Jika ada pasangan bakal mempelai yang bercadang untuk membuat goodies kenduri kahwin dengan meletakkan roti, ia satu cadangan yang baik dan praktikal. Roti memang menjadi kesukaan semua orang jadi tidaklah membazir jika dijadikan buah tangan untuk dibawa oleh tetamu.
Mudah dan tidak remeh. Hanya perlu membuat pesanan dari kilang. Pihak kilang akan hantar terus ke rumah tanpa cas penghantaran dengan pilihan kotak yang cantik untuk roti putih pada harga RM3.20 termasuk kotak yang cantik.
Kalau kite ade oder roti lain-lain boleh dipertimbangkan kalau nak oder 100 unit je. Yang bestnya stok semua segar dan baru. Kadang-kadang pening hendak memikirkan goodies yang tak membazirkan.
Ads
Berikut cara-cara hendak membuat tempahan:
1. Tempahan sebaiknya dua minggu sebelum kenduri kahwin. Roti putih akan dihantar sehari sebelum kenduri. Twiggies dihantar lebih awal sebab tarikh tamat tempohnya lebih lama.
2. Staff akan bagi invois oder di whatsap.
3. Buat pembayaran dan send bil bayaran di whatsap.
5. Korang boleh membuat tempahan bagi setiap negeri di talian 03-5161 3228 melalui Jabatan Jualan Kilang.
Bagi tahu hendak bercakap dengan bahagian sale , lepas itu staff akan tanya nak oder apa dan date kenduri tu bila. Date nak hantar bergantung pada jenis roti yang di oder dan staff kilang akan bantu korang nanti. Roti boleh dihantar ke seluruh Malaysia.
Sebaknya bila kekasih hati yang dinikahi akhirnya terpaksa dilepaskan. Kisah suami isteri ini menjadi perhatian sejak lama dahulu kerana Siti Rohayu menjadi ketua keluarga, menggantikan suaminya yang lumpuh kerana kemalangan.
Ridhwan Mohd Zaki yang lumpuh dan hilang ingatan akibat kemalangan jalanraya pada tahun 2017 hanya mampu terlantar di katil tanpa sebarang kata-kata. Lebih memilukan, doktor memberi kata hanya enam bulan sahaja harapan hidup buatnya. Hati isteri mana yang tidak pilu namun dengan semangat yang ada, Siti Rohayu tegar menjaga suaminya.
Sejak 2017 juga Siti Rohayu bertungkus lumus mencari rezeki untuk keluarga. Belanja barang keperluan harian, perbelanjaan untuk dua orang anaknya yang sedang membesar, perbelanjaan ubat-ubatan dan makanan untuk suami tersayang dan macam-macam komitmen lain menjadi tanggungjawab Rohayu.
Dengan izin Allah, Ridhwan kembali pulih. Tetapi kegembiraan dan kebahagiaan itu hanya seketika kerana Rohayu terpaksa membuat keputusan untuk berpisah. Sayu membaca postingnya sejak akhir-akhir ini. Satu video live dari mahkamah jadi saksi ‘berakhirnya’ hubungan suami isteri ini.
“Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti.”
“Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.”
“Dunia ini sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya.”
“Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.”
Dalam posting berlainan, curahan hatinya lebih membuatkan sebak.
Assalamualaikum
Selamat Pagi kesayangan semua
Salam Jumaat
“Bila datang rasa sedih, pejamkan mata dan katakan dalam hati, inilah perjalanan hidupku Allah yang letakkan aku disini. Aku mesti teruskan perjalanan hidup ini, aku yakin pada suatu saat nanti, Allah akan memberikan kejutan-kejutan indah buat diriku. Datang bawa anak-anak bercuti rehatkan fikiran yang sudah terlalu penat. Hati yang sangat sarat.”
