Ada antara anda yang pernah buat urutan wajah tak? Urutan badan mesti biasa buat kan? Tapi urutan wajah tak semua orang pernah buat kan? Walaupun wajah tidak seperti badan yang selalu rasa lenguh, pegel-pegel (orang jawa kata) tetapi amat penting juga untuk mengurut wajah anda.

Ia merupakan rawatan paling asas pada wajah. Urutan wajah bukan sekadar memberikan rasa rileks malah membantu wajah lebih cantik berseri kerana perjalanan darah dimuka berjalan dengan baik dan lancar.

Urut Wajah Pun Mampu Beri Kecantikan Pada Kulit, Bakal Pengantin Wajib Buat!

Apa Kepentingannya?

IKLAN

1. Aliran darah di wajah akan jadi lebih lancar, wajah selalu sihat dan berseri. Wajah yang kusam, kering dan tidak bermaya akibat dari aliran darah yang tidak lancar, metabolisme yang kurang baik dan oksigen yang kurang tersebar.

2. Urutan wajah mampu menyingkirkan kotoran dan racun yang tertempel di wajah. Kotoran yang berasal dari debu, sisa make up dan sel kulit mati menyebabkan pori-pori tersumbat. Mencuci tidak semestinya dapat mengeluarkan semua kotoran. Jadi salah satu cara lain adalah dengan melakukan urutan di wajah.

IKLAN

3. Urutan lembut di wajah dapat memberikan rangsangan rileks dan tenang. Otot yang tegang akibat stress akan mengendur dan mengurangkan rasa stress. Urutan disekeliling mata mampu membantu mengurangkan lingkaran hitam dan sembab mata.

IKLAN

4. Urut wajah selalu dapat melambatkan proses penuaan. Anda kelihatan muda dari usia.

5. Rutin mengurut wajah membuatkan kulit jadi lebih efektif dalam menyerap air dan sekaligus menjadikan pelembap wajah. Kulit akan selalu terjaga kelembapan dan kelembutannya, tidak mudah kering, pucat dan kusam.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI