
Fitrah kejadian wanita dikurniakan sifat dan jiwa sensitif, kelembutan serta kasih sayang yang sangat kompleks.
Wanita atau ibu adalah orang paling layak di sisi syarak untuk menjaga anaknya yang masih belum mumayyiz.
Namun, sifat kelembutan dan kasih sayang itu ada kalanya disalah guna oleh lelaki sehingga menyebabkan wanita menjadi mangsa kezaliman.
Dalam perkahwinan, sekiranya wujud perbuatan tidak selari dengan kehendak syarak dan menyebabkan isteri berasa terkilan, kecewa dan tidak dapat meredai perbuatan suami, maka ia termasuk salah satu bentuk kezaliman.
Kekecewaan dan kesedihan ditanggung wanita yang menjadi mangsa dapat diterjemah dengan ekspresi wajah dan tingkah lakunya.
Tidak kurang juga wanita yang memiliki tahap kesabaran tinggi lalu menganggap perkara yang dialaminya itu sebagai ujian bagi meningkatkan tahap keimanan serta kedudukannya di sisi Allah SWT.
Antara hak isteri yang digariskan syarak adalah untuk dilayan dan digauli dengan baik serta penuh kasih sayang.
Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya, tidak mengeluarkan perkataan menghina, apatah lagi memaki hamun.
Hak itu wajib ditunaikan suami. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’, ayat 19 yang bermaksud: “…. dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara baik.”
Rasulullah SAW juga menganjurkan perkara sama mengenai tatacara menggauli isteri kerana di sana terdapat hak dan kewajipan suami isteri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan tentang perempuan (para isteri). Sesungguhnya mereka itu adalah khas untuk kamu (para suami). Kamu tidak mempunyai milik sesuatu pun ke atas diri mereka itu selain daripada yang sedemikian, kecuali apabila mereka itu melakukan kekejian yang nyata.
“Jika mereka lakukan, maka pulaukanlah mereka di tempat tidur atau pukullah mereka itu dengan pukulan yang tidak melukakan. Dan jika mereka patuh dan taat, maka kamu tidak ada hak membuat tindakan ke atas diri mereka itu. Sesungguhnya kamu mempunyai ke atas isteri-isterimu dan isteri-isterimu mempunyai hak ke atas dirimu.”
Justeru, selagi isteri tidak melakukan perkara bertentangan dengan syarak atau melanggar hak suaminya, maka wajib bagi suami menunaikan hak ke atas isteri iaitu melayani mereka dengan baik.
Bukan sahaja menjadi contoh tidak sihat bagi perkembangan psikologi anak, malah tindakan itu boleh memberi tekanan emosi yang lama-kelamaan menjadi barah sehingga merosakkan seluruh anggota atau institusi rumah tangga.
Banyak kes penderaan serta kezaliman berlaku terhadap wanita hari ini dilakukan suami daripada latar belakang institusi keluarga yang tidak berpandukan ajaran ditetapkan Islam terutama dalam perkara menunaikan hak suami atau isteri.
Anak yang membesar dalam situasi itu berkemungkinan besar mengulangi atau mencontohi tindakan tidak baik itu.
Sebagai isteri yang mencari rahmat dan syurga Allah daripada perkahwinan, puan perlu mengambil tindakan bagi mem-
perbaiki keadaan itu.
Antara kaedah sesuai dalam mempertahankan rumah tangga adalah menegur sikap suami berkenaan.
Biarpun memberi teguran itu satu perkara yang amat berat dan sukar, ia wajar dilakukan. Puan adalah mangsa yang mengalami kekecewaan akibat sikap suami.
Teguran yang dimaksudkan bukan sebagaimana teguran seorang ibu terhadap anaknya, tetapi lebih kepada rakan kongsi.
Sentuhan dan pujian boleh meredakan ketegangan. Mulakan teguran dengan sentuhan emosi, memuji serta menyebut segala kebaikan dilakukan suami.
Respek! Bukan Calang-Calang Ujian, Lelaki Ini Berjaya Nikahi Wanita Idaman Lepas Lulus 2 Soalan

Hati siapa yang tak gembira jika orang dicintai bersetuju untuk menerima sebagai pasangan hidup sekali gus mengakhiri hubungan ke gerbang perkahwinan. Begitulah yang diirasai oleh lelaki ini apabila dia berjaya melepasi dua ujian soalan sebagai syarat untuk memperisterikan wanita yang diminatinya.
Respek! Itulah yang terungkap di bibir admin apabila membaca kisah lelaki bernama Alif ini menerusi perkongsian di laman Instagramnya. Dia sendiri tidak menyangka soalan yang diberikan kepadanya sebagai syarat untuk menikahi wanita idamannya itu datang sedemikian rupa. Bukan calang-calang soalan dan ujian yang diterimanya. Akuinya, saat mendengar soalan pertama buat dia terduduk dan terkejut.
Kisahnya ini ditulis berdasarkan pengalaman, impian dan cita-citanya sebagai seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita permata syurga, sehinggakan dia berusaha untuk memiliki cinta yang dicarinya selama ini. Alhamdulillah berkat kecekalan dan kesungguhannya, dia berjaya memiliki wanita yang diidamkannya itu.
Sama-sama kita ikuti dua cabaran dan ujian yang harus ditempuhi Alif sehingga berjaya memiliki wanita bernama Aisyah Hijanah. Semoga perkahwinan pasangan berkahwin muda ini kekal buat selamanya.
Kalau nak nikah dengan Aisyah kena jawab 2 soalan
Masa Alif confess dekat Aisyah Hijanah, Alif ckp “Saya rasa saya nak nikah dengan awak”. Then Aisyah terdiam dan 2 hari dia tak reply msj Alip. Saya pun malu nak msj takut2 nampak desperate je. Hahahahah. Saya pun tunggu. Tunggu punya tunggu tak reply jugak. Sy pun beranikan diri msj “Minta maaf sbb tak professional dlm kerja” sbb kitorang kenal sbb kerjasama buat video je. Tp dia cakap kat Alip. “Takpe, klau nak nikah dgn Aisyah ad syarat dia..” Alip pun jawab, “Ap syarat dia..?”.
Aisyah ckp “Kena jawab 2 soalan..” Alif pun like whaaaaattt. Nak tahu soalan ap yang Aisyah syaratkan dkt Alip, nnt Alip kongsikan. Okay Alip nak naik banana boat jap okay byee! Ingatkan Alip untuk kongsi. Sapa nak tag cakap nak dekat bawah!!
Soalan pertama, Alif kena present dekat Aisyah kisah hidup Saidatina Aisyah ra dari awal sampai habis
Ramai sangat yang nak tahu soalan apa yang Aisyah Hijanah suruh saya jawab. Alif akan kongsi di bawah. Tapii Alif akan kongsi 1 soalan sahaja hehe. Baca ya!
Sambungan dia, lepas Alif cakap “Saya rasa saya nak nikah dgn awk” Aisyah terdiam dan tak reply msj Alif. Then one day Alif msj and minta maaf sbb Alif menggatal hahaha. Seingat Alif masa ni bulan Ramadhan bulan 6 mcm tu. tapi ap yang Aisyah balas, “Kalau nakkan Aisyah ada syaratnya”. Alif pun tanya lah “Apa syaratnya?” Then Aisyah balas “Kena jawab 2 soalan” Alif pun be like kacang je nii. Alif pun cakap “Okay kalau Alif boleh jawab Aisyah terima Alif ya?” Aisyah balas “Of course, tak perlu hantaran tak perlu everything” Alif pun dgn semangat, “Okay bagitau sekarang apa soalannya?” Aisyah pun bgtau lah soalannya. Alif dgn terkejutnya nak menangis masa tu. Soalan dia “Alif kena present dekat Aisyah kisah hidup Saidatina Aisyah ra dari awal sampai habis. Dan dalam kesemua kisah tu ada satu cerita tentang ketika Aisyah sedih, Nabi pun turut bersedih. Kalau Alif dpt jawab Aisyah akan terima.” Alif masa tu bila dpt tahu soalan pertama dia, Alif terduduk terkejut. Gila kot nak baca semua kisah Saidatina Aisyah ra. And Alif pun mcm nk give up lah and malas.
Tetapi, haaa hero kalah awal hahaha, Alif pun cuba study beli buku untuk baca. Siang malam Alif baca. Nk fahamkan dan nak cari satu story yang Aisyah suruh Alif cari tu. Korang rasa Alif boleh jawab tak? Alhamdulillah boleh! Kalau tak takde lah muka happy mcm tu kan hahahah. Alhamdulillah. Dan masa Alif cerita 1 kisah di mana Nabi ikut perasaan Aisyah ra sebenarnya ada 5 cerita yang smilar. Alif gather all the stories and tulis and baca berulang cuba detect mana yang paling dekat dgn life Aisyah. Dan Alhamdulillah Alif dpt jawab. Tepuk sikit heheh. Seronok rasa happy nak menangis. 2 minggu kot Alif study. Dan Alif jawab pada 7 July 2017. Ni baru satu soalan tau. Ada lagi satu. Hahaha. Nnt yang lagi satu Alif cerita. Nak scuba jap hahaha.
And actually Alif wonder jugak. Kenapa Aisyah letak syarat2 mcm ni..? Haaaa nnt Alif cerita. Nak tahu kisah lanjutnya. Kalau nak komen lah nak. Alif saja2 nak kongsi je kegembiraan Alif ni. ☺️
“Aku Terima Nikahnya” simple tapi..
Alif sekarang 23 tahun. Hensem and bergetah lagi hahah. Alif tak kerja pun lagi. Masih belajar di Universiti Malaya dalam bidang Muamalat Management. Sebenarnya plan untuk nikah muda ni dah lama sejak umur 19 tahun lagi. Tapi tak nikah2 juga. Alif pun couple jugak. Tetapi kalau Allah kata bukan untuk kita maka bukan lah. Allah knows what best for you. Alif bercinta dengan orang lain kawin dengan orang lain. Itu lah kehidupan, full of surprises.
الذي لغيرك لا يصل إليك،
والذي قسملك حاصل لديك.
Bila mana bukan ditentukan untuk kita maka ia tak akan sampai pada kita. Tetapi bila mana ditetapkan untuk kita pasti dan pasti kita akan dapat.
Jangan kecewa andai kita bercinta tapi tak berakhir dengan pernikahan. Sebaliknya redha dan bersyukur kerana pastinya Allah bagi someone better, mungkin yang lebih sayang kita. Yang lebih care tentang kita. Yang lebih hormati kita. Yang penting hsnudzan.
Nikah muda ni banyak tanggungjawab
And sebelum Alif buat keputusan untuk nikah ni Alif tanya kawan2 juga mcm macam @effiaizat_ Abang @azlanandi abang alif sendiri, haa kena bahagi masa untuk belajar, untuk kerja, untuk isteri, keluarga kawan2. Tapi ingat masa untuk isteri is the most okay. Nnt merajuk pula isteri semua tak leh buat kerja. Okay? My point is, nikah muda tak semudah yang korang fikirkan atau korang nampak dalam gambar. Buat decision wisely. Jangan tiru orang jangan tengok orang nak kawin kita pun nak kawin. Bagus tapi ingat ujian lepas nikah tu lagi besar. Tapi jangan takut, dalam ujian Allah ada manis dia. Tapi kena lah sabar tabah dan kuat. Have faith in Allah. Jadi kepada kawan2 yang couple ke bercinta ke rancang lah untuk nikah kalau tak bersedia nak nikah tinggalkan lah couple. Ingat Allah bagi bila kita bersedia. Sentiasa doa dan berharap pada Allah bukan pada manusia. Alif pun baru lalui 3 hari sebagai suami so tak rasa lagi ujian, rasa manis je sekarang. But be prepared. Okay guys ?
Alif doakan korang mula bercinta lepas lafaz “Aku terima nikahnya”
Sekian, soalan ke dua nnt Alif share okay. ☺️ Sorry nk pergi berenang jap
Soalan kedua, Alif kena present kat Aisyah ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat ketiga
Okay guys! Alif nak kongsi soalan yang kedua. Baca ya.
Soalan kedua ni agak mudah berbanding soalan pertama. Mudah tu tak mudah sangat lah. Tapi Alhamdulillah boleh pegang tangan Aisyah tu kira boleh jawab lah tu. Power tak Alif? Hahaha. But still kena study kena cari buku baca dan faham. Baik, masa Alif tanya Aisyah. “Okay soalan kedua apa pulak?”. Aisyah balas “Alif nak Aisyah jadi Alif kena faham tentang Aisyah, jadi Alif kena present kat Aisyah ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat ke tiga. Kalau Alif boleh present dan Aisyah berpuas hati. Then I’ll be yours”. Alif balas “Okay takpe kalau Alif jawab dua soalan tu Aisyah terima Alif ya.” Aisyah balas “Jawab dlu, Jangan letak harapan sgt.”
Alif balik Alif buka surah An-Nisa ayat tiga. Alangkah seronoknya Alif, bila dapat tahu soalan tu tentang poligami. Senang je lah prempuan tak suka poligami kan, normally lah. Yang suka tu bagus lah. Alif pun hantar msj kat Aisyah “You already mine, pack your things hehe”. Then Aisyah jawab “Kalau Alif jodoh Aisyah Alif akan nampak ap yang Aisyah nk Alif faham dr ayat tu. Mesti Alif nampak pasal poligami kan. Good luck.” Alif pun terfikir, apa lagi Aisyah ni, poligami je yg Alip nampak dalam ayat ni. Tetapi sebenarnya bukan itu ceritanya, ada cerita lain dari ayat tu. Apa lagi, Alif pun study balik, Alhamdulillah jumpa kisah tu. Nak tahu ke cerita ap? Alaa korang cari lah. InsyaAllah jumpa. Apa pun “Masa Alif present dekat isteri Alif, cuak jugak beb. Sbb kalau salah selamat tinggal lh. Cari orang lain lah jawabnya. Tapi alhamdulillah bila Allah tulis nama kita untuk dia maka pastinya kita akan dapat. 7 July Alif present jawapan Alif untuk soalan pertama dan ke dua. Aisyah senyap dan tersenyum. Korang boleh bayangkan tak. Betapa seronoknya Alif. Alif diam je tapi dalam hati ya Allah. Seronok tu Allah saja yang tahu. Alhamdulillah.
Alif nak plan tulis buku untuk isteri Alif. Tanda terima kasih untuk dia. Mungkin bagi semua orang Aisyah itu biasa tapi bagi Alif, Aisyah adalah permata Syurga. ❤️
Nanti next post Alif akan share kenapa Aisyah minta Alif jawab soalan2 ni. Saja nak kongsi. Harap korang suka dgn story Alif dan Aisyah. Nak tahu ke knp? Kalau nak komen lah kat bawah.
“Wahai wanita, mahalkan dirimu”
Okay ! Alif nak kongsikan beberapa sebab kenapa Aisyah Hijanah minta Alif untuk jawab 2 soalan sebagai syarat Aisyah terima Alif. But first Alif minta maaf tak boleh kongsikan jawapan kepada 2 soalan tu. Mungkin Alif akan kongsikan dalam buku Alif dan Aisyah InsyaAllah. Doakannya.
Okay!!! Baik, Masa Alif confess dekat Aisyah. Dia tak minta pun Alif bagi hantaran berdulang2 dan tak perlu juga beri hantaran sampai 30k 40k dia hanya minta jawab dua soalan. Sebab? Ada 7 sebab utama. Alif akan kongsikan di bawah.
Pertama. Sapa2 yang boleh jawab soalan Aisyah. Tahniah anda telah kenal siapa Aisyah Hijanah. Soalan tu menggambarkan kehidupan, impian, keinginan, cita2 Aisyah Hijanah. Jadi nak kenal Aisyah Hijanah cari lah jawapan bagi 2 soalan tu. Jadi bila Alif dah jawab, secara tak sengaja Alif dah pun faham dan kenal siapa bakal isteri Alif ni.
Kedua!!! Kenapa Aisyah minta bakal suami jawab soalan tu, adalah kerana “hati wanita”. Mahalnya harga hati seorang wanita tak ternilai. Tak mampu dibeli dengan kata2 tak mampu dibeli wang atau harta ratusan ribu. Kerana mahalnya hati seorang wanita, hanya yang memenuhi syarat menjawab soalan sahaja diterima Aisyah. Tak kira dia siapa. Jawab! Then Aisyah akan terima. Sebab itu wanita jangan gadaikan hati anda kerana kekayaan, hensem, femes tapi wahai wanita mahalkan diri anda supaya lelaki yang hadir itu adalah lelaki yang benar2 usaha untuk anda. Alip bukan nak show off alip jawab tapi Alip nk kongsi pd sahabat akhowat, harga sesebuah hati wanita.
Sebab yang ketiga, dalam kisah Saidatina Aisyah ra meceritakan bagaimana Nabi SAW melayan Saidatina Aisyah ra. Dari sini korang boleh faham kot apa yang Aisyah nak dari suami dia. Okay?
Baik Alif tengah snorkelling ni. Yang lagi 4 sebab Alif akan kongsi kemudian. Korang nak lagi ke? Tak yah lah kan. Hehe tapi kalau nak komen lah kt bawah “nak” dan tag kawan korang sorang untuk kongsi bersama.
Dont get me wrong, Alif just nak wanita di luar sana cuba mahalkan diri anda. Alif tak bangga Alif boleh jawab tapi Alif bersyukur. Alhamdulillah.
Suami Isteri Dilarang Bergaduh Dan Tak Bertegur Lebih Dari 3 Hari

Suami tak ‘wish birthday’, isteri merajuk. Suami tersalah beli barang dapur, isteri dah tarik muka masam berhari-hari. Tak nak bercakap dengan suami, tengok muka lagilah menyampah. Rasa apa saja perlakuan suami serba menyakitkan hati. Kalau ikut puncanya bukan besar mana pun. Tapi kan sifat isteri memang macam itu. Ada ketikanya dia mudah merajuk. Tapi orang perempuan ni sebenarnya mudah juga reda hatinya. Asalkan suami tahu macam mana nak pujuk, belai, manjakan malah sayangi mereka. Biarlah dah berpuluh tahun kahwin pun, memang itulah sifatnya. Suami yang faham.. fahamlah. Yang tak mengerti atau buat-buat tak nak mengerti akan berkesudahan membawa konflik dalam rumahtangga. Isteri ini kalau dia merajuk bukanlah nak minta suami belikan intan berlian baru dia reda hati panasnya itu. Dia cuma mahukan perhatian suaminya saja. Tapi.. rupanya ada juga yang makan pujuk dengan ‘intan berlian’.. Tengok video kalau tak percaya.
Sebab itu, merajuk isteri jenis manja-manja selagi boleh pujuk. Pujuklah segera. Peluk ke, cium pipi dia ke, buatkan air untuk dia ke, masakkan makanan kegemarannya ke atau apa sajalah. Sebab suami lagi tahukan macam mana nak pujuk isterinya yang merajuk.
Tapi kalau moodnya nampak lain. Jangan pula buat semua itu. Sia-sia je nanti. Biarkan dia merajuk. Tengok saja reaksi dia dalam dua tiga hari itu. Kalau dah masuk hari ketiga, masih tak bertegur sapa. Haaa.. itu dah masuk kategori ‘DANGER’. Kena cepat-cepat pujuk. Bila suami mula ada perasaan MALAS MEMUJUK ISTERI. Danger itu makin berganda-ganda. Bimbang jadi konflik dan boleh menuju jalan perpisahan. Nauzubillah..
Kenapa Merajuk Lebih 3 Hari Itu Bahaya?
Rasulullah Pun Pesan… Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ertinya “Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635) Sebab itu isteri yang sedang merajuk kena cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa).Suami kita juga begitu. Tak sempurna mana pun. Samalah dengan kita wahai isteri. Ada masanya pun isteri tanpa sengaja melukakan hati suami. SEDARLAH SEGERA yang pasangan kita itu adalah hadiah terbaik yang Allah beri. Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu. Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck’ dengan dia ni?” ‘Ya Allah.. mana kau nak lari’ Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir. Bukankah hidup kita ini memang satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh itu sangat kuat anda akan percaya. Dialah cinta terbaik yang tuhan berikan untuk anda.
Tiga Hari Tempoh Bertenang
Kalau dalam mana-mana perundangan pun ada istilah tempoh bertenang. Dalam konsep merajuk dengan suami pun ada istilah yang sama. Suami pula jangan terlalu memaksa isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab apa, orang perempuan bila tengah panas. Siramlah dengan air terjun sekalipun. Dia takkan jadi sejuk. Bagi masa untuk isteri fikir kembali apa yang patut, apa yang tidak. Isteri ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Nanti bila dia dah mula sibuk dengan anak-anak, kerja rumah bagai lupalah dia yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Kadang tu bukanlah lupa sepenuhnya. Tapi isteri yang baik takkan memanjangkan cerita.
IKut Kata Ustaz, Bila Isteri Merajuk Apa Cara Terbaik Memujuk; Kalaulah dah habis cara memujuk, isteri tak juga mahu hilang merajuk. Jangan putus asa. Sebabnya ada 1001 cara nak memujuk isteri yang merajuk ini. Ikut panduan yang dikongsikan oleh ustaz untuk mendamaikan hati pasangan yang sedang makan hati.
Ustaz Kazim Elias; Gunakan Kuasa Pujukan Anak-anak
Ustaz Azhar Idrus; Kalau Dah Habis Cara Sangat… Beri Saja ‘Pitih’ Dah fahamkan, merajuk tu boleh tapi kenapa tak boleh lebih 3 hari? Haa.. buat suami, kalau isteri dah muncung sedepa tu cepat-cepatlah pujuk. Bagi tenang sikit emosi sensitifnya itu.
Baca Ayat Ini, Untuk Pasangan Kerap Berselisih Faham, Akan Merasa Pening, Panas, Berdebar Dan Loya

Setiap pasangan yang berkahwin pasti pernah berhadapan dengan perselisihan faham dalam berumah tangga. Itu perkara biasa.
Di sebalik itu, ada pula pasangan yang mengalami situasi hubungan mereka sentiasa ‘panas’ tanpa sebab-sebab munasabah. Lebih pelik apabila berjauhan rasa rindu menggebu, apabila dekat seperti mahu berperang.
Jika ada pasangan yang sentiasa berasa tidak kena dalam rumah tangga mereka tanpa sebab munasabah, mudah marah dan lebih teruk apabila timbul prasangka buruk sehingga timbul perasaan benci, mungkin anda perlu bertenang sebentar.
.
Situasi tegang itu tidak mustahil disebabkan oleh gangguan dan perbuatan iblis penghasut rumah tangga yang dikenali sebagai Dasim.
Siapa sebenarnya Dasim? Makhluk itu adalah iblis yang tidak suka melihat kedamaian dan kasih sayang di antara suami isteri.