“Undur diri dan menjauh bukan kerana memutuskan silaturahim. Tapi sebab ingin memutuskan perselisihan, perdebatan, kesalahfahaman dan rasa ketidak nyamanan kerana prasangka buruk yang menimbulkan hasad dengki. Ku serahkan semuanya pada Allah, Hati ku jiwa ku ragaku dan seluruh hidup ku. Indah nya semua ini nanti dan aku harus kuat. Semoga hari-hari yang mendatang membahagiakan aku dan anak-anak.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Impian hampir semua orang ialah memiliki kediaman yang selesa. Sebolehnya ia mesti mempunyai ruang tamu yang luas, dapur yang cukup lengkap dengan peralatan, bilik tidur setiap seorang ahli keluarga, laman yang luas dan indah, kolam renang dan kolam ikan, pergola, gazebo untuk berehat dan sebagainya.
Wah, wah, kalau diikutkan hati dan perasaan, memang tidak akan habis segala keinginan rumah impian kita. Kebanyakan kita mampu bermimpi sahaja, tetapi apabila ditoleh kembali dalam akaun bank, sedih sekali. Poket dan dompet selalu tidak berisi, alamatnya jauhlah lagi untuk memiliki rumah idaman sebegitu.
Begitulah realiti kehidupan, kesenangan tidak mudah untuk dicapai. Ia perlu dengan usaha. Saya cukup gembira jika anda dapat belajar sesuatu dalam artikel edisi lepas iaitu menjadi jutawan dalam usia muda. Sememangnya, perubahan minda dan sikap adalah perlu. Jadi tidak salah anda mempunyai impian memiliki rumah idaman yang mewah dan selesa, asalkan anda berusaha untuk itu.
Setiap impian perlu disusuli dengan perancangan yang rasional dan tindakan yang tersusun. Rata rata daripada kita tidak dilahirkan dalam keluarga yang berada, jadi kita perlu bermula dari bawah. Saya juga kongsikan sebelum ini, asas kepada mencapai kebebasan kewangan adalah perancangan kewangan yang lengkap.
Membeli rumah pertama agak susah bagi kebanyakan orang, terutama bagi pasangan pengantin baru, Ini kerana beberapa masalah:
Mencari modal membeli rumah
Berapakah modal diperlukan untuk memiliki sebuah rumah? Secara asasnya modal yang diperlukan adalah;
Anda perlu ambil perhatian bahawa bayaran guaman diperlukan untuk dua proses iaitu Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement, S&P) dan Perjanjian Pinjaman ( Loan Agreement). Jadi jumlah di atas perlu digandakan dengan dua, untuk dua proses ini.
Jika ini belian rumah pertama anda, anda layak untuk mendapat diskaun 50% atas duti setem ini untuk belian di bawah RM 400, 000.
Manakala duti setem untuk Perjanjian Pinjaman pula adalah 0.5%
Jumlah kesemua modal yang diperlukan untuk membeli rumah ialah sekitar 14-15% daripada harga rumah. Ini belum lagi termasuk kos renovasi dan juga takaful MRTA/MRTT. Sekiranya rumah yang ingin dibeli berharga Rm 300,000, kita perlu mempunyai modal awal sebanyak RM 45, 000.
Jelas di sini, jumlah ini sememangnya sangat tinggi untuk mereka yang baru bekerja dan tidak mempunyai apa apa simpanan. Mahu tidak mahu perlu untuk merancang mengumpul modal ini untuk memiliki sebuah rumah.
Tidak tahu Rumah Yang Sesuai
Ini juga merupakan masalah besar apabila tidak tahu memilih. Untuk memastikan rumah mana yang sesuai dengan kita, kita perlu ukur baju di badan sendiri dahulu.
Disini kita perlu kira dahulu bajet dan rumah yang layak untuk dibeli. Secara mudah, kita mampu membeli rumah berdasarkan Nisbah Servis Hutang (Debt Service Ratio). Formulanya adalah seperti berikut;
DSR = ( Jumlah semua komitmen hutang bulanan / Jumlah Pendapatan Bersih) x 100
Dan nilai ini perlu kurang daripada 70%.
Lebih kurang hutang, lebih banyak bajet untuk rumah. Nah, sekarang kita baru menyesal kenapa kita bayar lebih untuk kereta kita itu. Disinilah akibatknya. Jadi jangan buat banyak hutang sebelum membeli rumah, beli rumah dahulu dan kemudian baru beli kereta.
