Masa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan selepas berumah tangga. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi masing-masing.
Suami Isteri Wajib Me Time
Seperti yang dikongsi oleh saudara Firdaus Shakirin, kalau nak tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah.
Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Begitulah lebih kurang.
Jadi tak seronok juga, si suami pergi balik kerja hari-hari. Si isteri menguruskan hal rumah hari-hari. Si anak pergi belajar hari-hari.
Ads
Belanja Ikut Bajet
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat.
Ads
Risau nanti masing-masing burn out, terus tak harmoni isi rumah itu. Duit ini, kita guna atau tak, kita tak guna ke, tetap habis serupa tu juga. Tak lekat juga kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, duduk saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit, duit banyak, kita belanja cara banyak. Takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Ads
Owh ya, zaman sekarang bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak juga kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan, isi minyak kereta, jalan-jalan. Letak tikar, bawa lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Dan perlu kita tahu, anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Lebih rasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diet dengan cara mengehadkan makanan tertentu seperti diet rendah lemak atau rendah karbohidrat sering kali gagal kerana biasanya itu bermakna anda perlu menghindari makan yang anda gemari. Cara diet itu juga menyebabkan anda cenderung untuk mudah berasa lapar kerana kurang pengambilan makronutrien yang merupakan sumber tenaga. Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa perlu meninggalkan makanan kegemaran anda, cuba menguruskan pola pemakanan anda dengan kaedah diet puasa atau intermittent fasting.
Intermittent fasting atau diet puasa/puasa berselang adalah kaedah untuk menguruskan pola pemakanan dengan cara berpuasa makan untuk tempoh tertentu, namun anda masih boleh meneruskan pengambilan minuman. Jika dibandingkan dengan istilah “diet”, biasanya ia merujuk kepada pengurangan atau mengehad makanan tetapi kaedah intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.
Kaedah ini tidak mengatur makanan apa yang anda harus kurangkan atau harus ambil, namun ia lebih kepada waktu anda harus dan berhenti daripada makan. Kebiasaannya kaedah ini mencadangkan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanapun, waktunya anda boleh tentukan sendiri.
Pada asasnya, puasa sendiri mempunyai peranan yang balik dalam kesihatan, dan dengan cara berpuasa sudah diketahu sejak lama untuk bertahan hidup. Amalan pemakanan seharian anda mungkin tiada peraturan kerana sering makan di luar waktu makan atau melewatkan waktu makan.
Dengan kaedah intermittent fasting, anda dapat memperbaiki dan membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat. Ia juga melatih ketahanan tubuh supaya tetap dapat menjalankan fungsinya walaupun tidak mengambil makanan dalam tempoh tertentu.
Intermittent fasting juga membantu tubuh mengawal tekanan darah dan kolesterol kerana tubuh melakukan pembakaran lemak yang lebih efektif semasa berpuasa, serta membuatkan hormon insulin lebih sensitif terhadap makanan.
Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda mengatakan bahawa diet puasa (intermittent fasting) membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan pembaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Ia juga mengatakan diet puasa menyebabkan tubuh bertindak balas terhadap pelbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh dengan lebih baik. Keadaan puasa dapat membuatkan sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.
Intermittent fasting mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangan pengambilan makanan. Pada umumnya, kaedah ini hanya ditentukan dalam masa seminggu, bila-bila sahaja waktu untuk berpuasa. Puasa yang dimaksudkan ini adalah hanya berpuasa makan sahaja, namun anda masih boleh mengambil minuman. Semasa tempoh berpuasa, anda perlu mengambil makanan dalan jumlah paling sedikit atau tidak makan sama sekali.
Terdapat berbagai cara untuk melakukan intermittent fasting, berikut adalah beberapa kaedah yang popular:
Wanita cukup suka dengan kata-kata pujian lebih-lebih lagi pujian itu diberikan oleh insan paling istimewa. Dalam pergaduhan rumah tangga, si isteri pasti akan merajuk terlebih dahulu dan menginginkan suami untuk memujuk. Bukan hadiah berupa emas permata yang dipinta untuk memujuk hati yang lara. Cukup sekadar ungkapan atau kata-kata manis yang diberikan oleh suami tercinta.
Mungkin ia kedengaran klishe, namun itulah realitinya. Wanita cukup suka mendengar kata-kata ikhlas dari suami. Dengan cara ini, hati mereka mudah sejuk dan merasa diri mereka sentiasa dihargai. Walaupun ungkapan ini kedengaran remeh namun ia dapat menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat seorang suami pada isterinya.
Pesona Pengantin senaraikan 7 ungkapan istimewa yang isteri ingin dengar daripada suami. Tidak susah pun untuk memujuk hati isteri ya!
Tidak kira bagaimanapun keadaan fizikal isteri, sebagai seorang suami jangan pernah merendah-rendahkan isteri. Isteri telah banyak berkorban untuk suami. Ya, tubuh fizikal isteri akan berubah dengan berlalunya masa. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Jika ada yang suami ingin ubah pada isteri, cakap secara baik tanpa melukakan hati isteri.
Belikan hadiah buat isteri sebulan sekali. Jangan berkira harga hadiah tersebut. Lelaki yang tidak berkira ini sangat di senangi para wanita.
Sentiasa ingat tanggungjawab, beban atau masalah perlu dipikul oleh suami dan isteri. Jangan sering menunding jari antara satu sama lain. Tempuhi segala cabaran dan dugaan bersama kerana menempuhi dunia perkahwinan memerlukan kerjasama daripada dua orang.
