Pasangan selebriti terkenal yang baru bergelar suami isteri, Uqasha Senrose dan Kamal Adli selamat berangkat ke tanah suci Mekah semalam bagi menunaikan ibadah umrah.

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanMenerusi satu hantaran video berdurasi 7 minit di Instagram, Uqasha memaklumkan perkara tersebut ketika dia dan Kamal berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut mengambil peluang memohon maaf kepada orang ramai jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan selama ini.

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanUqasha juga memaklumkan, mereka akan menunaikan solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir yang kini sedang menghadapi musibah. Rata-rata para pengikutnya menitipkan doa buat pasangan ini di ruangan komen agar dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana dan mendapat umrah yang mabrur.

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanIstimewanya lagi, Uqasha dan Kamal juga memaklumkan mereka memilih Mekah sebagai lokasi pra bulan madu demi memperoleh keberkatan. Menurut Uqasha, sebelum ini dia pernah 2 kali ke Mekah menunaikan umrah iaitu pada bulan puasa. Antara doanya ialah mengenai jodoh. Atas rasa kesyukuran dan doanya telah dimakbulkan Allah SWT, Uqasha merasakan ibadah umrah kali ini cukup istimewa apabila dapat melakukan bersama suami tersayang.

“Saya ajak Kamal pergi buat umrah sebagai tanda syukur.”

IKLAN

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanManakala Kamal ini adalah pengalaman kali pertamanya menjejakkan kaki ke Mekah. Menurutnya, Uqasha amat teruja untuk mengerjakan umrah bersamanya berkat doa yang dipanjatkan di tanah suci sebelum ini.

Tak ketinggalan, Kamal turut memuat naik video yang serupa di Instagramnya dengan kapsyen:

IKLAN

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa Dimakbulkan“Bismillahirahmanirrahim.. kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah ..maafkan kami semua.. salam takziah untuk semua mangsa2 banjir kami akan doakan Allah akhirkan benjana ni insyaallah.. salam semuaa.. terima kasih untuk ucapan kawin kami”

Terdahulu, selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, akhirnya mengumumkan mereka sudah pun sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021. Majlis akad nikah diadakan secara tertutup dihadiri hanya 100 tetamu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

IKLAN

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanDengan 2 kali lafaz, Uqasha sah bergelar isteri kepada Kamal. Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah, Tuan Izzuddin Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi pada 5 November lalu.

Pada majlis bertemakan dalam taman, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.

UQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanUQASHA-KAMAL Tunai Umrah & Pra Bulan Madu Di Mekah. Tanda Syukur Doa DimakbulkanUqasha dan Kamal bertunang pada April 2021 dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Kamal turut membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 pada Disember tahun lalu. Bibit cinta antara mereka mula tercetus selepas digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.

Kredit: Instagram Uqasha Senrose

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI