Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib menggantikan puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan. Namun, masih terdapat sesetengah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa atas alasan tertentu.
Sekiranya perkara ini terjadi, anda perlu membayar fidyah. Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, anda diibaratkan berhutang kepada Allah. Jangan memandang ringan hal ini.
Di Mana Boleh Bayar Fidyah?
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Cara Bayar Fidyah
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
Ads
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
3. Buat Bayaran
Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Ads
Ini cara jika anda mahu membayar fidyah menggunakan Maybank2U:
1. Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’
Ads
3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
4. Pilih ‘Fidyah’
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi ia bergantung kepada jenis bank atau negeri. Ada sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online. Jika tiada pembayaran online, lakukan secara manual.
Jadi, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa.
Dalam keadaan tertentu, ada sesetengah pasangan tidak dapat mengelak daripada tinggal berjauhan. Selalunya atas alasan tuntutan pekerjaan atau pendidikan.
Namun begitu ia bukanlah alasan sesebuah hubungan suami isteri itu suram lantaran tidak tinggal sebumbung. Kata orang ‘Jauh Di Mata Dekat Di Hati. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh.
Namun usaha perlu ada dan berterusan bagi memastikan hubungan suami isteri kekal ‘hot’. Berikut dikongsikan rahsia mengekalkan hubungan jarak jauh.
Masak Bersama
Lelaki yang pandai beraksi di dapur adalah lelaki yang seksi. Setuju atau tidak? Ajaklah suami anda membantu anda di dapur. Masak makanan yang menjadi kegemaran anda berdua. Selang-selikan acara memasak dengan gurau senda anda berdua di dapur nescaya ia mampu menghangatkan suasana hingga bakal dilanjutkan di atas ranjang. Tapi pastikan anda berdua makan terlebih dahulu!
Beri Kejutan
Pakai baju tidur yang pernah anda pakai ketika malam pertama. Dengan cara ini anda dan suami dapat mengimbau kembali detik-detik indah bergelar pasangan suami isteri. Mungkin anda boleh menabur kelopak bunga mawar yang ditabur sepanjang jalan menuju ke kamar tidur. Tulis juga nota cinta di pintu kamar agar suami tercinta tidak sabar untuk bertemu dengan anda di ranjang.
Keluar Temu Janji
Jika anda berdua sudah lama tidak keluar berdua, rancang dengan pasangan untuk sebuah temujanji yang benar-benar bermakna. Dapatkan seorang pengasuh untuk menjaga anak-anak ketika anda berdua keluar bersama. Bersiap cantik-cantik umpama mahu keluar buat kali pertama dengan si dia. Berjalanlah sambil berpegangan tangan. Sekali-sekala tidak salah tangan ‘merayau’ di bawah meja ketika anda dan pasangan sedang menjamu selera.
Menonton Wayang
Menonton wayang bersama juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Pilih filem bergenre romantis. Secara tidak langsung ia dapat menyemarakkan rasa cinta anda dan pasangan. Jika tidak berkesempatan untuk menonton wayang, tonton filem romantik kegemaran anda berdua di kamar tidur. Pastikan anak-anak sudah tidur lena. Selepas itu, anda tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Beraksi Spontan
Jangan memandang remeh kepada aksi spontan. Sekali-sekala layangkan ciuman sayang pada pipi pasangan tanpa si dia dapat menduga tindakan refleks anda itu. Mungkin juga anda boleh berikan satu pelukan yang erat pada pasangan. Tentu si dia akan rasa dihargai dan disayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya kekuatan seorang isteri itu terletak pada sejauh mana dia mampu bersabar dengan sikap seorang suami.
Selagi dia masih kuat, maka selagi itulah dia masih boleh berhadapan dengan sikap dan tingkah laku suaminya.
Sebenarnya, isteri dah banyak tolong suami. Dari pagi smpai ke malam, banyak perkara yang dia dah mudahkan untuk suami.
Suami cuma perlu keluar mencari rezeki, balik rumah, mandi, makan dan tidur.
Ini kitaran hidup seorang suami. Tak kena fikir tentang apa yang perlu dimasak, tak kena fikir tentang kerja sekolah anak-anak, tak kena fikir tentang kerja-kerja rumah.
Isteri Cuma Mahukan 3 Perkara Ini Untuk Bertahan
Haaa… sebab semua isteri sudah buat. Isteri sudah selesaikan satu persatu dari kita keluar pagi sehinggalah kita balik di petang hari.
Balasannya? 3 perkara sahaja:
1 – Perhatian
2 – Penghargaan
3 – Kesetiaan
Ini yang diharapkan seorang isteri setelah pelbagai pengorbanan yang dia lakukan dalam rumah tangga.. Sekiranya dia dapat ketiga-tiga perkara ini, maka dia sudah tak perlukan apa-apa lagi daripada suaminya.
Bila Dah Kahwin, Setia Itu Pasti
Dia tidak mengungkit, tidak merungut, dan tak mengeluh. Selagi suami mampu bagi 3 perkara tersebut kepada isteri, maka selagi itulah isteri akan terus kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang bersama kita.
Tak susah pun untuk menunaikan 3 perkara tersebut. Yang penting kena toleransi dan saling menghargai.
Begitulah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persiapan perkahwinan bukan sahaja wajib dilakukan oleh pengantin perempuan, tetapi pengantin lelaki juga tidak terkecuali. Tips yang perlu anda ambil tahu bagi menghadapi saat indah bergelar suami kepada sang ratu yang bertakhta di hati.
Mungkin tips-tips yang kami ingin kongsikan dengan anda sesuatu yang biasa sahaja. Tetapi masih ada yang memandang rendah pada tips ini. Jadi apakah yang perlu bagi bakal pengantin lelaki di luar sana perlu ambil berat dalam persediaan menjelang saat diijabkabul?
1) Sediakan sapu tangan
Bukan apa, bila hati dah berdebar, sudah semestinya peluh membasahi diri. Lupakan kipas dan aircond, kerana semestinya anda akan berpeluh. Ditambah cahaya lampu pelamin lagi. Jadi, sediakanlah sapu tangan untuk lap peluh jantan anda itu. Atau anda juga boleh ingatkan pengapit anda bawakan tisu ke, mana lah tahu kalau sapu tangan anda tadi sudah basah habis.
2) Bawa bersama pen
Jangan lupa untuk bawa bersama pen. Pen itu pula bawa yang cantik cantik sikit. Jangan pula anda bawa pen yang dakwat nya hidup segan mati tak mahu. Tunjukkan anda sudah bersedia. Nanti kalau photographer ambil gambar anda, lihat lah juga pen yang cantik.
3) Duit upah jurunikah dan saksi
Ini antara persediaan yang penting yang perlu anda ambil tahu. Pastikan duitnya sudah anda terlebih dahulu letak di dalam sampul. Adab kita, supaya nampak lebih sopan dan beradap. Jangan pula anda tak bagi pak imam duit atau masa itu baru lah anda mencari untuk pinjam duit dengan orang!
4) Pakai stoking
Kenapa perlu pakai stoking? Ini untung nampak anda lebih berketrampilan, kemas dan elegan. Tips memilih stoking adalah warna dan corak. Jangan pula anda pilih untuk pakai stoking warnanya terang benderang. Sampai lima batu pun dah nampak. Pilih warna yang selamat seperti hitam, coklat, atau kelabu. Kalau nak lagi selamat, beli sahaja yang baru.
5) Kasut yang bersih
Bersanding, duduk berdua di atas pelamin tersergam nan indah. Tapi hilang indahnya jika anda memakai kasut yang alahai seperti baru lepas main bola dalam hujan. Pastikan kasut anda cantik, kemas, bersih, berkilat. Barulah indah anda dan pasangan di atas pelamin.
6) Pakaian dalam (singlet)
Jika baju yang dipakai anda tidak kira lah untuk sanding ke, akad nikah ke, warnanya adalah putih, pastikan anda memakai singlet. Bukan apa, kalau anda peluh, boleh lah singlet serap peluh anda. Tanpa singlet, habis basah lecun pula baju melayu tu nanti. Ini adalah hari bahagia anda, dan anda adalah raja sehari. Kesempurnaan akan terjadi dengan kepekaan dari anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!