Walau dimana pun anda tinggal sekarang ini, pastikan anda membeli rumah untuk di lokasi yang sesuai. Apa maknanya sesuai? Sesuai dengan potensi kenaikan harga. Strategik. Tinggi permintaan.
Saya minta untuk orang muda supaya lupakan dahulu membeli tanah kampung dengan harapan satu hari nanti mahu balik kampung dan bina rumah. Ia satu perancangan yang kurang bijak. Apatah lagi jika tanah tersebut tidak meningkat harga dan susah pula untuk dijual semula.
Ada baiknya belian rumah pertama kita untuk pelaburan, bukan untuk tinggal sendiri. Apabila belian rumah pertama kita menjana pendapatan sampingan, maka mudah pula untuk kita membuat belian rumah yang lain. Fokus kepada membanyakkan aset, bukan liabiliti. Rumah yang kita tinggal pula bukan aset dan juga bukan liabiliti, tetapi aset yang mandul.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Micellar Water adalah salah satu produk pembersih yang pertama. Teknologi micellar dalam pembersih boleh mengikat minyak dan menanggalkan kotoran atau sisa solekan secara menyeluruh.
Sangat mudah untuk digunakan, hanya tuangkan pada bebola kapas dan kemudian sapukan perlahan-lahan pada muka anda. Hah, anda yang bakal jadi pasangan orang tu, eloklah jaga muka sebelum jadi ‘ratu’ sehari ya! Barulah berseri semula jadi.
Tapi nampaknya salah guna micellar water menyebabkan jerawat. Jadi bagaimana anda menggunakan air micellar yang betul?Jom, baca petua ini tentang cara memastikan kulit anda bersih dan bebas jerawat!
Tidak menanggalkan solekan anda selepas seharian memakai solekan boleh menyebabkan jerawat. Jadi jaga kebersihan muka. Jika anda menggunakan air micellar, gunakan air micellar sebagai langkah pembersihan pertama dan kemudian teruskan untuk mencuci muka anda.
Jika anda menggunakan air micellar sebagai pembersih dan tidak mencuci muka, anda berisiko mendapat jerawat pada kulit anda. Jadi pastikan anda meneruskan proses pembersihan berganda anda!
Sudah tentu, sebelum membeli apa-apa produk penjagaan kulit, anda harus terlebih dahulu menyemak komposisi, termasuk air micellar. Walaupun berasaskan air, tidak semua jenama mempunyai produk micellar dengan bahan yang sama. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, pastikan bahan dalam micellar water boleh digunakan oleh mereka yang berkulit berjerawat. Sebagai petua, jika anda tidak pasti, cari air micellar yang dibuat khusus untuk kulit berjerawat agar lebih selamat.
Salah satu punca jerawat adalah kulit yang merengsa akibat menggosok secara berlebihan. Oleh itu, apabila menggunakan air micellar, jangan lupa juga menggunakan bola kapas lembut dan sapu perlahan-lahan pada muka anda. Jika anda menggunakan bola kapas yang boleh digunakan semula, pastikan ia bersih untuk mengelakkan masalah kulit.
Tak pakai makeup, tak rasa perlu cuci dua kali dan guna micellar water? Jangan salah faham Hijabi, kena selalu cuci dua kali untuk memastikan kulit bersih dan sihat. Sesetengah produk penjagaan kulit tidak boleh dikeluarkan hanya dengan mencuci muka, dan pelindung matahari adalah salah satu daripadanya. Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan air micellar pilihan anda sebelum mencuci muka.
Adakah anda bimbang bahawa menggunakan pembersih berganda akan memberikan anda kulit kering? Yakinlah, air micellar kini menggunakan teknologi terkenal yang mengurangkan risiko kulit kering.
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh membersihkan muka anda dalam satu langkah. Teruskan mencuci muka anda dengan gel muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan kemudian gunakan toner pelembap untuk memastikan kulit anda terhidrat.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...