Pelakon Dynas Mokhtar, 35, atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar akhirnya disunting oleh jejaka pujaan Shazrik Din, 36, mengaku gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya.

21 April detik debaran buat Dynas untuk menjadi seorang isteri setelah empat tahun tanpa sebarang ikatan. Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibunya di Shah Alam. Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi pula di sebuah hotel ibu negara pada 5 Mei depan.

(VIDEO) Eksklusif Sweet-Sweet Kahwin- Dynas Mokhtar : 10 Hari Lagi Debaran Buat Dynas Mokhtar

Pertunangan 26 Oktober lalu berjalan dengan sempurna, membuatkan Dynas semakin matang dan berhati-hati dalam perhubungan kali ini. Baginya walaupun mempunyai pengalaman, sikap yang lebih matang pada Shazrik membuatkan Dynas tetarik dan jatuh hati pada jejaka tinggi lampai ini.

 

IKLAN

Dynas berkongsi rahsia cantik sebelum hari perkahwinan, kulit yang putih mulus bak telur rebus ni, “bukan melakukan treatment beribu-ribu ye.. hanya mengamalkan penjagaan diri seperti rawatan rambut, kuku dan mandi bunga lebih kerap. Kalau hari-hari biasa hanya sebulan sekali bergantung pada keadaan. Tapi bila nak bersanding dan melangsungkan hari bahagia ini, rawatan tu kena lakukan lebih kerap berbanding hari biasa,” kata Dynas.

(VIDEO) Eksklusif Sweet-Sweet Kahwin- Dynas Mokhtar : 10 Hari Lagi Debaran Buat Dynas Mokhtar

 

IKLAN

 

“Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia,” jelas Dynas.

IKLAN

Malam berinai bakal berlangsung pada 20 April di kediaman ibunya, Dynas memilih busana daripada Pereka Putera Cosry. Manakala busana untuk majlis akad nikah pula, Pereka Syaiful Baharim menjadi pilihan. Pereka Suffian Tugiman menghasilkan rekaan persalinan busana kedua mempelai ini sewaktu majlis bertandang. Bagi majlis resepsi pula rekaan Melinda Looi menjadi persalinan mempelai dua sejoli ini.

Seri pengantin pada raut wajahnya sudah terpancar, hari bahagia yang bakal tiba 10 hari lagi bakal memberi 1001 makna untuk Dynas dan Shazrik.

 

Tahniah kami ucapkan kepada Dynas dan Shazrik, semoga perkahwinan kali ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI