Hanya tinggal beberapa bulan lagi anda bakal menjadi ratu sehari. Tentunya persiapan bukan sekadar mencari baju pengantin, juru solek yang bakal mencantikkan anda pada hari tersebut malah meliputi keseluruhan penampilan anda. Inilah masanya anda terbaik iaitu memanjakan diri di spa dengan membuat rawatan yang sewajarnya bagi mengembalikan aura seri si pengantin.

Menyedari kepentingan itu , apa kata anda buat temu janji di spa kecantikan Estetika Medispa di Seksyen 14, Shah Alam dibuka khusus buat anda yang impikan kulit bersih dan sihat. Ternyata sesuai buat bakal pengantin menjelang majlis kahwin berlangsung.

Paling menarik di sini mereka menyediakan pelbagai rawatan wajah mengikut kesesuaian kulit anda dengan harga yang sangat berpatutan. Di antara rawatan yang disediakan ialah Diamond Glow Therapy, Dermo Expert, Dermo Expert Plus, Vibrant, Lips Rejuvenation, Dermapen, Resurface, Double Layer Vitamin C Facial, Diamond Corbon,  Acne Clear dan beberapa lagi terapi yang diberikan di sini.

Wajah Mulus Dan Bersih Di Estetika Medispa

Rawatan Diamond Carbon

Bakal pengantin boleh mencuba rawatan Diamond Carbon ini. Proses ialah di mana wajah disapu dengan krim karbon sehingga menutupi keseluruhan kulit. Selepas krim ini dibiarkan selama 20 minit, kuasa pancaran laser dihalakan ke bahagian wajah bermula dari dahi, pipi, hidung dan dagu. Semasa rawatan, pelanggan akan mendengar bunyi ‘klik’ yang menandakan bahan karbon ini diserap ke dalam kulit.

Bagi yang baru kali pertama kali melakukannya mungkin akan terasa sedikit suam apabila alat ini diletakkan di wajah, namun ia tidak menyakitkan. Proses rawatan ini mengambil masa kira-kira 30 minit sehingga satu jam selepas semua warna hitam karbon diserap barulah alat ini  dihentikan. Terakhirnya wajah kemudian disapu dengan losen pelembap untuk keselesaan pelanggan.

IKLAN

Selain tidak menyakitkan dan mendatangkan kesan sampingan, rawatan laser karbon menunjukkan kesan ketara. Pengelupasan secara laser karbon juga mencetuskan penghasilan sel kulit baru sekali gus menjadikan kulit lebih cerah dan sihat.

Menggunakan kuasa pancaran laser untuk membetulkan pelbagai ketidaksempurnaan kulit. Apa yang membezakannya ialah lapisan karbon yang tipis digunakan untuk melitupi bahagian kulit yang hendak dirawat manakala laser ini menyedut zarah ini perlahan-lahan sambil menanggalkan lapisan lama pada permukaan kulit.

Kaedah ini akan menghasilkan lapisan kulit baru yang lebih cerah dan licin di bawah lapisan yang lama. Kulit juga akan menjadi lebih lembap dan kelihatan berseri kerana ia mampu menahan lembapan yang secukupnya. Hasilnya ialah kesan semula jadi terserlah pada kulit yang lebih cerah.

Ketika terapi ini, pelanggan tidak akan berasa sakit atau kurang selesa cuma kulit terasa seperti digigit semut. Pelanggan juga boleh terus menyambung semula aktiviti harian mereka. Bagi yang baru kali pertama melakukannya pasti akan merasai perbezaannya apabila kulit lebih halus dan lembap.

IKLAN

Sebelum melakukan laser karbon kulit perlu dibersihkan bagi menghilangkan kotoran. Wajah disental menggunakan skrub khas bagi mengeluarkan sel kulit mati sambil juruterapi melakukan urutan lembut pada bahagian dahi, pipi, hidung dan dagu. Selepas laser selesai wajah diletakkan di bawah lampu LED Fototerapi selama 15 minit bagi mengurangkan pigmentasi dan mencantikkan kulit.

Untuk mendapatkan kesan yang diinginkan rawatan ini boleh dilakukan dua minggu sekali selama enam kali kemudian diteruskan sekali sebulan. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang teruk digalakkan memakai pelindung matahari selepas melakukan laser karbon dan menggunakan produk penjagaan wajah sesuai jenis kulit.

Wajah Mulus Dan Bersih Di Estetika Medispa

Terapi terbaik

IKLAN

Keistimewaan pusat kecantikan ini juga turut menyediakan rawatan gabungan teknologi moden dan tradisional. Dari segi harga pula mereka  menawarkan pakej berpatutan serendah RM100 hingga RM1,000. Tidak hanya menyediakan rawatan kulit, Estetika Medispa turut mengeluarkan produk sendiri iaitu jenama Mesoceutical yang membawa maksud perantaraan kulit.

Bagi pelanggan yang menghadapi kedua-dua masalah ini, rawatan yang diberikan bergantung kepada masalah mereka. Sebelum diberikan sesi rawatan, mereka melalui imbasan kulit bagi melihat keadaan kulit. Terapi akan menilai punca masalah dan mengesyorkan rawatan sesuai. Kebanyakan rawatan di spa terbabit menggunakan mesin khas dan tidak meninggalkan kesan dan kesakitan berpanjangan.

Bagi masalah jeragat pula, imbasan dibuat sebelum doktor memberikan ubat sesuai sama ada ia berkaitan hormon atau sebaliknya. Ramai pelanggan datang disebabkan salah menggunakan produk termasuk produk tiada pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta bertemu dengan pakar yang tidak bertauliah.

Bagi masalah jerawat dan jeragat, Estetika Medispa menggunakan mesin Oxycryo atau terapi oksigen pada kulit wajah bagi meremajakan semula sel kulit mati. Lama-kelamaan kulit menjadi segar dan sihat.Teknologi berasal dari Korea ini semakin popular. Istimewanya kaedah rawatan ini kerana ia langsung tidak mendatangkan kesakitan, malah pelanggan berasa selesa dan tenang sepanjang 45 minit sehingga satu jam berlangsung.

Sebelum mesin Oxycyro di letakkan pada kulit, kulit pelanggan akan dibersihkan terlebih dulu bagi membuang sisa kotoran. Ini bagi memastikan sepanjang 45 minit ia memberikan kesan sempurna seperti yang diinginkan. Ia langsung tidak mendatangkan ketidakselesaan atau kesakitan seperti kebanyakan rawatan yang menyentuh kulit atau menggunakan peralatan tertentu. Pelanggan boleh berehat dan melelapkan mata seketika sambil wajah dibelai lembut, disertai kedinginan saat oksigen mengenai bahagian tertentu. Selain itu bakal pengantin boleh mencuba rawatan Dermo Expert. Ia menyatukan beberapa teknik moden dalam dunia kecantikan untuk memberikan anda wajah yang lebih bersih, anjal dan ‘flawless’.

Buat bakal pengantin, sebaiknya membuat rawatan wajah ini sebulan sebelum majlis berlangsung bagi memberikan seri pada wajah. Kulit yang bersih menjadikan anda lebih berkeyakinan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI