Perkahwinan yang melibatkan pasangan berlainan agama, lebih besar cabaran yang perlu dihadapi terutama kepada kaum wanita. Hal ini kerana ‘imam’ mereka belum tahu apa-apa mengenai Islam.
Adam Corrie pernah berkongsi dalam satu hantaran dilaman Facebooknya tentang beberapa pesanan buat wanita sebelum mereka meneruskan hubungan dengan lelaki berlainan agama.
Berikut pesanan yang dikongsikan oleh Adam Corrie. Semoga info ini dapat membantu mereka yang ingin berkahwin dengan calon suami yang masih belum lagi memeluk agama Islam.
Alhamdulillah hari ini saya sudah 15 tahun kembali kepada fitrah.
Seperti baru semalam saya syahadah. Membuat keputusan untuk kembali kepada fitrah sudah dipendam lama. Ya mengambil masa yang lama. Tiada sesiapa yang memaksa, ia adalah pilihan saya sendiri.
Mungkin ada kata saya memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan wanita Melayu. Tidak sama sekali, saya berjumpa dan berkahwin dengan bidadari saya setahun selepas syahadah.
Ingin saya berikan sedikit nasihat kepada wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki yang belum Islam.
Ads
Jangan bercinta terlalu lama. Cinta tak menjanjikan kebahagiaan tanpa iman. Ia hanya membuang masa menunggu tanpa kepastian dan semestinya menambahkan dosa tanpa kita sedari.
Jika benar sayangkan dia kerana Allah. Usahalah kenalkan keindahan Islam dengan peribadi diri kita sendiri.
Jika tidak nampak sebarang perubahan ke arah jalan yang lurus. Adalah lebih baik undur diri dan cari pasangan hidup yang lain.
Ada ibu bapa yang halang anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang belum Islam (bakal syahadah) kerana tak yakin anak gadisnya boleh pimpin bakal suaminya.
Ads
Kerana anak gadisnya sendiri masih perlukan bimbingan agama dan tidak menjalankan dan amalkan kehidupan sebagai muslim sebenarnya dan juga risau anaknya terjebak dengan kehidupan pasangan yang tiada batasan sebelum syahadah.
Ini memang realiti terjadi. Banyak juga kes sebegini saya dapat. Yang sedia muslim tak mendidik suami/isteri mereka yang saudara baru kenal Islam, malah terjebak dengan kehidupan tanpa batasan.
Tak salah masuk Islam kerana nak kahwin, kerana itu juga hidayah melalui perkahwinan tetapi tanggung jawab selepas syahadah itu lebih penting. Untuk terus kenal, belajar dan amalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Ads
Untuk sahabat-sahabat yang belum Islam yang berhajat memeluk Islam. Saya sarankan betulkan niat. Niat itu penting. Niatkan kerana Allah
Jika kita nak masuk Islam kerana wanita/lelaki. Jika ada masalah kelak. Kita akan salahkan mereka. Tanpa muhasabah diri
Jika niat kita masuk Islam kerana Allah. InsyaAllah apabila ada ujian datang. Kita akan hadapinya dengan tenang. Kerana kita yakin dan hati kita sudah tersimpul kuat dengan Allah SWT. Iman kita kuat..
Saya pun masih merangkak belajar Islam dan saya bersyukur dapat pasangan, keluarga, murabi-murabi dan sahabat-sahabat yang sangat-sangat membantu saya untuk kenal dan amalkan ajaran Islam.
Hadiah yang terindah dalam hidup saya apabila saya kembali kepada Islam dengan diberikan taufik dan hidayah .. Aamin allahuma aamin
Ramai wanita jika boleh tidak mahu ‘terjerat’ dengan bakal suami anak mak. Banyak perkara yang akan timbul selepas berkahwin nanti. Sebagai lelaki yang rapat dengan ibunya berkemungkinan akan mempunyai isu selepas berkahwin. Lelaki ini perlu menyesuaikan diri selepas menjadi suami untuk keseimbangan hubungan dengan ibu dan isteri.
Bagaimanapun ada jenis lelaki anak emak, namun dia mempunyai pendirian dan pandai membahagikan kasih sayang sama rata antara ibu dan isteri. Paling pengting si lelaki tahu membezakan tanggungjawab sebagai seorang anak dan ketua keluarga.
Segalanya ingin diceritakan dan dikongsikan bersama ibunya walaupun hal peribadi yang kadang kala anda berasa tidak perlu dikongsikan bersama ibu. Kadang kala naik hangin tiba-tiba bila telefon berbunyi nama ibunya terpampar, dan mengajaknya berjumpa untuk berbincang hal yang tidak penting langsung. Jika ini berlaku make it clear pada pasangan anda, agar bijak membahagikan masa atau boleh la fikir sendiri ya ‘mommy’s boy.
Manja Kurang Berdikari
Kalau dah sebut anak emak tu pastinya semua mak dialah yang mengatur dalam hidupnya, biar sampai nak minum, makan dan pakai apa pun mak aturkan. Jangan biarkan si dia terus manja begini merana hidup. Sekiranya anda berdua bercadang untuk berkahwin, bentuklah si dia untuk lebih berdikari dan mampu membimbing anda kelak. Kalau anda melihat baju kemejanya nampak licin dan tajam pada lengan baju, sekali sekala tanya la siapa yang gosok baju sayang?, jika jawapan yang diberikan adalah mak! Ambillah kesempatan untuk perli si dia agar lebih matang dan bertanggungjawab selepas ini.
Tunjuk rasa hormat anda pada bakal mertua anda adalah satu perkara yang baik ini akan memberi membuatkan bakal suami anda bertambah sayang. Bila anda menunjukkan sikap prihatin ada terhadap pasangan anda sewaktu adanya bakal ibu mentua anda saat itu mungkin bakal mentua anda akan berasa anaknya ada yang mampu menjaga sama baik seperti dia menjaga dan menatang anak lelakinya.
Cuba Jadikan Ibunya BFF
Bila dan mula menghormati bakal ibu mertua, cuba wjudkan persefahaman bersama wanita yang cukup disanjung bakal suami anda. Ini akan memudahkan kerja anda. Pasangan terlalu mendengar kata ibunya, tetapi jika anda bijak mengatur situasi ini, bakal ibu mertua anda pasti akan mendengar kata anda, jika berlakunya sesuatu.
Berseri sungguh air wajah atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri dalam majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini, memukau siapa sahaja yang memadangnya.
Maklumlah, jarang nak tengok wajah Nur Dhabitah Sabri ini memakai mekap. Dengan sentuhan magis makeup artistbyfatinani, terserlah keayuan isteri kepada Mohammad Aizat Ahmad Nazri yang lebih dikenali sebagai Jiggy Masin.
Selepas 7 Bulan Berkahwin, Dhabitah Sabri Buat Resepsi
Selepas 7 bulan jadi suami isteri, baru sekarang boleh buat majlis persandingan mereka. Ini disebabkan jadual ketat Dhabitah yang terikat dengan pelbagai latihan dan kejohanan dunia.
Tanggal 11 November lepas akhirnya pasangan mempelai ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah dan indah di Royale Palace, Cyberjaya.
Berkongsi video kemeriahan majlis, ujar Dhabitah, “Alhamdulilah selesai sudah majlis persandingan kami. Thank you everyone for coming to celebrate our happy moments together.
Kepada yang datang kami nak minta maaf kalau ada kekurangan. Doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.”
Dhabitah kelihatan anggun menggayakan busana eksklusif bertemakan rona lilac ilham Altelia Amani. Sedondon dengan suami tersayang yang segak dalam persalinan sut.
Selain diraikan ahli keluarga dan sahabat handai, pasangan romantis ini turut menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Hannah Yeoh.
Jelas tergambar kebahagiaan pasangan ini yang nampak serasi, didoakan semoga terus menyulam cinta sehingga akhir hayat.
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.