Suami, jika engkau telah menikah, jangan pernah satukan isterimu dengan keluargamu kerana jika engkau tidak boleh adil terhadap keduanya, maka tanpa di sedari engkau boleh jadi anak derhaka dan suami yang zalim.

Wahai Mentua, Jangan Engkau Bandingkan Menantumu Dengan Menantu Yang Lain
.

• Wahai lelaki, ketika engkau memutuskan menikah maka harus kamu sedari bahawa kamu mulai menciptakan keluarga baru iaitu kamu dan isterimu, bukan dengan orang tuamu atau orang tuanya kerana mereka hanyalah bahagian dari kehidupan baru yang kamu mulai kerana hanya kamu dan isterimu yang akan menjalaninya serta menciptakan sebuah keluarga.

• Wahai mertua, engkau pun harus menyedari ketika anak lelakimu menikah ertinya dia akan menjadi pemimpin dan imam dalam sebuah keluarga baru maka janganlah engkau turut campur kecuali dalam hal kebaikan. Engkau memang ibu dari anakmu tapi bukan bererti engkau harus turut adil dalam urusan keluarga mereka.

• Mertua..

Mertua jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya.

• Jangan engkau katakan, engkau tahu segalanya tentang anak lelakimu, engkau hanya tahu dia sebatas anak, bukan suami dan anakmu pun memperlakukan engkau hanya sebatas ibu bukan isteri.

IKLAN

• Maka ketika anakmu menikah, isteri yang lebih tahu segala kekurangan anakmu, jangan engkau membicarakan kekurangan menantumu kepada orang lain kerana menantumu pun boleh membuka segala kekurangan anakmu, ingat engkau hanya sebatas ibu bukan isteri.

Mertua engkau pun pernah menjadi menantu maka engkau pun tahu bagaimana jika kehidupan rumah tanggamu ada campur tangan mertua.

• Mungkin engkau merasa berbuat baik kepada mereka tapi tidak bagi mereka, tugasmu hanya menasihati bukan mencampuri.

IKLAN

• Hampir rata-rata mertua lelaki lebih banyak adil dalam rumah tangga menantunya, kenapa? Kerana hampir rata-rata ketika sang anak menikah maka sang menantu akan di bawa ke rumah mertua, kerana sang anak lelaki lebih menafkahi di banding menantunya.

• Ibu mertua kaya sering membantu anaknya jadi merasa lebih berhak atas rumah tangga anaknya, ingatlah mertua jika engkau membantu rumah tangga anak bukan bererti engkau boleh seenaknya terhadap menantumu dan jangan jadikan menantumu menanggung hutang budi kepadamu kerana menantumu itu adalah isteri dari anakmu dan sudah kewajiban anak lelakimulah yang menafkahi tapi hampir rata-rata jika mertua membantu nafkah rumah tangga anak pasti menantulah yang di bebani kerana menantu itu orang lain jadi di anggap sebagai penumpang bukan keluarga.

• Jika menantu perempuanmu kaya dan dia lebih mampu menafkahi serta engkau ikut bersamanya, apakah engkau sudi di perlakukan seenaknya hanya di keranakan engkau menumpang kepadanya atau anak lelakimu tidak di hormati kerana nafkahnya tidak sebanding? Pasti engkau sebagai mertua juga ingin di hormati maka itu hargailah menantumu.

IKLAN

• Wahai mertua, jangan engkau bandingkan menantumu dengan menantu yang lain, apa kamu sudi di bandingkan dengan mertua yg lain, boleh jadi menantu orang lain baik kerana mertuanya lebih menghargai sang menantu, maka jika kamu ingin menantumu baik dan menghormatimu maka hargailah menantumu.

Ingatlah, mertua memang tidak ada mertua derhaka tapi engkau mungkin termasuk mertua zalim jika terjadi perpecahan dalam rumah tangga anakmu, apa lagi sampai terjadi perceraian maka engkau turut berkongsi dalam dosa yang telah engkau perbuat.

Jika sang menantu menjadi derhaka terhadap anakmu maka engkau juga menanggung dosa atas perbuatanmu, boleh jadi engkaulah yang menyebabkan menantumu menjadi derhaka terhadap anakmu.

• Hati-hati para mertua, jika engkau tidak redha pada anakmu dan anakmu tidak redha pada isterinya dan menantumu tidak redha pada anak-anaknya, apa yg kamu harapkan lagi kecuali saling menzalimi.

TIDAK SEMUA MERTUA SAMA

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI