Selalunya wanita yang sudah berkahwin dan ada anak lebih suka memendam rasa daripada meluahkan masalah kepada suami. Bukan kerana tidak percaya tetapi risau kalau suami kecil hati dalam hubungan suami isteri.

Situasi ini agak bahaya kalau sampai satu tahap wanita sudah tak mampu nak pendam. Jadi, sebelum ‘meletup’ eloklah kaum lelaki cuba memahami soal hati wanita secara perlahan-lahan.

Wahai Lelaki, Ketahuilah Air Mata Wanita Bukan Tanda Dia Lemah
pic-pinterest

Berikut 5 rahsia hati seorang isteri yang suami perlu ambil tahu :

1. Tertekan dengan masalah duit

Dengan ekonomi hari ini, memang tak pelik kalau lelaki asyik pinjam duit bini dan kemudian buat-buat lupa. Sikap ini boleh buat wanita rasa tawar hati dengan kelakuan suaminya. Sila berusaha untuk lengkapkan nafkah dan bayar duit jika sudah pinjam.

IKLAN

2. Tak puas hati dalam hubungan intim

Kalau malam pertama mungkin bahagia, tetapi kalau anak dah berderet pasti ceritanya lain. Jadi apa pilihan yang ada, daripada menjaga hati dan buat senyap? Untuk baiki hubungan intim, lelaki patut tanya dengan isteri kerana bab ini juga boleh kaum rasa kecewa!

3. Lelaki suka tengok phone

IKLAN

Ini ujian hidup sebagai suami isteri di zaman segala info di hujung jari. Kononnya buat bisnes, tapi kalau sampai 24 jam tengok phone? Tidak ke boleh buat wanita kecil hati, tambah pula bila dah ada anak-anak…

Wahai Lelaki, Ketahuilah Air Mata Wanita Bukan Tanda Dia Lemah

4. Suami berat sebelah

IKLAN

Ada sesetengah lelaki tak pandai nak bergaul dengan ipar duai dan paling tak ‘best’ wujudnya lelaki yang selalu dengar sebelah pihak bila berlaku salah faham dalam keluarga. Asyik pakai dan dengar cakap sebelah pihak, manalah tak sedih kaum wanita. Sila ubah dan berlaku adil!

5. Wujudnya lelaki yang mengarah

Ini cerita contoh suami yang nak minum air dan anak sedang menangis. Memanglah isteri kena dahulukan suami tetapi kalau sampai tak sempat tangan nak buat, agak-agaklah. Suami kena pandai baca situasi dan selami dunia mak-mak yang sama-sama keluar mencari rezeki. Suri rumah pun, kadang tak menang tangan.

Sebelum keadaan jadi lebih keruh, eloklah kaum lelaki sedar dan berubah demi masa depan anak-anak. Esok-esok anak juga akan ikut perangai mak ayahnya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI