Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh. Majlis Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) khamis lalu dihadiri dengan keluarga serta teman rapat.

Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan.

Malam tadi berlansungnya majlis resepsi Shila Amzah dan Haris di hotel JW Marriot, Putrajaya dengan gilang gemilangnya. Memilih busana hitam hasil rekaan Azura Couture sebagai tema majlis resepsi malam tadi, Shila dilihat begitu anggun dan menawan di dalam perslinan berkenaan.

Bertemakan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’, majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai.

IKLAN

Penyanyi yang dikenali di peringkat antarabangsa, Shila turut menyanyikan dua buah lagu dan satu daripadanya ditujukan khas buat suaminya Haris. Persembahan lagu Mandarin terbaharu Shila, ‘If We Are Getting Old’ buat pilihan hatinya sebagai tanda penyatuan cinta mereka.

Tidak ketinggalan, pihak perancang majlis Anhevents turut membuat kejutan khas untuk Shila Amzah dengan mengundang kumpulan Ruffedge menyanyikan sebuah lagu buat bakal mempelai.

IKLAN

Shila kelihatan teruja dan gembira turut sama menyanyikan lagu ‘Bila Rindu’ itu dari meja beradab.

IKLAN

Admin doakan semoga perkahwinan Shila dan Haris berkekalan hingga ke akhir hayat. Bertahan, bersabar dan menerima setiap kelemahan pasangan dengan tenang. Selamat Pengantin Baru!

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI