetahui nilai upah nikah yang perlu anda sediakan sewaktu majlis pernikahan anda berlangsung.
Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada rezeki yang Allah berikan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika anda sedang merancang untuk mempunyai zuriat, jangan lupa ambil asid folik. Ia penting untuk mencegah kecacatan janin dan boleh membawa maut iaitu Neutral Tube Defect (NTD). Anda digalakkan mengambil asid folik sebelum hamil lagi untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Pengambilan asid folik ini ditekankan oleh Doktor Imelda Balchin di laman Facebooknya. Menurutnya, masih ramai lagi wanita di Malaysia tidak mengetahui kepentingan pengambilan suplemen folik asid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran.
Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan.
Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD).
Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak.
Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar.
Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia.
Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil.
Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting.
Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari.
Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.
Beberapa minggu lagi Syawal bakal menjelang. Ada sesetengah dari kita membuat persediaan lebih awal iaitu seminggu sebelum masuknya bulan Ramadan. Ini kerana ada yang berfikir mahu menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada amal ibadat sepanjang bulan yang mulia itu.Malah ada yang menempah awal baju raya memandangkan tukang jahit ada tempoh tertentu di mana mereka tidak mahu menerima tempahan lebih dari waktu tersebut.
Dalam hal ini wanita sangat arif membuat tindakan pantas menentukan warna tema pilihan untuk pasangan mahupun keluarga. Mereka sudah membuat rujukan iklan baju raya di facebook dan instagram. Tenyata rambang mata dibuatnya. Semuanya nampak menggoda kalau boleh semua ingin diborong. Sudah menjadi kebiasaan memakai rona sedondon di hari raya menjadikan anda dan pasangan tampil bergaya , sehati dan sejiwa.
Sekiranya ingin membuat baju raya tema sedondon, seboleh mungkin elakkan daripada hanya utamakan minat sendiri semata-mata. Manakala warna baju untuk suami seolah-olah terpaksa mengikut yang telah isteri pilih. Akibatnya, ada kemugkinan warna baju raya tersebut tidak menonjolkan kewibawaan diri suami sewaktu dipakai. Contohnya seperti warna shocking pink, oren pinang masak, kuning terang dan hijau pucuk pisang.( agak janggal untuk lelaki memakai rona ini)
Mungkin baju raya warna sedondon itu nampak ceria apabila bergambar sekeluarga. Namun, penggunaannya selepas itu seperti suami memakai sendirian sewaktu ke masjid atau pejabat (etika pakaian sut baju Melayu untuk ke pejabat awam) akan menampakkan dirinya janggal dan tidak berwibawa. Sebaik-baiknya, pilihan tema baju raya warna sedondon perlu mengambil kira kesan terhadap imej dan keperibadian diri suami untuk memakainya pada jangka masa lebih panjang.
1)HITAM
TIP BELI BAJU RAYA
-Sekiranya baju raya memang menjadi kebiasaan untuk dijadikan antara pakaian sewaktu ke pejabat maka pilihannya mestilah menepati kategori pakaian untuk tampil profesional sewaktu memakainya.
-Agar lebih kelihatan menarik, pilih baju raya mengikut trend semasa
-Ikut warna tema tahunan atau warna yang belum pernah dibeli lagi.
-Pilih material kain yang selesa kerana anda yang bakal menyarungnya sepanjang berkunjung ke rumah tetamu
-Lebih praktikal jika pilih baju raya yang boleh dipakai untuk pelbagai majlis
-Pilihlah yang sopan menutup aurat ( bagi wanita)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang (hiris dan goreng garing)
Sedikit hati ayam(hiris dan goreng) tak nak letak pun boleh, nak letak isi udang segar pun boleh, goreng sekejap.
2 paket suhun
Sedikit kacang panjang (hiris serong)
1 keping fucuk (potong) tidak letak pun ok
1 sdb gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sdt garam
Kicap manis secukupnya
1/2 cawan air asam jawa (cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Bahan Tumis
2 biji bawang besar(hiris nipis)
4 ulas bawang putih(hiris nipis)
10 tangkai cili kering(potong nipis menyerong)suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong
Caranya
Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis, tumis hingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam, renjiskan kicap manis, kacau hingga naik minyak, masukkan suhun dan fucuk serta air. Masukkan pula kacang panjang, kacau seketika, masukkan bahan-bahan lain yg dah siap digoreng tadi, gaul rata, sesuaikan rasa, tutup api.
SUMBER : SENANGNYA MASAK FACEBOOK
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...