Isteri mana yang tidak mahu mendengar ungkapan ini daripada suami mereka. Ungkapan ini merupakan ungkapan idaman setiap wanita kerana ini membuktikan suami anda menerima kecantikan diri anda sebenarnya tanpa dilindungi sebarang alat solek.
Kalau si isteri dengar ungkapan ini pasti hati mereka akan cair. Selama ini tanggungjawab menguruskan rumah tangga terletak pada bhu isteri. Jadi tak salah jika sekali-sekala si suami mengambil-alih tanggungjawab menguruskan rumah dan menjaga anak dan biarkan isteri berehat. Bergilir-gilir membuat kerja rumah dapat membantu meringankan beban isteri.
Ungkapan ini bukan sahaja dapat mencairkan hati isteri apabila suami mengaku dia adalah wanita pertama dalam hidupnya bahkan ungkapan ini juga dapat membantu mengeratkan lagi hubungan isteri dan mak mertuanya.
Tidak salah kalau suami merancang percutian selama sebulan bersama isteri. Anggap sahaja ia sebagai penghargaan kepada isteri yang selama ini berpenat lelah menguruskan suami, rumah dan anak-anak. Kalau ada rezeki lebih, tidak salah kalau nak pergi selama sebulan pun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak kira baharu berkahwin atau dah lama kahwin, pasti anda impikan layanan romantik daripada pasangan. Ramai yang anggap istilah romantik hanya terletak jika pasangan sering mengungkapkan kalimat ‘I LOVE YOU’. Sebenarnya banyak tip romantik yang anda boleh buat kalau nak kekal bahagia.
Hakikatnya nak jadi pasangan yang romantik bukanlah susah mana pun. Buktinya, anda boleh amalkan tip-tip romantik suami isteri ini untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia di samping penuh dengan kasih sayang.
Sikap romantik boleh digambarkan apabila isteri bersalaman dan mencium tangan suami tanpa mengira masa. Selain meraih pahala, amalan ini juga menunjukkan sebuah penghormatan dan penghargaan isteri terhadap suaminya kerana dengan tangan itulah, suami bekerja mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak.
Isteri juga inginkan penghargaan daripada suaminya. Selepas bersalaman, peluklah isteri dengan penuh kasih sayang dan ciumlah pipi antara satu sama lain. Apabila suami memeluk isteri dengan erat, ia memberi gambaran bahawa isteri adalah anugerah Allah yang terindah untuk anda, malah isteri akan merasakan yang dialah satu-satunya wanita yang anda cintai dan hargai.
Buatlah kejutan dengan memeluk erat isteri dari belakang sambil mencium lehernya. Kejutan ini akan akan membuatkan isteri tersenyum sampai ke telinga dengan aksi romantik suaminya.
Tentu ramai masih yang malu-malu nak mandi bersama pasangan. Percayalah amalan mandi bersama ini akan lebih mengeratkan hubungan anda berdua apatah lagi jika kalian masih belum mempunyai anak. Mandilah bersama sambil bergurau senda, namun pastikan anda berdua menjaga aurat di dalam bilik mandi.
Kebanyakan lelaki sinonim untuk kentut tanpa rasa malu apatah lagi setelah berkahwin, namun sangat jarang isteri melakukan sedemikian di hadapan suami. Bagi isteri, kentut boleh mencatatkan penampilannya sekali gus merosakkan kesempurnaan dirinya sebagai seorang isteri. Namun lain pula pandangan laman web Save Marriage Forever kerana ia menyarankan pasangan suami isteri untuk tidak menyembunyikan kentutnya. Bayangkan apabila kedengaran bunyi kentut pasangan, pasti ia akan diiringi dengan gelak ketawa yang boleh menambahkan lagi kemesraan dan romantik anda berdua. Jika anda sudah seia sekata menerima seadanya pasangan, masakan kentut menjadi satu perkara besar? (Tapi ingat tau! Hanya lakukan di rumah sahaja saat anda berdua…)
Tambahkan aksi romantik dalam rumah tangga dengan aktiviti usik-mengusik. Bayangkan jika suami mencubit punggung isterinya secara manja untuk tujuan bergurau senda tentu sahaja akan mencipta mood gembira dalam diri isteri dengan aksi suaminya itu. Tambah membahagiakan apabila selepas mencubit punggung isteri, suami mengusap punggung isteri dengan lembut. Tambah sweet lagi, bila suami mendukung anda. Tak ke boleh buat isteri cair seterusnya mengarahkan anda berdua untuk melakukan hubungan intim selepas itu. Tentu seronok kan?
Sebelum tidur adalah lebih baik sekiranya anda bedua saling bermaafan kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita. Tambahkan kemanisan dalam rumah tangga dengan bersalaman sebelum masing-masing tidur. Jika pasangan anda sudah tidur, lakukan aksi romantik secara diam dengan menatap wajahnya sambil mencium pipinya.
Saat ingin tidur perkara yang sweet apabila suami menghulurkan lengannya untuk anda jadikan bantal. Wah! Gerenti berbunga-bunga perasaan anda ketika itu. Malah menurut kajian MOHEMA, Isteri yang tidur berbantalkan lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap tujuh hingga lapan dalam tahap lena tidur. Sebelum lakukan amalan ini, pastikan suami membersihkan ketiak mereka terlebih dahulu ya.
Bersolat jemaah bersama suami haruslah dimulakan dari hari pertama sah menjadi suami isteri. Ia mempunyai banyak ganjaran iaitu mendapat 27 darjat pahala apabila amalan ini dilakukan bersama. Sangat digalakkan apabila sesudah bersolat, anda berdua membaca Al-Quran sambil suami menyemak bacaan isteri. Lebih afdal hubungan anda berdua sambil bila-bila.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...