Menjadi tugasnya untuk menghasut serta menyemarakkan api kemarahan dan kebencian dalam diri suami isteri agar rumah tangga mereka berpecah belah.
Lebih menakutkan Dasim gemar menghasut wanita yang dalam keadaan haid, sedang mengandung atau ketika berpantang yang mana keadaan emosi mereka mudah terganggu.
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian mengutus bala tenteranya. Maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya. Datanglah salah satu dari bala tenteranya dan berkata. “Aku telah melakukan begini dan begitu”. Iblis bekata, “Engkau sama sekali tidak melakukan apa-apa”.
“Kemudian datang yang lain dan berkata; “Aku tidak meninggalkannya hingga aku berhasil memisahkan dia dan isterinya.” Maka iblis mendekati dan berkata; “Sunggah hebat (syaitan) seperti engkau.” – [HR Muslim].
Perlu diketahui oleh semua pasangan suami isteri bahawa betapa bijaknya Dasim ini dalam berusaha menggunakan pelbagai cara untuk menganggu keharmonian sesebuah rumah tangga.
.
Malah iblis itu sentiasa berusaha membuat kacau, menghasut hati, membisikan sesuatu keburukan untuk melihat perceraian dalam rumah tangga.
Dasim juga gemar mengikut apa sahaja aktiviti dilakukan pasangan dalam rumah mereka termasukla dia akan ikut serta makan makanan dihidangkan sekiranya mereka tidak membaca doa.
Bagaimanapun pasangan suami isteri boleh berwaspada dengan kehadiran Dasim dalam memastikan keharmonian rumah tangga terjamin.
Berikut adalah beberapa petanda perkahwinan anda diganggu iblis Dasim
1. Suasana rumah tangga tidak harmoni dan penuh dengan emosi negatif seperti suami isteri mudah marah tanpa sebab.
2. Suami atau isteri sering berfikiran negatif terhadap pasangan selain berasa was-was, ketakutan serta curiga apabila pasangan di luar rumah.
3. Berlaku maksiat di dalam rumah seperti gemar menonton pornografi tanpa rasa segan atau pun liat melakukan ibadat serta pasangan bersikap malas sehingga keadaan rumah tangga terbiar.
4. Solat tidak khusyuk juga boleh menjadi petanda gangguan Dasim seperti terlupa rakaat solat dan perkara itu berlaku berulang-ulang.
.
Amalan yang boleh kita lakukan bagi mengelak daripada termakan hasutan dan gangguan Dasim.
1. Apabila timbul salah faham dengan pasangan jangan dipanjangkan dengan bermasam muka sebaliknya belajar untuk segera memohon maaf.
2. Setiap kali menikmati makanan cuba amalkan membaca doa, terapkan dalam diri anak-anak agar menjadi kebiasaan bagi mengelak gangguan Dasim ketika makan.
3. Apabila sedang marah, seseorang perlu mengucap dua kalimah syahadah, beristighfar serta asingkan diri seketika untuk bertenang selain redakan api kemarahan itu dengan mengambil wuduk dan melakukan solat sunat dua rakaat.
4. Sentiasa berdoa kepada Allah selepas solat untuk minta dijauhkan daripada pengaruh jahat dan bisikan Dasim.
5. Bilik kosong dalam rumah jangan dibiarkan terutamanya yang mempunyai katil dan selimut. Ini kerana jin atau iblis suka menyorok dalam selimut. Rasulullah juga pernah berpesan agar kita ketuk serta libas selimut serta bantal sebelum naik ke atas katil. Selain melakukan solat dan berzikir di dalam bilik yang tidak berpenghuni.
6. Amalkan membaca surah Yasin dan al Quran di dalam rumah serta memberi salam dan berdoa ketika masuk ke dalam rumah iaitu; Assalaamu’alaina wa’ala ‘ibaadillaahish shoolihin. (Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh).